Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 8, 2014

Pengalaman jogging waktu malam

  Mat Bihi       Wednesday, January 8, 2014
boleh bersenam waktu malam
Tak pernah selama ini saya jogging waktu malam. Biasanya waktu jogging yang biasa orang lakukan adalah samada di waktu petang ataupun di waktu pagi.

Jika diberikan pilihan untuk memilih waktu jogging samada di waktu malam, petang atau pagi, sudah tentu waktu pagi merupakan pilihan terbaik.

Saya pernah menulis satu artikel kenapa jogging atau bersenam paling elok jika dilakukan pada waktu pagi. Klik di sini kalau nak tahu kenapa ia baik untuk anda.

Kenapa jogging waktu malam

Walau apapun, perkara paling utama untuk mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan memasukkan agenda bersenam dalam rutin amalan kehidupan harian kita. Selepas itu berjaya dilakukan barulah dilihat waktu mana yang paling sesuai. Itupun jika ada pilihan.

Kebiasaannya saya sempat lakukan jogging waktu pagi. Tetapi sejak masuknya tahun baru 2014 ini, jadual yang telah disusun untuk mencapai matlamat tahun 2014 ini memaksa saya keluar rumah seawal 7 pagi.

Balik ke rumah pula biasanya lewat dan tidak sempat untuk bersenam atau jogging di waktu petang. Kalau balik awal pula hujan yang kerap turun di kala petang membuatkan aktiviti jogging tidak dapat dilakukan.

Bila dah lebih dua hari tak jogging, saya mula rasa tak sedap. jika berterusan begini, alamat urat malas mula timbul di badan. Bila malas atau 'baloq', naik bermarajalela rutin bersenam akan padam dari senarai keutamaan jadual kehidupan.

Desakan untuk tidak memadamkan rutin itulah membuatkan saya pakai pakaian bersenam, pakai kasut dan terus keluar rumah ke padang di taman selepas balik daru surau menunaikan solat Insya. Itulah sebabnya kenapa saya jogging waktu malam.

Alasan untuk meneruskan jogging waktu malam

Memang ada bermacam-macam perasaan timbul dalam pemikiran. Bukannya perasaan sebenarnya, ia lebih merupakan perasan. Hanya kita saja yang memikirkannya sedangkan orang lain tak ada masa nak fikirkan tentang kita.

Memang betul kata Napolean Hill dalam buku terkenalnya, "Think and Grow Rich". Salah satu perkara yang membuatkan orang tak maju ke depan adalah 'rasa takut apa orang kata'.

Boleh dikatakan majoriti sebab kita tidak melakukan apa yang teringin kita laksanakan adalah apabila terfikirkan 'apa orang akan kata nanti'.

Perasaan takut dikritik sering menghantui manusia normal. Ia memadamkan segala impian kita. Ia juga membuatkan kita hidup berdasarkan apa yang orang mahu kita buat. Hidup berdasarkan takrifan yang dibuat oleh orang lain dan bukan berdasarkan pemahaman dan kehendak diri kita sendiri.

Bila semua itu bermain di kepala, maka saya lihat ia menjadi satu peluang untuk melatih diri menjadi degil. Biarlah apa orang nak kata, ia sedikitpun tidak menghilangkan ilmu dan harta yang saya miliki. Jadi saya dengan bersemangat teruskan aktiviti jogging waktu malam, sekeliling taman sekitar pukul 9 malam.

Apa yang difikirkan ketika jogging waktu malam

Bila diri dipaksa melakukan apa yang otak tak mahu, akhirnya otak mengalah dan mula menyuntik rasional bagi melegakan amalan yang sedang dilakukan.

Sepanjang saya berjogging, mula teringat betapa ramainya orang yang keluar ke bilik gym berbayar setiap malam. Mereka akan bawa kelengkapan pakaian dan masuk ke gymnisium untuk angkat besi atau lari atas peralatan sukan yang disediakan oleh pihak gym. Bukankah dari segi waktunya sama saja.

Saya juga teringat kadang kala pasangan auntie dan apeq sering berdua-duan berjalan sekeliling taman di waktu malam yang segar. Mereka berjalan beriringan sambil berbincang atau berbual mesra. Itu juga merupakan salah satu aktiviti bersenam yang dijalankan oleh orang Cina di waktu malam.

Saya juga teringat sekumpulan lelaki India yang sering berkumpul di tepi padang atas kerusi sambil mabuk minum todi. Mereka biasanya akan melepak di situ sampai lewat tengah malam.

Akhirnya say temui banyak alasan bahawa apa yang dilakukan, jogging di waktu malam adalah amalan yang boleh dilakukan tanpa rasa bersalah sedikitpun. Jadi kenapa nak malu?
"Jika anda gemuk dan nak kuruskan badan menjadi sasa, boleh cuba dapatkan Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!"

Jogging waktu malam kalau tak sempat waktu lain

Ramai yang berikan alasan tak ada masa untuk bersenam. Mereka akui kepentingan bersenam tapi kesibukan membuat mereka tak ada masa untuk itu.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa kalau nak bersenam mesti dibuat samada pada waktu pagi atau waktu petang. Sebenarnya itu anggapan yang salah dan perlu dibetulkan.

Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah pastikan kita melangkah lebih daripada 7 ribu langkah dalam masa satu hari. Itu merupakan jumlah minimum untuk mengekalkan tahap kecergasan badan.

Oleh itu, kalau tak ada masa siang, jogging waktu malam boleh dijadikan pilihan. Kita sekadar berusaha, sihat atau tidak mati awal atau lambat, kita serahkan pada Tuhan. sumber gambar

logoblog

Thanks for reading Pengalaman jogging waktu malam

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. sy kerap berjogging malam dan dari segi pengalaman saya peluh lebih banyak keluar berbanding jogging diwaktu siang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongsi...masih diamalkan lagi ke? ada juga yang beri pandangan tak bagus bersenam malam ni...wallahualam!

      Delete
  2. Saya masih amalkan sekiranya sibuk pada waktu siang... tapi ramai juga yang beri pandangan negatif seperti boleh terkena paru-paru berair.... tapi kekadang cuma rasa letih pada esuk pagi.Tapi so far jogging mlm memang best... more releks dari siang, tapi limit saya sampai pukul 9.00pm, makna after 9.00pm saya tidak akan jogg, atas sebab organ-organ nak releks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok thanks for sharing. Saya ada terbaca maklumat dari pakar yang tak bagus dibuat waktu alam adalah suka berat seperti futsal atau badminton dll seumpamanya.

      Kalau sukan ringan seperti jogging, brisk walk, berenang kira ok.

      Delete