Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, December 24, 2013

Belajar menjahit percuma khas untuk Asnaf dan penganggur

  Mohd Shubhi       Tuesday, December 24, 2013
kumpulan pertama belajar menjahit

Jangan lepaskan peluang untuk belajar menjahit percuma jika anda termasuk dalam golongan Asnaf atau Ibu Tunggal atau Siswazah yang sedang menganggur.

Kursus belajar menjahit secara percuma ini dianjurkan oleh Baitulmal Negeri Sembilan untuk memberikan kemahiran kepada mereka yang tersebut agar dapat berdikari dan menambah pendapatan.

Mereka dapat tambah pendapatan jika ada kemahiran tertentu seperti menjahit. Orang yang pandai menjahit boleh tambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit. Sebab itu Baitulmal Negeri Sembilan anjurkan kursus menjahit ini.
belajar jahit baju kurung

Ayuh ikuti kursus belajar menjahit untuk orang Negeri Sembilan!

Kalau pada Asnaf, para Ibu Tunggal dan para siswazah menganggur tak rebut peluang serampang dua mata ini, memang amat rugi.

Kemahiran menjahit bukan saja boleh membuatkan anda jadi usahawan, malah boleh menawan lelaki budiman !!!

Kebetulan saya tahu mengenai penganjuran kursus belajar menjahit ini daripada kawan yang menjadi antara tonggak utama membantu pembentukan kelas menjahit ini, jadi eloklah saya war-warkan di sini.

Pelik dengan orang yang tak mahu belajar menjahit percuma

Menurut maklumat yang saya dapat, tak ramai yang turut serta dalam kelas belajar menjahit yang telah dianjurkan sebelum ini. Itulah yang amat menghairankan!

Bukan saja diajar percuma, malah mereka yang datng belajar diberikan pula elaun kerana datang untuk belajar menambahkan kemahiran. Itupun tak ramai yang datang.

Itupun ada juga yang datang sekerat jalan dan tak datang lagi dengan seribu satu alasan. Tak larat lah, tak ada kenderaan lah, tak tahu naik bas lah, minta Baitulmal sediakan kenderaan dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang saya terfikir perlu ke kita ajar dan berikan kemahiran pada mereka yang bersikap sebegitu. Yang tak ada jati diri dan daya usaha serta keazaman keluar daripada belenggu kemiskinan dan kesusahan.

Kalau luar Negeri Sembilan nak belajar menjahit macam mana pulak

kalau luar negeri sembilan tak dapatlah nak menolong. Tapi jika anda orang Selangor atau Johor, saya dapat tahu Baitulmal sana ada juga menyediakan program membangunkan asnah untuk dibentuk dan dilatih menjadi usahawan.

Anda hanya perlu pergi cari maklumat dan daftarkan diri di Majlis Agama Islam Negeri anda.

belajar jahit baju

Kalau malas nak pergi belajar percuma atau bukan daripada golongan Asnah tetapi masih mahu belajar menjahit juga sebab nak tambah pendapatan, anda boleh belajar sendiri dengan membeli panduan menjahit ini>>> Panduan Baju Kurung Tradisional

Untuk orang Negeri Sembilan yang mahukan maklumat lebih lanjut tentang kursus belajar menjahit boleh hubungi Puan Sue : 0162092316 (JAHITAN)

Kursus belajar menjahit ini akan bermula pada Bulan Januari 2014. Pergi daftar lekas!!!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Belajar menjahit percuma khas untuk Asnaf dan penganggur

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Masih ada lagi tak kelas ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya masih ada lagi di Negeri Sembilan. Hubungi pusat zakat Negeri sembilan jika puan orang nogori

      Delete
  2. Salam..sy berminat utk belajar menjahit baju kurung..blh tahu macam mana utk mendaftar

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !