Thursday, April 3, 2014

Tahu Kenapa bunyi laga gigi waktu tidur?

  Mat Bihi       Thursday, April 3, 2014
berdengkur waktu tidur

Anak saya sering keluarkan bunyi laga atau asah gigi setiap kali dia tidur. Kadang kala bunyinya agak kuat. Dah selalu sangat berlaku, maka lama-lama kelamaan jadi perkara biasa.

Sering terfikir juga kenapa agaknya dia lagakan gigi atau asah gigi bila tidur. Mesti ada jawapannya. Anak-anak yang lain tak pulak keluarkan bunyi asah gigi bila tidur. Cuma kadang kala sahaja dan bukan selalu buat bunyi macam itu.

Memang ada ramai juga kawan-kawan dan keluarga yang saya pernah dengar mereka keluarkan bunyi asah gigi setiap kali waktu tidur. Ini dah lama berlaku sejak kecil dahulu dan tak pernah ada jawapan kenapa semua itu berlaku.

Jawapan kenapa keluar bunyi asah gigi

Hari ini, kebetulan ada seseorang update pada wall FB maklumat kenapa bunyi laga gigi waktu tidur, berdasarkan pengetahuannya. Memang menarik juga teori yang dikemukakan.

Untuk anda yang macam saya, masih tercari-cari jawapan kenapa kita keluarkan bunyi laga gigi atau bunyi asah gigi bila sedang tidur, boleh baca maklumat di bawah untuk disimpan dan diselidik kebenarannya.

Asah Gigi / Laga gigi waktu tidur

Q: Bunyi gigi atau berlaga gigi yang kuat, satu rumah boleh dengar adakah berkaitan dengan ganggun jin ?

A: Bukan semua bunyi asah atau laga gigi itu gangguan. Kadang-kadang berkaitan dengan peribadi seseorang.

  1. Jenis bangsa Degil
  2. Kadang-kadang pembawakan waktu tidur - waktu siang ada perkara yang buat seseorang tu tak puas hati, geram, tak dapat apa yang dihajati maka terbawa perasaan itu waktu tidur.
  3. Dan kadang2 mmg berkaitan dengan gangguan.

Untuk pastikan samada ada gangguan jin atau tidak

Kalau nak tahu kita boleh cuba baca ayat-ayat berikut di bawah:
  • Surah Al-Fatihah 1 kali
  • Selawat 33 kali
  • Ayat Kursi 33 kali
Untuk kanak-kanak, ibu atau ayah bacakan pada sebotol air, kemudian tiup pada air tu dan beri anak minum segelas sebelum tidur. Kalau ada gangguan, waktu baca, tidak dapat menghabiskan bacaan atau waktu minum tiba-tiba tubuh jadi panas membahang, muntah dan rasa degupan jantung kencang.

wallahualam

Cuba buat bunyi asah gigi waktu jaga

Satu perkara pelik yang saya perhatikan adalah kesukaran untuk melakukan atau mengeluarkan bunyi yang sama jika cuba dilakukan ketika kita sedang sedar.

Tetapi bila waktu tidur boleh pula berlaku dan bunyinya memang agak kuat yang mana hampir tak boleh dilakukan jika kita sedang sedar atau dalam keadaan jaga. Ini tiada lagi jawapannya kenapa.

Bunyi Laga gigi lebih bagus daripada berdengkur

Walau bagaimanapun, bunyi asah gigi atau bunyi laga gigi ini masih boleh dimaafkan kerana ianya bukanlah satu bunyi gangguan yang mampu membuatkan saya tak dapat tidur.

Ia berbeza dengan bunyi dengkuran yang bergegar satu rumah dan membuatkan telinga bingit setiap kali mendengarnya. Bunyi dengkuran di waktu tidur memang mampu membuatkan saya berjaga sampai subuh tak dapat lena.

Entah kenapa saya memang alah dengan bunyi dengkuran orang yang sedag tidur lena di sebelah. Walaupun dicuba tutup telinga dengan kapas atau bantal, bunyinya masih mampu menyelinap masuk ke telinga dan membuatkan tak dapat lelapkan mata.

Suami kuat berdengkur, isteri meninggal

Masa kat kampung dulu, ada jiran dan kawan yang setiap malam saya akan dengar bunyi dengkurannya yang begitu kuat sedangkan rumahnya terpisah agak jauh dari rumah saya. Setiap kali dengar bunyi dia berdengkur, saya terbayangkan nasib isterinya.

Bagaimana agaknya isterinya yang tidur di sebelahnya menahan semua bunyi dengkuran sekuat itu!, nasib baik tidur saya tidak terganggu kerana gegaran dengkur itu agak jauh dan tidak mampu memberikan vibrasi pada kepala saya seperti bunyi dengkuran jika orang berdengkur disebelah.

Baru-baru ini saya terjumpa dengan adik kawan saya itu dan bertanyakan khabar. Adiknya mengkhabarkan abangnya dah kahwin lagi satu!. Wah saya terkejut, lalu bertanya bagaimana dengan isterinya yang ada?

Rupa-rupanya isterinya itu dah meninggal dunia. Innalillahi....... Saya diam dan menamatkan perbualan dengan kirm salah pada abangnya. Sambil berlalu saya terfikir, tak mungkin isterinya meninggal kerana tersiksa dengan bunyi dengkurannya...!

Siapa yang ada bunyi laga gigi waktu tidur

Kembali pada bab bunyi laga gigi atau bunyi asah gigi waktu tidur, adakah di kalangan pembaca yang mengalami pengalaman yang sama berkenaan bunyi laga gigi ini?

Apakah anda sendiri yang keluarkan bunyi laga gigi ketika tidur atau orang lain. Jika ada sebarang maklumat, bolehlah kongsikan kat sini. Boleh sama-sama kita belajar dari pengalaman anda. Terima kasih.


logoblog

Thanks for reading Tahu Kenapa bunyi laga gigi waktu tidur?

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. saya sendiri pon mengalami keadaan tido begitu..sejak dr kecil smpai ke umo hmpir 20 tahun..masih tidak dapat elakkan..cuma bermasa sahaja asah gigi ni berlaku..kadang2 sampai diri sendiri tersedar waktu itu tengh asah gigi..tapi ianya jadikan saya tido lbih lena..hehe

    ReplyDelete