Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, April 21, 2014

Trip ke Sabah 1 - Koleksi gambar pemandangan laut

  Mohd Shubhi       Monday, April 21, 2014
Trip ke Sabah yang saya pergi baru-baru ini hanya berputar di sekitar Kota Kinabalu sahaja. Sebenarnya terlalu banyak tempat yang boleh diterokai dan teringin untuk diterokai di Sabah. Sabah amat luas dan kalau setakat seminggu belum tentu lagi habis menjelajah ke sana.

Trip ke Sabah kali ini walaupun hanya di Kota Kinabalu, rasanya masih banyak lagi yang belum di terokai. Cuma masalahnya adalah trip ke Sabah kali ini bertujuan untuk buat kerja dan bukannya nak berjalan. Kalau nak berjalan tak boleh buat kerja dan kalau nak buat kerja pula tak boleh berjalan. Nanti kedua-duanya buat sekerat jalan.

Rasanya kalau nak ke Sabah kena ada seorang pemandu kembara yang mampu memandu perjalanan ke sana dan mahir segala tempat yang boleh dilawati dan dipelajari keistimewaan di sana. Mungkin lain kali, kalau nak buat satu lagi trip ke Sabah, kena peruntukkan selama sebulan  dan dilengkapi dengan satu kenderaan pacuan 4 roda. Baru boleh jelajah seluruh Sabah dan pergi ke semua tempat yang teringin nak pergi selama ini.

Antara tempat yang teringin sangat saya nak pergi adalah ke Pulau Sipadan, insyaallah satu hari nanti memang nak pergi ke sana untuk menikmati kehidupan lautnya yang cukup kaya. Mungkin kena ambil kursus scuba diving sebelum ke sana. Baru terasa lebih bermakna.

Untuk merumuskan perjalanan baru-baru ini, saya paparkan siri koleksi gambar serta cerita ringkas sebagai kenangan perjalanan ke Sabah yang mana semuanya berlaku sekitar di Kota Kinabalu sahaja.

Oh ya!, sebelum terlupa, saya ingin merujuk semula artikel Wanita Sabah cantik bah!, yang dipaparkan beberapa keping gambar wanita yang dirakamkan di sana. Semua gambar tersebut diambil di sekitar pasar awam Kota Kinabalu.

Ramai yang tegur bahawa gambar tersebut bukan gambar orang Sabah. Memang saya rasa betul dan dah agak kebanyakannya adalah orang Filipna yang menjaankan perniagaan di sekitar kawasan pasar di Kota Kinabalu. Gambar tersebut sekadar hiasan. Ramai orang Filipina di sana dan kebanyakannya memang lawa-lawa. Itu merupakan antara daya penarik di Sabah sebenarnya terutamanya di Kota Kinabalu. Jika ada yang terasa, saya mohon maaf.

Pemandangan laut depan Pasar Kota Kinabalu

Ini antara pemandangan yang saya paling suka setiap kali ke Kota Kinabalu. Kesibukan bot dan kapal nelayan yang banyak di sekitar kawasan tersebut amat memukau. Tak puas rasanya merakamkan gambar di situ kerana ada saja perkara menarik yang boleh dirakamkan sepanjang berada di situ. Samada waktu petang, waktu pagi mahupun di waktu tengahari.
Bot nelayan memang banyak beruang alik di depan kawasan sekitar pasar Kota Kinabalu. Tak pasti pula samada ianya kepunyaan orang Sabah sendiri ataupun dikendalikan oleh orang Filipina. Tapi saya dapat tahu ada pasar Filipina yang menjual ikan di waktu petang di sana. Harga yang mereka jual pula lebih murah berbanding harga biasa.
Ini gambar waktu pagi selepas subuh. Dah ada yang melayan minat memancing mereka di jeti berdekatan situ. Tapi tak berapa ramai sangat orang yang memancing.
Ini juga pemandangan di waktu pagi. Bot datang mengambil penumpang untuk dibawa ke Pulau yang ada banyak berdepan dengan Kota Kinabalu.
Jeti yang sama dari sudut yang berbeza. Jeti ini nampak sempurna siap dengan bangunan yang lengkap beserta jeti yang selamat, tapi tak ramai yang menggunakannya berbanding jeti sebelah sana berdekatan dengan pasar yang sentiasa ramai. Mungkin ada sebabnya...?
Ini bot atau perahu kecil yang sibuk mengambil penumpang dari kawasan pasar tersebut. Mereka hanya mengambil dan melepaskan penumpang di sekitar kawasan benteng tepi laut itu sahaja. Bila kita lalu di situ mereka menawarkan tumpangan bot untuk ke Pulau pada pelawat yang lalu lalang di situ.
Deretan kapal nelayan yang ada banyak berlabuh di kawasan tersebut. Waktu malam mereka bersembang-sembang atas bot itu sesama mereka. Memang kalau tengok nampak macam seronok saja kehidupan santai sebegitu walaupun hakikatnya ia makan banyak tenaga
Ini gambar pemandangan kesibukan kawasan laut di waktu petang matahari hampir nak terbenam. Mereka masih sibuk berulang alik sejak dari pagi sampai ke malam.

Ini rakaman di waktu senja matahari baru terbenam. Suasana damai dan keindahan laut di waktu itu memang mengasyikkan. Subhanallah!

Selepas ini saya akan paparkan pula rakaman gambar-gambar ketika trip ke Sabah di kawasan pasar ikan yang sungguh sibuk setiap pagi. Insyaallah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Trip ke Sabah 1 - Koleksi gambar pemandangan laut

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !