Jas duit

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 22, 2014

Bermalam di Bougainvilla resort Port Dickson

  Mat Bihi       Thursday, May 22, 2014
Bermalam di Bougainvilla resort Port Dickson

Baru-baru ini berkesempatan untuk bermalam di Bougainvilla Resort Port Dickson. Kami tinggal di resort tersebut selama 2 hari satu malam bersama dengan ramai lagi kawan-kawan daripada Kelab Pidato Perdana.

Ada yang datang dari Johor, dari Melaka, dari KL, Selangor dan banyak tempat lagi. Semuanya merupakan ahli Kelab Pidato Perdana dan mereka datang bersama keluarga masing-masing. Kami berkumpul dan bermalam di Bugainvilla Resort Port Dickson untuk acara hari keluarga.

Hari keluarga di Bougainvilla Resort Port Dickson itu di anjurkan sempena ulang tahun ke 5 Kelab Pidato Perdana. Ada berbagai acara menarik telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang berada di sama selama 2 hari satu malam dan memenag menyeronokkan.
Bermalam di Bougainvilla resort Port Dickson

Suasana Bougainvilla Resort Port Dickson

Saya sampai bersama keluarga satu kereta pada pukul 3.30 petang setelah bertolak dari rumah selepas zohor. Kami ikut jalan belakang melalui Putrajaya, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Lukut dan akhirnya terus ke Teluk Kemang di mana Bougainvilla Resort itu terletak.

Memang tak ada idea langsung tentang kewujudan Bougainvilla Resort Port Dickson itu sebelum ini. Nasib baik pihak pengurusan Kelab Pidato Perdana bersusah payah memasang tanda arah bermula dari bulatan sampailah ke resort.
Bermalam di Bougainvilla resort Port Dickson

Dari bulatan kami terus ke kiri dan mengikuti tanda arah melepasi dataran Port Dickson, sehinggalah sampai ke simpang masuk ke pusat cerapan Baitul Hilal, Teluk Kemang. Masuk ke kanan ikut jalan kecil itu sampai ke hujung dan terus belok kiri sehinggalah sampai ke Bougainvilla Resort Port Dickson.

Masuk saja ke dalam kawasan Bougainvilla Resort dan letak kereta di kawasan parkir, anak-anak dah kelam kabut nak keluar sebab terlihat dua kolam air khas untuk kanak-kanak terpampang di depan mata mereka.

Kawasan, bangunan dan kemudahan di Bouganvilla Resort itu sederhana sahaja. Bangunannnya agak lama dan ia mempunyai kawasan yang luas. Kedudukannya di atas bukit berdepan dengan pandangan laut dan pantai yang cantik menyegarkan.
Bermalam di Bougainvilla resort Port Dickson

Pantai berdepan dengan Bougainvilla Resort

Untuk ke pantai ada tangga turun ke pelantar macam jeti dan terus ke pantai. Pemandangannya cantik. Pantainya bersih tetapi ada batu dan perlu berhati-hati. Orang tak ramai dan lebih selesa berbanding dengan kawasan lain di Port Dickson. Mungkin ramai yang tak menyedari kewujudan pantai itu sebab terlindung pantainya.

Dari pantai itu, kita boleh lihat kompleks cerapan Baitul Hilal berdiri megah di atas bukit sebelah kanan pantai. Saya dapat tahu dari cikgu google balai cerapai Baitul Hilal berserta kemudahan hotel Kelana Beach Resort yang ada di atas bukit itu dibuka pada tahun 2012. Nanti boleh pergi try sekali kalau ada rezki. Insyaallah.

Ada kantin di Resort itu terletak berdepan dengan pemandangan laut atas bukit. Kami bersarapan pada hari kedua dengan makan nasi lemak, mee kari dan lempeng kelapa. Makanannya sederhana saja dan layanannya secara keseluruhan adalah sederhana.

Saya paparkan sedikit pemandangan suasana sekitar Bougainvilla Resort Port Dickson untuk tatapan pembaca. Manalah tahu ada rezki nanti boleh pergi cuba menginap kat sana dengan suasana bangunan lama dan persekitaran aman damai. Tapi eloklah pergi berkumpulan, lebih seronok dan tak sunyi.
Bermalam di Bougainvilla resort Port Dickson

Sedikit Kelemahan Bougainvilla Resort Port Dickson

Ada beberapa kelemahan pengurusan di Bougainvilla Resort ini yang rasanya perlu dikongsikan bersama para pembaca. Kalau tak kongsikan nanti ada pulak yang marah apabila mereka turut sama terkena apabila pergi menginap ke resort tersebut.

Penggelola Kelab Pidato Perdana, Sandy Tan telah teraniaya pada malam pertama kami bermalam di sana. Dia terpaksa tidur dalam kereta seorang diri kerana korbankan biliknya pada pasangan suami isteri yang sampai lewat dari Johor.

Bilik yang telah ditempa untuk mereka dan telah di bayar tidak ditinggalkan atau diberikan kunci oleh pihak pengurusan di Bougainvilla Resort itu pada sesiapa samada pada pengawal atau orang lain. Bukannya tak tahu bahawa semua yang datang dan bilik yang ditempa itu adalah untuk satu kumpulan yang sama.

Oleh kerana Sandy Tan seorang diri, jadi dia berikan biliknya dan dia terpaksa tidur dalam kereta seorang diri. Dah la letih, bantu berikan pendapatan pada Bougainvilla Resort tersebut dengan bawa masuk ramai penginap, terpaksa pula berkorban hasil dari kelemahan dan kelembapan pihak pengurusan resort.

Patutlah ketika sarapan saya lihat muka Sandy Tan macam naga yang menunggu masa untuk mengganas sahaja. Malang bertambah apabila mereka tidak mahu bayar atau pulangkan semula duit yang telah diberikan.

Mereka tak ada inisiatif untuk pergi mencari salah seorang ajk program KPP dan berikan kunci sedang mereka tahu itu adalah urusan berkumpulan yang semuanya saling kenal mengenali. Satu kelemahan ketara yang tak patut ada dalam industri sebegitu

Satu lagi kelemahan mereka adalah terlalu berkira dengan duit. Jika anda nak check in awal, kena bayar RM10 satu jam dan jika check-in lewat kena bayar RM10 satu jam. Tiada budi bicara langsung samada anda datang berkumpulan yang ramai sampai memenuhi berpuluh bilik penginapan mereka atau tidak.

Oleh itu, jika anda nak ke sana, pasti bersedia untuk berkira dengan amalan tangkai jering yang paling maksimum agar anda dapat menewaskan sikap tiada budibicara mereka. Kalau tidak anda mungkin akan rasa kecewa.

Nota terkini: Pihak resort dah bersetuju nak bayar balik bilik yang tak diberikan kunci itu.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bermalam di Bougainvilla resort Port Dickson

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Tidak disyorkan untuk anak-anak kecil dan orang tua sebab jika ke pantai yang berbatu di bawah mesti melintasi jalan kecil yang kadang- kadang kenderaan dipecut laju secara tiba- tiba dan seterusnya tangga yang curam atau susur yang agak curam bagi saya.Kesimpulannya jauh dari laut dan pantai berbatu tajam,elok mandi memakai kasut.Bilik yang depan sekali pula berdinding papan lapis,bukan konkrit.Malam memang jelas butir kata orang sebelah- menyebelah.Kalau bilik lain OK rasanya.Cuba intai sekitar tempat ini,banyak pilihan lain untuk lebih nilai wang anda.Tepuk dada....

    ReplyDelete