Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 13, 2013

Bagaimana turunkan paras gula pesakit diabetes

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 13, 2013
Pokok Bismillah turunkan paras gula
Ada seramai 1.5 juta pesakit diabetes atau kencing manis di negara kita.

Itu jumlah mereka yang berdaftar dalam rekod Kementerian Kesihatan, tak termasuk lagi jumlah mereka yang tak sedar dia ada diabetes.

Jika diambil kira setiap orang yang berdaftar ada dua orang lagi yang belum mendaftar, jumlahnya bertambah 3 kali ganda!!!.

Satu angka yang menakutkan!

Saya ada tulis berkenaan masalah utama yang menjadi punca berbagai penyakit yang melanda manusia zaman moden ini. Puncanya adalah disebabkan terlalu banyak duduk.

Jika anda nak tahu lebih lanjut berkenaan duduk, boleh baca artikel ini.

Masalah paras gula naik untuk pesakit diabetes

Bila dah kena diabetes atau kencing manis, perlulah pantau paras gula dalam darah. Dalam istilah perubatan paras gula tinggi ini dipanggil Hyperglycemia yang membawa maksud High Blood Glucose.

Berikut di bawah, antara tanda-tanda mudah untuk kesan bahawa paras gula dalam darah anda tengah naik:
  • Paras glucose dalam darah tinggi - ini kena dapatkan pemeriksaan darah di klinik untuk tahu. 
  • Paras gula dalam air kencing tinggi - Cuba kencing di kawasan ada semut yang makan gula dan tengok samada mereka berpesta hurung air kencing anda.
  • Kencing tak berhenti-henti - Ini satu tanda mudah untuk dapat tahu paras gula pesakit kencing manis tengah naik tinggi.
  • Rasa dahaga sangat berpanjangan - Ini satu lagi tanda mudah untuk tahu paras gula naik pada pesakit diabetes.
Di bawah ni pula antara sebab yang membolehkan paras gula pesakit diabetes naik:
  • Kalau anda ada diabetes jenis 1, insulin anda tak cukup untuk proses gula. Kalau jenis 2 pula anda ada insulin yang cukup tapi ia tak berfungsi dengan berkesan.
  • Paras gula juga naik bila anda makan tak betul dan berlebihan daripada sepatutnya.
  • Paras gula juga boleh naik jika anda kurang bersenam daripada sepatutnya.
  • Rasa tertekan akibat demam atau selsema juga boleh naikkan tahap gula.
  • Rasa tertekan sebab ada masalah keluarga, duit tak ada, pasangan buat hal dan seumpamanya juga boleh naikkan paras gula.
  • Anda ada masalah yang dipanggil sebagai "the down phenomenon".  

Apa jadi bila paras gula naik

Apa akan jadi jika dibiarkan paras gula naik tanpa buat sesuatu?

Bila tahap gula naik dan badan anda tak cukup insulin untuk proses tenaga, badan akan proses lemak yang ada dalam badan.

Lemak yang diproses akan menghasilkan tenaga.

Selain daripada tenaga, lemak yang dipecahkan juga akan membentuk unsur yang dipanggil ketone.

Tahap ketone dalam badan tak boleh tinggi. Bila banyak ketone dalam darah, badan akan membuangnya melalui air kencing.

Tetapi bila banyak sangat ketone terhasil bila badan proses lemak untuk hasilkan tenaga, dan badan pula tak mampu buang dengan cepat melalui kencing, ketone akan terkumpul dalam darah anda.

Ini mendedahkan diri pesakit diabetes pada bahaya.

Gejala itu dipanggil sebagai Ketoasidosis.

Anda akan rasa seperti berikut:

  • Nafas menjadi pendek dan rasa sukar bernafas
  • Bila bernafas ada bau seperti manis buah-buahan keluar dari nafas anda
  • Mual dan muntah
  • Mulut kering kontang

Biasanya, bila paras gula naik dalam darah pesakit diabetes, ia boleh dikurangkan dan di kawal dengan bersenam.

Namun begitu jika paras ketone yang disebut di atas ada banyak dalam air kencing, anda tak boleh bersenam, paras ketone akan naik lagi tinggi

Jadi ... segera jumpa doktor!

Bagaimana turunkan paras gula cara tradisional

Berikut saya turunkan petua yang dikongsikan oleh salah pembaca di blog ini yang menamakan dirinya sebagai bekampower:

  • Cari "POKOK BISMILLAH" rujuk nota di bawah.
  • Ambil 7 helai daun nya, cuci bersih-bersih kemudian masukkan kedalam cawan / gelas yang berisi air panas. Biarkan ia beberapa minit
  • Setelah air panas itu jadi suam-suam kuku dan ada perubahan warna pada air panas itu maka minumlah air itu dengan dimulai bacaan Bismillah... mohon pada ALLAH agar hajat kita dipenuhi. InsyaAllah paras gula dalam darah tuan akan turun
  • Setelah 1 jam kalau ada alat strip untuk check kandungan gula dalam darah eloklah cuba check.
Marilah sama-sama cuba insyaAllah berjaya dan tak perlu beli ubat yang mahal-mahal
Terima Kasih
Itulah apa yang dipetuakan

Nota:

  1. Pokok Bismillah juga dikenali sebagai Pokok South Afrika atau nama saintifiknya Vermonia Amygdalina
  2. Sila semak dahulu petua tersebut dan dapatkan panduan daripada orang yang lebih arif sebelum mencubanya.... 
  3. Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan masalah diabetes sila layari http://www.diabetes.org/
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana turunkan paras gula pesakit diabetes

Previous
« Prev Post

16 comments:

  1. saya ada banyak pokok african leave ini , kalau hendak datang rumah.daun nya
    pahit bila dah lama makan tekak jadi manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan bagi sumber nak dapatkan daun, bila-bila boleh pi tengok pokok tu nak ambil tanam kat rumah.

      Delete
  2. pokok bismillah tu sejenis pokok herba ya? apa-apa pun kena kurangkan makanan bergula tinggi juga dalam pemakanan seharian..

    ReplyDelete
  3. gambar tu nampak macam rumput belalai gajah je
    juga untuk dijadikan ubat

    ReplyDelete
  4. Penyakit diabetes ni bukan hanya berlaku pada warga yang berusia sekarang ni. Umur muda remaja yang terkena pun dah makin ramai.

    ReplyDelete
  5. Ni macam lecture yang kitorang belajar time tahun 3 dulu. ^__^

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana berkongsikan info yang menarik tuan..


    p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

    ReplyDelete
  7. Mmg nak kena kawal gula yg diambil. Byk mudarat berbanding manfaat.

    Jadi alasan kerajaan sbb gula naik,nampak macam ada logiknya juga...hehe =)

    ReplyDelete
  8. Tuan Shubhi, terima kasih sebab share artikel berkaitan kencing manis siap ada petua lagi. Kebetulan sy ada bisnes herba. Amat membantu.

    ReplyDelete
  9. Pokok dalam gambar disertakan adalah pokok sambung nyawa sementara pokok bismillah ada sedikit perbezaan walaupun dekat2 sama. Khasiatnya adalah sama.

    ReplyDelete
  10. Kasiat daun misai kucing

    Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

    ReplyDelete
  11. Salam..sy ada menjual daun misai kucing bermutu tinggi dalam bentuk kering.secara borong....300 gram sy jual rm35..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag...sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570...mohd zuhairi..andai ada herba kazanah...hargaii...jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.

    ReplyDelete
  12. Saya guna STEVIA..alhamdulillah.kesihatan saya Makin baik..tukar GULA kepada STEVIA..siapa nak blh pm/whatsapps sy 0194621588

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !