Friday, 25 April 2014

Melawat rumah Karpal Singh di Pulau Pinang

Posted by   on

rumah Karpal Singh
Jumaat malam Sabtu yang lalu kebetulan pergi ke utara, sempat saya melawat ke rumah Karpal Singh di Pulau Pinang. Malam itu mayat Karpal Singh masih ada di rumahnya dan ketika saya sampai jam menunjukkan lebih dari pukul 12 tengah malam. Tetapi orang masih ada berlegar-legar di sekitar depan rumah Karpal Singh.

Pintu pagar rumahnya ditutup dan pelawat tidak dibenarkan masuk untuk melihat mayatnya di dalam rumah kerana mereka sedang melakukan sedikit upacara tersendiri terhadap mayat Karpal Singh. Tidak lama saya berada di situ, bekas speaker Dewan Undangan Negeri Perak ketika Pakatan Rakyat memegang tampok pemerintahan datang bersama beberapa orang kawannya.

Dia juga terpaksa menunggu dan tidak dibenarkan masuk kerana katanya Karpal Singh sedang tukar pakaian. Saya tak dapat bayangkan apa yang ereka buat dengan mayat Karpal dan bagaimana mereka menguruskannya kerana tak berapa faham adat resam serta keagamaan Sikh.

Apa yang saya dapat tahu ada pihak yang sentiasa menguruskan mayatnya seperti memakaikan pakaian, bersolek dan sebagainya. Mungkin itu cara mereka menguruskan dan menghormati mayat anggota masyarakat dar kalangan bangsa dan agama mereka.

Teringin juga nak masuk. Saya tunggu dan tunggu kalau-kalau ada kesempatan untuk melihat dan mengenali kebudayaan dan amalan mereka secara dekat di dalam rumah tapi nampaknya tak ada peluang. Walaupun saya bersama orang kuat DAP di sana, dia juga tak dapat membantu.

Dia menghubungi anak Karpal Singh untuk meminta izin masuk tapi tak dapat kerana mereka ada acara tersendiri yang perlu diselesaikan. Akhirnya saya pulang ke rumah untuk merehatkan diri. Esok nak kena bangun awal untuk ke Pulau Langkawi pulak.

Rumah Karpal Banyak dapat kalongan bunga

Sebelum itu sempat juga saya rakamkan beberapa keping gambar untuk mereka yang tak berkesempatan melawat rumah Karpal Singh tempoh hari. Ada dua khemah di pasang. Satu di depan rumahnya sendiri dan satu lagi di seberang jalan berdepan dengan rumahnya.

Kedua-dua khemah dipenuhi oleh kalongan bunga yang datang dari merata tempat. Sehingga saya nak menuju ke kereta untuk balik, masih ada lagi kalongan bunga yang datang tak berhenti daripada orang ramai. Mungkin dari kalangan kenalan dan mereka yang mengkagumi kegigihan Karpal menegakkan apa yang dipercayainya betul.

Karpal mati berlanggarKawan berseloroh mengatakan habis sudah semua bunga di Pulau Pinang kerana dah dihantar ke rumah Karpal Singh sejak dia meninggal dunia sampailah kepada hari pembakaran mayatnya. Itu satu lagi perkara yang saya baru tahu, kawan bagi tau mayat Karpal dibakar dan bukan dikebumikan. Saya tertanya juga apakah orang beragama sikh dibakar mayatnya...? ada yang kata ya dan ada sebahagaian sikh tidak.

Dalam perjalanan pulang kami semua hanya diamkan diri. Masing-masing melayan fikiran dan saya asyik terbayangkan betapa kesakitan yang Karpal terasa. Mana tak sakit jika tak boleh bernafas dah dua hari.

Sedangkan kita tahan nafas sekejap saja dan tak tahan kesakitan, apatah lagi jika tak boleh bernafas selama dua hari...!. Itulah yang bermain dalam fikiran saya sejak berada di depan rumah Karpal Singh sehinggalah sampai ke pintu rumah.

Apa pendapat anda dengan lawatan saya ke rumah Karpal Singh untuk melihat mayatnya...? pelik, biasa saja atau ada pendapat lain? kongsikan pendapat anda di bawah.


10 comments:
Write comments
  1. Saya pun teringin juga nak tahu adat budaya kaum sikh, maklumlah mereka minoriti, tak dpt info sangat.. yang penting dlm kita dpt sampaikan kebenaran Islam kepada mereka.. Lagipun mereka nilah yg lantang menentang HUDUD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah hadir melihat upacara pembakaran kaum sikh, kayu banyan di susun segi empat mayat berada ditengah sepanjang pembakaran seorang ahli kuil ala ala iman lah akan membawa minyak gas untuk disiram manakala keluarga lelaki sahaja aakan berpusing pusing di tepi pembakaran manakala keluara perempuan tidak boleh berapa di kawasan pembakaran, mereka hanya menunggu dirumah, selepas itu abu mayat akan di buang kedalam sungai jika mampu abu akan terus dibuang kesungai ganges india jika tidak mampu boleh jua di buang di mana mana sungai berhampiran maka akan mengalirlah abu tersebut ke sungai ganges juga, waalahualam

      Delete
    2. Terima kasih atas info yang menarik ...kat mana dia orang bakar mayat tu..?

      Delete
  2. tak heran dia menentang Hudud..yg ngaku Islam tapi menentang terang terangan tu cam ne eek...perlembagaaan mesia sendiri meghalang Hududu di laksana kan...
    OK SEKARANG KARPAL YG DIKATA KAN LANTANG MENENTANG HUDUD dah tak de...pa lagi tgk lah ada kah Hudud akan dilaksana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita doakan agar Allah permudahkan usaha murni

      Delete
  3. Tak kisah kalau nak ziarah orang yang dah mati berlainan agama. Dari situ juga kita dapat lihat adat resam syikh.

    ReplyDelete
  4. Terjumpa penulisan yang tidak bias..akhirnya..terima kasih encik :)

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter