Thursday, 24 October 2013

Petua mujarab kawal paras kolestrol dan darah tinggi

Posted by   on

minum teh bunga raya kawal kolestrol
Lanjutan daripada artikel sebelum ini mengenai 3 cara mudah kawal kolestrol, ada seorang pembaca yang bermurah hati kongsikan petua mujarab yang diamalkannya sendiri dalam menghadapi masalah paras kolestrol dan darah tingginya yang bermasalah.

Bagus juga petua tersebut dikongsikan dalam satu artikel khas daripada dibiarkan sahaja pada ruang komen. Kalau dibiarkan hanya pada ruang komen mungkin ada ramai yang tak baca.

Maka hilanglah manfaatnya pada mereka yang sedang mencari petua mudah dan mujarab dalam menghadapi masalah kolestrol dan tekanan darah tinggi.

Perkongsian petua mujarab kawal paras kolestrol dan darah tinggi


"Saya ingin berkongsi ilmu mengawal paras kolesterol dan mengurangkan risiko sakit jantung yang saya perolehi melalui testimoni-testimoni para penyelidik yang saya dapati dari Youtube (Sila layari Youtube dengan carian "Hibiscus Tea" untuk mendapat maklumat tambahan."

Caranya amat mudah iaitu dengan meminum teh bunga raya pagi dan petang.

Cara membuat teh bunga raya:

Ambil 10 hingga 15 kuntum bunga raya
Buang tampuk hijaunya.
Basuh kelopak-kelopak bunga raya tadi sehingga bersih.
Celur kelopak bunga raya tersebut dalam air mendidih (2 atau 3 liter) hingga hilang warnanya.
Buangkan hampas bunga raya tersebut
Tambah gula secukup rasa
Untuk menambahkan rasa sedap, perahkan dua biji limau kasturi atau lemon.
Minum secara panas atau disejukkan terlebih dulu dalam petisejuk.

Komen pembaca itu lagi...

"Saya sendiri adalah pengidap tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol dalam darah dan telah hampir 13 tahun menelan ubatan dari hospital. Apabila saya mengamalkan kaedah ini dan membuat pemeriksaan doktor tekanan darah dan kandungan kolesterol dalam darah turun ke tahap normal. Sebenarnya amalan meminum teh bungaraya ini amat meluas di Hawaii dan Amarika Selatan."
Begitulah petua yang telah dikongsikan oleh pembaca. Bagi yang bermasalah dengan paras kolestrol tinggi atau bermasalah dengan tekanan datah tinggi bolehlah mencubanya.

Saya tak pasti samada bunga raya merah atau putih atau warna lain kerana ada banyak jenis bunga raya di negara kita sekarang. Tapi saya andaikan ianya adalah bunga raya biasa berwarna merah yang banyak terdapat di negara kita. Jika ada yang pasti sila nyatakan diruang komen di bawah.

Jangan lupa Bismillah dan berselawat. Moga segala amalan menjadi berkat. jangan lupa juga doakan kesejahteraan pada insan yang telah sudi berkongsi petua mujarab kawal paras kolestrol dan darah tinggi tersebut di atas.

6 comments:
Write comments
  1. teh bunga raya..first time dengar ni

    ReplyDelete
  2. minuman bunga raya tak pernah minum lagi. sedap tak? ada rasa macam teh hijau tak?..

    ReplyDelete
  3. Gumbira petua yang saya utarakan mendapat perhatian. Jenis bunga raya yang selalu digunakan ialah yang jenis merah, mungkin pewarna merah dalam kelopak bunga tersebut mempunyai antioksiden yang tinggi. Kesan positif yang saya alami ialah setelah sebulan mengamalkannya; mungkin ini bergantung lebih kepada fisiologi individu atau umor. Orang2 muda mungkin mendapat manfaatnya selepas beberapa minggu berbanding dengan saya yang berumor 68 tahun.Saya juga ingin menyarankan agar kita rajin2 melayari Youtube untuk mendapatkan lebih banyak maklumat2 mengenai kesihatan. Contohnya untuk penyakit kanser, penyelidik di Jerman mendapati buah Durian Belanda yang banyak terbiar di kampung2 adalah penawar yang amat berkesan untuk menyembuhkan berbagai jenis kanser!! Di negara kita sekarang perahan daun pokok Belalai Gajah atau Sabah Grass yang amat mudah ditanam boleh menyembuhkan 90% pesakit kanser; begitu juga dengan daun ganja.

    ReplyDelete
  4. Saya juga nak beri pendapat untuk dikongsi bersama dgn saudara-saudara sekelian
    "BAGAIMANA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH BAGI PESAKIT-PESAKIT DIABETES".
    Dimaklumkan disini saudara
    1. Cari "POKOK BISMILLAH" (bolih dilihat dalam internet pokok ini)
    2. Ambil 7 helai daun nya ,cuci bersih-bersih dan kemudian masukkan kedalam cawan/ gelas yang berisi air panas dan biarkan ia beberapa minit.
    3. Setelah air panas itu jadi suam2 kuku dan ada perubahan color pada air panas itu maka minumlah air itu dgn dimulai bacaan Bismillah mohon pada ALLAH agar hajat kita dipenuhi. InsyaAllah paras gula dalam darah tuan akan turun .
    4. Setelah 1 jam kalau pihak suadara ada alat strip untuk check kandungan gula dalam darah saudara itu eloklah cuba

    Marilah sama-sama cuba insayAllah berjaya dan tak perlu beli ubat yang mahal2
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang anda sertai? KINI, komisyen anda dibayar hanya memerlukan KLIK sahaja!

    http://iklansticky.com/hop.php?ref=ffila89

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter