Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 1, 2014

Tempat makan di Kota Kinabalu

  Mohd Shubhi       Thursday, May 1, 2014
Tempat makan di Kota Kinabalu

Sudah tentu ada banyak tempat makan di Kota Kinabalu. Tetapi apa yan nak saya ceritakan adalah tempat makan di Kota Kinabalu yang saya kunjungi selama 5 hari 4 malam berada di sana tempoh hari.

Pada hari pertama sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami terus di bawa makan malam di kawasan gerai-gerai yang banyak bertentangan pemandangan laut. Kebetulan kami sampai di Kota Kinabalu dalam pukul 8.30 malam, dan sepanjang dalam kapal terbang dengan penerbangan Malindo Air tidak menyediakan apa-apa makan malam selain daripada roti mayat, maka perut dah berkeroncong.

Pemandu yang berkhidmat untuk kami sepanjang berada di Kota Kinabalu terus bawa ke kawasan gerai-gerai itu sebelum menghantar kami ke Hotel. Katanya, hotel tempat kami menginap dekat saja dari kawasan gerai-gerai tersebut, jadi selepas ini mudahlah kami nak makan malam sepanjang berada di sana.

Saya masih kabur pada malam pertama berada di sana dan tidak dapat meneka di mana kedudukan kami ketika itu. Yang pastinya ada banyak deretan gerai makan yang menyediakan makanan laut.
Tempat makan di Kota Kinabalu

Deretan gerai makanan laut di tempat makan Kota Kinabalu

Malam pertama itu kami memilih untuk duduk di kedai paling hujung berdekatan dengan sebuah kawasan berehat yang kelihatan seperti sebuah pentas terpacak atas air. Tak jauh dari situ ada sebuah bulatan jalanraya yang terpacak kukuh replika ikan todak di tengahnya. Itulah landmark saya untuk malam itu.

Sebaik saja dapat tempat duduk, sementara kawan-kawan lain tunggu makanan sampai, saya terus capai kamera dan mula berjalan untuk melihat kesemua gerai yang ada. Teringin juga nak tengok apa makanan yang mereka sediakan di situ dan apa keistimewaan tempat itu yang kelihatan sentiasa ramai pengunjung dari berbagai lapisan masyarakat.

Apa yang saya lihat hampir semua menyediakan ruangan memilih makanan laut segar di depan gerai mereka. Ada ikan besar, udang besar, udang galah, udang harimau, udang kapas, rumpai laut dan macam-macam lagi. Patutlah ramai yang datang ke situ, makanan laut yang dipilih akan dimasak segera selepas dipilih dan saya rasa harganya juga tidaklah mahal sangat.
Tempat makan di Kota Kinabalu

Gerai beruniform di tempat makan Kota Kinabalu

Apa yang paling menarik di situ adalah semua gerai mempunyai uniform masing-masing. Ada gerai yang semua pekerjanya pakai tshirt merah, ada yang kuning, unggu, hijau dan lain-lain warna. Ini dapat membezakan antara satu gerai makan dengan satu gerai yang lain.

Selepas dua tiga kali makan di tempat makan tersebut, baru saya perasa rupa-rupanya uniform mereka bertukar-tukar pada malam-malam yang berbeza. Yang pentingnya semua pekerja akan mengenakan uniform yang sama warna untuk menunjukkan keserataan. Itu satu perkara menarik untuk gerai-gerai di sebelah sini mengikutinya.
Tempat makan di Kota Kinabalu

Sempat juga saya rakamkan beberapa keping gambar sepanjang melilau seorang diri di sepanjang gerai-gerai di situ. Kalau anda ada kesempatan bermalam di Kota Kinabalu, bolehlah pergi ke tempat makan di Kota Kinabalu yang saya ceritakan ini.

Letaknya sebelah dengan pasar di Kota Kinabalu. Pada waktu siang, gerai semuanya hilang tak wujud, hanya ada dereta kereta-kereta yang dilepatkkan di sana. Hanya waktu malam sahaja mereka mula menjalankan perniagaan semula.
Tempat makan di Kota Kinabalu

Mungkin ada lagi tempat makan di Kota Kinabalu yang lebih menarik. Kalau anda ada maklumat boleh kongsikan di sini. Bolehlah saya mencubanya bila ke sana semula nanti. Insyaallah saya akan ke sana lagi selepas ini untuk satu tempoh yang lebih panjang rasanya. Tapi akan berpindah-pindah ke seluruh Sabah dan bukan hanya di sekitar Kota Kinabalu sahaja.




Gambar ikan bakar dan sayur di atas adalah makanan yang saya dan kawan-kawan tempa untuk merasa bagaimana kelazatan ikan bakar buatan orang Sabah di gerai-gerai tempat makan di Kota Kinabalu tersebut. Harganya ikan rata-rata adalah dalam lingkungan RM40 sekilo siap masak. Masakannya boleh tahan dan kami ratah semua ikan itu sampai tinggal tulang saja, fresh dan lazat!

Sekali lagi buat anda yang dah biasa ke Kota Kinabalu atau orang-orang tmpatan di Sabah, kalau anda ada maklumat untuk dikongsikan berkenaan tempat makan di Kota Kinabalu selain daripada yang saya sebutkan di sini, amat dialau-alukan. Tolong berikan maklumatnya di ruang komen di bawah. Terima kasih bah!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tempat makan di Kota Kinabalu

Previous
« Prev Post

15 comments:

  1. Salam saudara boleh ajak pemandu makan di Gayang Seafood. Tempatnya pun boleh tahan cuma letaknya 28km from KK. selepas order makanan kena tunggu sejam baru sampai sebab setiap malam trlalu ramai org datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam broo.. masih banyak tempat makan yang lazat-lazat dan harga bersesuaian kalau nak cuba sila kunjungi Restoran SeeFood Muslim Hang Li Fo di Karamunsing Kapital. Anda boleh menikmati masakan yang enak.

      Delete
    2. Gayang Seafood ! wah tentu ada yang menarik membuatkan ramai orang berkunjung ke situ. Insyaallah akan ke sana nanti. Terima kasih berikan maklumat

      Delete
    3. Restoran Seafood Muslim Hang Li Po...dengar nama macam menarik, insyaallah akan ke Karamunsing Kapital nanti nak cuba. Terima kasih!

      Delete
    4. Gayang tu chinese punya. Tukang masaknya mcm bkn islam. Mmg xde pun tanda halal kat restoran tu. Ada x org2 kk yg blh buat confirmation?

      Delete
    5. betul tu...bulan oktober tahun lepas sy ke kk dan ramai yg cadangkan makan di gayang seafood....jauh juga drive dr kk ke gayang....sekali sampai n amik order rupenye milik org bkn Islam, tiada tanda halal dan arak dihidangkan sesuke hati atas meja! terus cancel order

      Delete
  2. pernah berkunjung dan makan kat situ...gambar yang tuan shoot...really amazing..! terbaik

    ReplyDelete
  3. Pastikan makanan ada ditaruh bawang putih. Kalau sedap saja tapi tidak ramuannya yg menjaga kesihatan, yg dapat cuma sedap tu je.

    ReplyDelete
  4. landmark sebenar lokasi yg tn pergi tu adalah cari Hotel Hyatt & Bulatan ada ikan todak, simple saja...& memang harganya berpatutan & berbaloi, banding dgn makan di restoran seafood lain sekitar KK.

    kalau Gayang Seafood tu, jauh dari KK & dah atas lagi drpd Sepanggar, arah ke daerah Tuaran..tapi kalau nak menikmati suasana lain boleh la try, masakan sama saja..chineese style.

    kalau Restoran Masakan Sedap di area Lintas pon ok..pernah masuk JJCM TV3..pilih ikan fresh..jgn lupa siput tarik...mmg berbaloi

    Restoran HangLiPo...di Karamunsing Capital..buleh juga..suasana restoran..

    kalau nak try Puding Kelapa, Kelapa Bakar..boleh cuba di deretan gerai Kelapa...Jalan Sulaman-Tuaran, cari Politeknik KK, mmg tak jauh dari Poli KK...mcm mana nak ke arah sana? mmg jauh dari Pusat Bandar...arah ke daerah Tuaran juga.

    kalau di KK nak merasa Sup Tulang & Soto Banjar..disyorkan di Restoran Sri Pelangi, lokasi di simpang masuk Kompleks Karamunsing (berdepan Palace Hotel) blkg kedai tayar.

    jika sarapan? boleh try Kedai TokMi di area Sadong Jaya depan Kompleks LHDN KK..

    jika Anjung Selera depan Promenade tu biasa2 saja....mmg power lagi yg dekat dgn Hotel Hyatt tu..

    brg mentah mmg harga murah sket banding semenanjung tapi kalau sudah di masak..lebih kurang juga...cuma mana nak jumpa lobster..kerapu dijual utk masak semudah di KK? ;) jika di semenanjung ada tu mmg lah ada juga...tapi rata2 majority..mana2 seafood di semenanjung mesti ikan siakap..

    jika tn dtg Tawau, boleh cari Restoran Sri Titingan di kawasan industrial Bt 3..mmg berbaloi...nak merasa Steamboat power..RM30 per pax dewasa..boleh try di Daily Q (da juga panggil nama lama Perdana) area Jln Tanjong @ Tajong...

    Restoran BalikPapan sebaris dgn pejabat Perkeso Tawau pon ok...tapi dibuka siang hari sahaja...

    Warung Ikan Bakar Al-Falah di Giant Tawau buka sampai malam...pon berbaloi..;)

    hahaha...lom lagi Semporna...Sandakan....mcm2 lagiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh!!! banyaknya tempat menarik...kalau nak pergi nanti nak kena contact tuan/puan nampaknya. Terima kasih berkongsikan kat sini!

      Delete
    2. Terima kasih anonymous kerana beri lokasi dan nama restoran. Senang la nak cari kalau ke KK dan tak payah melilau nak cari.

      Delete
  5. apa yang saya suka dengan sabah adalah, makanan laut! super segar. kat jeti sebelah pasar tu saya boleh tawar sotong sebesar betis budak dengan harga rm1.50 sekilo. hehehee...

    lagi satu, saya boleh makan seafood di restoran cina tanpa rasa was-was. asalkan ada tertulis "serve no pork". memang lumrah kat sabah ni, orang muslim pun makan kat restoran cina macam tu. kalau semenanjung, jangan harap la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan laut memang terrrrrrbaik kat sana...nak pi lagi nih!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !