Tuesday, April 22, 2014

Trip ke Sabah 2 - Gambar sekitar pasar Kota Kinabalu

Ada banyak ikan yang tak pernah saya lhat dijual di dalam Pasar di waktu pagi di Kota Kinabalu. Macam yang saya dah sebut sebelum ini, harga ikan memang amat murah. Kalau duduk kat sana memang berbaloi untuk hari-hari ke Pasar dan balik masak sendiri. Tentu puas hati dan menjimatkan.

Ada beberapa jenis rumpai laut yang saya rakamkan di jual di sana. Mereka kata cuma perlu basuh dan boleh dimakan begitu saja. Tapi tak pula saya mencubanya. Tak tau macam mana rasanya. Lain kali boleh cuba jika ada rezki untuk ke sana lagi.

Kanak-kanak yang bekerja di dalam pasar di Kota Kinabalu agak ramai. Kelihatan mereka berkeliaran ke sana-sini melakukan kerja-kerja kasar. Mereka dilatih mencari makan sejak kecil di kala kanak-kanak seusia mereka bersekolah.

Ada juga kanak-kanak yang kerjanya meminta sedekah pada prapelancong yang lalu lalang di kawasan tersebut. Mereka akan datang membawa bungkusan plastik hitam meminta sumbangan belas ehsan para pengunjung di sana. Pandai pula mereka kenal pasti mana orang luar dan mana orang tempatan.
Mereka nampaknya tak segan untuk bergambar. Setiap kali saya menghalakan kamera pada mereka pasti akan ada aksi yang akan dipamerkan untuk rakaman gambar mereka.
Ikan-ikan yang berbagai warna dikumpulkan di dalam satu tong tersendiri. Tak pasti samada ianya untuk dijual atau tidak. Mungkin ada yang akan membelinya saya tak pasti
Peniaga ikan menunjukkan harga ikan yang amat murah ketika saya merakamkan gambar ketika lalu didepan gerai ikannya
Ini akan apa saya tak tahu. Nampak macam ikan buntal dalam rupa bentuknya. Tapi nampak macam berbulu dan sekali pandang macam landak pula. Kalau dijual tentu ada pembelinya. Tak tahu pula mereka masak masakan apa dengan ikan ini.
Peniaga mesra menunjukkan ikan yang mereka jual. Harga sotong hanya RM4 sahaja. Jauh lebih murah berbanding dengan harga sotong di semenanjung.
Previous Post
Next Post

13 comments:

  1. Lepas ni boleh buat business ikan pulak.. Ambik ikan kat Sabah jual kat semenanjung.. Mungkin dapat ikan fresh dengan harga yang setimpal.. Daripada duk import ikan dari China...

    ReplyDelete
  2. bukannya mudah nak berniaga di sabah terutama orang semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat tempat sendiri pun susah, apatah lagi kat tempat orang...

      Delete
  3. murahnyer sotong,. fresh2 tu rebus sedapnyeerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...
      yee saya pun baru balik dari KK...adui!! terkejut tgk harga sotong RM4, masa pasar malam kat waterfront tu lagi lah terkejut!! RM1 sekilo..!!!!1

      Delete
  4. Assalamualaikum sdra admin..
    Jika anda ada kesempatan lagi utk datang ke negeri ku ini.."negeri di bawah bayu" dan perlukan khidmat org tempatan.. Isha Allah saya sedia membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyallah! terima kasih. Insyaallah memang akan ke sana lagi jika ada kesempatan. Jazakallahu Qairan Kasiran!

      Delete
  5. Saya orang Sabah. Muka-muka yang ditunjukkan dalam gambar di atas sebenarnya bukan orang Sabah jati. Mereka itu adalah keturunan pendatang Filipina yang telah tinggal di Sabah sejak tahun 1970-an. Mereka kebanyakannya telah mendapat kad pengenalan biru. Mereka inilah sekarang yang mendominasi pasar ikan KK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai rupa-rupanya orang Filipina di Sabah, dah kuasai pasar di sana. Nampaknya sama macam yang berlaku di Chow Kit di Kuala Lumpur...!

      Delete
    2. Mereka pun manusia juga. Dari buat perkara yang tidak, alhamdullilah ada yang jadi peniaga dan menyumbang pada ekonomi dan sumber manusia di negara ini.

      Bila beli belah di KK, orang Semenanjung hati2 ya. Org sini boleh tahu tu u all dari mana. So, ada yg pandai naikkan harga. Kena2 pandai2 tawar menawar :D

      Delete