Jas duit

Jasduit - Just do it !

Sunday, November 3, 2013

Panduan menjahit baju kurung tradisional

  Mat Bihi       Sunday, November 3, 2013
Belajar cara menjahit baju kurung sendiri
Perniagaan baju kurung termasuk dalam jenis perniagaan yang berpotensi tinggi. Ini kerana sasaran pelanggannya adalah dari golongan kaum wanita.

Apa saja perniagaan yang mana sasaran pelanggannya terdiri daripada kaum wanita perlu menjadi pertimbangan utama. Tambahan lagi jika produk tersebut membantu menyerlahkan kecantikan dan keperibadian pemakainya.


Pasaran baju kurung bermusim


Rasanya semua orang tahu sangat akan pasaran paju kurungh ini. Ianya bermusim mengikut keperluan naik dan turun sepanjang tahun. Tetapi tak pernah lagi berlaku baju kurung hilang permintaannya.


Berikut waktu-waktu yang banyak permintaan terhadap baju kurung:


  • Hari Raya Aidilfitri - Ini merupakan musim kemuncak di mana orang berebut-rebut mendapatkan bekalan baju kurung. Ada yang beli yang dah siap di butik atau di Bazar Ramadan dan ada juga yang menempa daripada tukang jahit di kedai atau di kampung.
  • Hari Raya Korban - Masa ini ada juga permintaan tetapi tak banyak. Hanya golongan tertentu saja yang beli baju kurung baru pada musim raya haji. Biasanya orang pakain stok yang dah dibeli masa raya puasa sebelum itu.
  • Musim cuti sekolah - Pasaran baju kurung masa ini akan meningkat sedikit kerana cuti sekolah juga merupakan musim orang kenduri kahwin. Bila kenduri, orang prempuan terutamanya nak pakai baju kurung baru. Keluarga kenduri pula nak pakai satu sut sama warna, jadi kena tempa yang baru.
  • Musim biasa - Selain daripada hari-hari keutamaan di atas, kaum wanita yang berkerjaya terutamanya cikgu, ustazah dan pegawai kerajaan akan sentiasa menempa baju kurung yang baru untuk dikenakan waktu pergi kerja. Lekeh sangat kalau kelihatan asyik pakai baju kurung yang sama dua atau tiga tahun berturut-turut. Lagipun saiz badan kian meningkat dan membesar!.

Kenapa tak belajar buat atau menjahit baju kurung sendiri?


Ramai orang beri berbagai alasan untuk tidak belajar menjahit. Tak ada masa dan tak tahu menjahit merupakan antara alasan paling popular. Akibatnya terpaksalah menghabiskan wang yang penat dicari untuk diberikan pada orang lain.

Kalau tahu menjahit baju kurung dapat apa?


Bayangkan jika kita tahu menjahit baju kurung sendiri. Duit tak payah dikeluarkan dengan banyak untuk mendapatkan bekalan baju kurung baru samada pada musim perayaan maupun pada musim biasa. Boleh jahit pakaian diri sendiri dan juga anak-anak.

Bukan setakat jimat duit, malah boleh jana duit dengan ambil upah jahit baju kurung untuk saudara mara, kawan-kawan, jiran-jiran dan orang lain. Biasanya hasil dari ambil upah menjahit mendatangkan keuntungan yang banyak dan baju kurung sendiri dibuat dengan percuma!.

Macam mana nak belajar menjahit baju kurung sedangkan tak ada asas menjahit?


Itu alasan malas namanya. Tak tahu menjahit menggunakan mesin zaman moden ini adalah alasan orang yang buta huruf dan malas belajar. Mesin moden semuanya mesra alam dan mesra pengguna. Ikut panduan mesin dan praktiskannya boleh membuatkan kaum wanita jadi pakar menjahit.

Kalau dah boleh menjahit, anda cuma perlu tahu cara design dan potong serta jahit baju kurung. Untuk mendapatkan semua ilmu tersebut ada orang pergi kelas menjahit, ada yang google maklumat dari internet dan ada yang pergi tanya Makcik Bedah sebelah rumah. Biasanya anda dapat sedikit ilmu tapi tak habis dengan cara tersebut di atas.

Jadi untuk dapatkan maklumat A sampai Z anda cuma perlu keluarkan RM50 sahaja dan beli ebook Panduan Buat Baju Kurung Tradisional. Semua cara diperturunkan satu demi satu dengan cara mudah untuk anda buat.

Tips berniaga baju kurung


Bila dah cekap menjahit baju kurung, cuba-cubalah ambil tahu trend terkini baju kurung dan cuba-cuba buat rekaan terkini sampai Kak Ton kata WOW!!!.

Jadikan Kak Ton yang cantik tu sebagai model, ambil gambar dia siap kemas bertudung dan masukkan dalam FB atau buatlah blog fesyen baju kurung Kak Ton Wow!.

Silap-silap hari bulan jadi jutawan perniagaan baju kurung!!!

Cuba fikirkan masak-masak, buang sikap malas dan sayang pada lemak yang dan menitik dari badan itu. Dapatkan Panduan Baju Kurung Tradisional mula ikut panduan dan jadi pakar baju kurung buatan sendiri.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan menjahit baju kurung tradisional

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. baju kurung sudah sangat popular sekarang

    p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan pakai baju kurung memang manis..

      Delete
  2. baju kurung memang laris setiap tahun..lebih2 lagi bila tiba musim raya puasa

    ReplyDelete
  3. ni kalau bebetul belajar menjahit, pasti boleh buat duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lelaki pun boleh belajar jahit baju kurung

      Delete