Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 24, 2014

Permainan menarik di Bougainvilla Resort

  Mohd Shubhi       Saturday, May 24, 2014
Permainan menarik di Bougainvilla Resort

Ini sambungan daripada aktiviti hari keluarga bersama-sama dengan warga Kelab Pidato Perdana yang diadakan di Bougainvilla Resort Port Dickson baru-baru ini.

Macam biasa dalam hari keluarga mesti ada acara bersama-sama yang akan disusun untuk merapatkan perhubungan sesama ahli kelab.

Ada macam-macam permainan berkumpulan menarik yang dianjurkan pada hari kedua, iaitu hari ahad pagi keesokkannya. Separuh hari ahad itu dari pagi sampai ke tengahari, semua berkumpul di tempat penginapan yang mereka panggil Kabin.
Permainan menarik di Bougainvilla Resort

Ada taman yang agak luas terletak di tengah-tengah deretan kabin yang panjang di Bogainvilla Resort. Di situlah acara permainan menarik dilansungkan dengan meriah.

Sebelum itu, pada malam hari Sabtu, acara makan beramai-ramai BBQ disertai dengan program penyampaian cenderamata kepada ahli-ahli yang terplih berlangsung. Sambil makan sambil berkenal-kenalan antara satu keluarga dengan yang lain dapat meluarkan lagi jaringan kenalan.
Permainan menarik di Bougainvilla Resort

Dapat hadiah cabutan bertuah

Ada acara cabutan bertuah dengan 10 hampers disediakan malam itu. Anak lelaki ke-3 saya yang baru darjah 3 bertanya apa nak buat dengan nombor kecil yang dia dapat pada kertas yang diberikan. Saya kata simpan dan tengok nombor tu, akan kena panggil nanti.

"Kalau dipanggil nak kena buat apa?", tanya anak saya itu hairan. Saya beritahu dia kena pergi depan ambil hadiah besar.

"Alamak!, takut lah nak pergi ayah!, semua orang tengok nanti, nak buat macam mana?", saya kata jangan risau, pergi saja selamba dan ambil hadiah tu, ada banyak makanan boleh kita kongsikan. Begitulah dia asyik tengok nambor yang dia dapat dan mula rasa tak selesa.

Nak dijadikan cerita memang nombor yang ada padanya dipanggil dan bila dia tengok ada berbagai bungkusan makanan pada hamper tu, dia terus bangun pergi ambil. Tak sangka pulak kerisauannya memang menjadi. Balik ke blik kami sekeluarga berkongsi makan apa yang dihadiahkan.
Permainan menarik di Bougainvilla Resort

Permainan menarik di pagi ahad

Apa yang menarik sekali pagi ahad itu adalah permainan yang dipanggil komunikasi tanpa suara. Permainan itu menarik dan menghiburkan dan berjaya menimbulkan kerjasama sesama ahli Kelab Pidato Perdana dan keluarga yang dibawa bersama.

Cara permainan menarik itu mudah saja. Semua orang berbaris dengan membuat satu bulatan dan masing-masing menghadap ke depan berada di bekang rakan mereka masing-masing.

Kemudiannya setiap orang diberikan satu kertas kecil untuk dilekatkan pada baju belakang rakan yang berada di hadapan masing-masing. Dia atas kerta kecil itu tertulis perkataan atau ayat yang rakan dibelakang mereka terpaksa menceritakan tanpa menggunakan perkataan. Ertinya terpaksa menggunakan bahasa isyarat.

Orang dihadapan saya terlekat perkataan "buaya darat", di belakangnya, saya kena cuba terangkan dengan menggunakan isyarat dan dia meneka sampai dapat. Memang mencabar dan menyeronokkan. Mencuba dengan berbagai gaya dan akhirnya dia berjaya meneka dengan tepat.
Permainan menarik di Bougainvilla Resort

Teka ayat susah dalam permainan menarik

Di belakang saya terlekat kerta kecil dengan perkataan "Karam Singh Walia". Puas diterangkan pada saya tapi saya memang tak faham dan tak ada idea langsung aa yang mereka cuba sampaikan. Datang lagi orang lain yang dah selesai masalah mereka cuba membantu untuk fahamkan saya, masih gagal.

Lama juga saya terkial-kial cuba teka apa ang mereka kata tapi seorangun tak berjaya. Akhirnya ada seorang yang berjaya memberikan isyarat sesuatu dan menunjukkan ke laut pada saya. Saya teka Bot, salam dan akhirnya saya kata Kapal!, betul.

Selepas itu dia buat isyarat kapal tenggelam bawah laut, terus saya kata Karam!. Betul. Selepas itu dia mula buat isyarat baca berita sambil mengangkat tangannya ke atas dan menurunkan semula berkali-kali. Saya terus jawab Karam Singh Walia. Hahaha! memang kelakar!.
Permainan menarik di Bougainvilla Resort

Perkataan paling susah dalam permainan menarik

Ada satu perkataan paling sukar yang salah seorang peserta dapat dan puas orang semua cuba terangkan padanya dengan menggunakan bahasa isyarat tapi tak berhasil.

Macam-macam gaya dicuba padanya dan dia paling lama tak berjaya meneka. Semua orang lain dah habis 4 atau 5 pusingan teka perkataan, dia masih terkebil-kebil tak dapat nak teka.

Perkataan yang dilekatkan pada belakangnya adalah nama pengelola Kelab Pidato Perdana, iaitu "Sandy Tan". Saya cuba juga dengan mengambil tanah dan ditunjukkan padanya dan dia teka 'Sand'. Tapi akhirnya dia jem dan tak faham lagi. Saya give up dan biarkan orang lain cuba.

Punyalah lama mereka mencuba selepas satu orang satu orang pergi membantu akhirnya dia berjaya juga meneka dengan betul. Kesian kat dia tersiksa dan nampak pening dan hampir putus asa.

Memang menarik permainan tersebut dan kalau anda nak buat perhmpunan hari keluarga, saya syorkan permainan menarik itu untuk dicuba beramai-ramai.
Permainan menarik di Bougainvilla Resort

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Permainan menarik di Bougainvilla Resort

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !