Wednesday, 2 April 2014

Restoran Pak Pin sesak gara-gara air dicatu

Posted by   on

Tom Yam

Restoran Pak Pin, itu nama restoran yang saya panggil terletak di Taman Bunga Raya, Shah Alam. Kalau nak pergi restoran Pak Pin, dari Puchong naik LDP menuju ke Subang Jaya sampai lampu isyarat kat simpang masuk ke Lebuhraya Plus, terus ke depan selepas lampu isyarat tersebut.

Kita menuju ke satu lagi lampu isyarat yang kalau dibelok ke kanan, menuju ke Proton. Tapi jangan belok kanan, terus ke hadapan sikit saja dalam lingkungan 100 meter ada simpang ke kiri masuk ke Taman Bunga Raya.

Terus lagi ke depan dalam jarak 400 meter tengok sebelak kiri ada dua deretan rumah kedai. Kita akan nampak ada dua restoran pada sebelah kanan yang cukup meriah setiap malam penuh dengan pelanggan terutamanya orang proton dan juga para pekerja kilang disekitar kawasan tersebut.

Itulah Restoran Pak Pin, yang menyediakan makanan nasi berlauk pada sebelah tengahari, dan masakan Tom Yam pada sebelah petang dan malam. Nampak ada dua restoran, tapi sebenanya kedua-duanya adalah Restoran yang sama, satu tuan satu restoran dua bangunan. Itu semua restoran Pak Pin.

Masakannya sedap, harga berpatutan, buatan atau masakannya pantas, tak perlu tunggu lama. Ada macam-macam masakan Thailand dan pekerjanya memang orang sana, diimport khas oleh Pak Pin untuk menyediakan kakitangan dan tukang masak yang handal dan cekap khas buat pelanggannya.

Restoran Pak Pin memang mantap

Sekali sekala saya akan pergi makan di Restoran Pak Pin Sebelum pergi saya akan telefon dulu pada K, orang kuat Pak Pin untuk sediakan makanan yang saya nak makan. Saya tempah dari talian dengan lengkap siap sekali dengan airnya.

Bila sampai saja makananpun dihidangkan dan saya akan makan bersama keluarga tak perlu menunggu seminitpun. Itulah kelebihan yang Pak Pin anugerahkan pada saya. Tapi kalau anda nak dapatkan anugerah macam tu juga boleh, pergi kerap-kerap kat sana, cari brother bernama K, minta nombor dia dan selepas itu order dulu sebelum datang.

Pak Pin datang ke Shah Alam mula-mula dulu tak ada apa-apa. Dia niaga kecil-kecilan. Dalam tak berapa lama dia jadi salah seorang orang paling kaya di tempat asalnya di Pantai Timur dan dia ada harta benda termasuk rumah corner lot hasil dari perniagaannya yang maju.

Pak Pin low profil orangnya. Bila nampak saya datang dia akan datang bersalam dan kalau tak ada kerja dia akan angkat semua minuman datang duduk minum dan layan saya. Banyak soalan akan ditanya terutamanya hal politik dan isu semasa. Pak Pin memang suka dengar saya bercakap dan tulah nyang saya sentiasa berikan pada Pak Pin. Dan Pak Pin memang seorang pendengar yang setia.

Air dicatu Restoran Pak Pin naik 3 kali ganda

Baru-baru ini saya pergi makan di restoran Pak Pin. K tak sempat nak layan saya. Pak Pin juga tak sempat nak layan saya. Mereka sibuk dan orang datang masuk duduk dan makan sambung menyambung. Saya hanya duduk makan minum dan bila dah selesai semua saya duduk sambil baca buku.

Bila keadaan dah reda, K datang duduk dan minum dengan saya. Katanya semenjak air di Selangor kena catu, semua orang datang makan di kedai mereka. Semua orang tak masak dirumah sebab ada masalah air, jadi restoran Pak Pin jadi mangsa.

K tunjukkan pada saya 3 tangki besar tempah tadahan air yang mereka usahakan agar air tidak putus bekalannya. Mereka ambil air dari sumber bawah tanah. Nak hidup berjaya kena usaha, bila kita dapat sediakan apa yang orang tak boleh selesaikan, kita akan duduk di depan.

Itulah kelebihan Pak Pin, dalam diam-diam dengan loghat pantai timus nampak macam tak pandai, tapi otaknya ligat dan tindakannya cepat. Dia tak pergi study oversea macam ramai dari orang kita yang pandai-pandai, dia tak kecek London, tapi tahap kreativitinya merebut peluang setanding dengan businessman dari London.

Tak hairan Pak Pin berjaya. Tak hairan restoran Pak pin berkembang sampai dibuka dua lot. Korner lot pulak tu. Hangpa yang kecek London bersembur air liur tu boleh ke lawan Pak Pin?...tentu boleh kan!, cuma tak mau tunjuk saja, nanti orang kampung marah.

Saya tak ambil gambar restoran Pak Pin. Tak sempat sebab setiap kali ke sana saya lupa bawa kamera. Saya tak perlu tunggu lama jadi bila makanan sampai saya terus makan, lupa habis pasal kamera. Insyaallah nati bila ada kesempatan saya ambil gambar restoran pak pin berserta dengan gambar rojak buah kegemaran saya di situ. sumber gambar

4 comments:
Write comments
  1. kalau dtg kedai pok pin waktu malam pukul 9 keatas cuba perhatikan ada sekumpulan anak muda ....dia orng ni la pemanis ataupun tukang buat bising dikedai tersebut....cerita politic sahaja....dia orng ni anti umno....biasanya port mereka meja sebelah kaunter dikaki lima kedai yg sebelah belakang tu....diaorang ni pelanggan tetap termasuk la ana sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, memang ada perasan group tu...tq update info

      Delete
  2. Necessity is the mother of invention. Pak Pin ni memang seorang yang kreatif, sebab tu kalau berjumpa dengan orang-orang tua yang banyak pengalaman ni saya akan hormat. Orang yang berilmu dan cerdik lebih dihormati berbanding orang yang berpangkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat tu...memang kita perlu hormati orang-ornag tua sebegitu, banyak manfaatnya

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter