Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, June 17, 2014

Kilang roti benggali depan Hospital BM

  Mohd Shubhi       Tuesday, June 17, 2014
Kilang roti benggali yang terletak berhadapan dengan Hospital Bukit Mertajam ini adalah salah satu daripada tempat yang sering dikunjungi setiap kali balik ke kampung. Kalau lalu saja ke kawasan tersebut memang tak akan lepaskan peluang untuk beli 3 atau 4 buku roti benggali.

Roti benggali biasanya orang kampung panggil roti tawar. Memang rasanya tawar jika di makan begitu saja, tetapi tawar yang agak istimewa sebab tak terdapat rasa sebegitu pada makanan lain. Saya tak pasti dengan orang lain yang biasa makan roti tawar ini samada dapat merasakannya. Tapi setiap kali masukkan roti ini ke dalam mulut saya boleh rasakan aroma serta kehalusan rasa roti tawar yang menyegarkan.

Rasa atau aroma tersebut akan lebih dikesan di dalam mulut jika dicicah dengan kopi O panas. Masukkan ke dalam mulut dan kunyah perlahan-lahan untuk merasakan kelazatan roti tawar yang amat berbeza berbanding dengan roti-roti lain terutamanya dari jenis bun yang banyak terdapat di pusat bandar.

Beli roti tawar di kilang roti BM

Orang ramai boleh beli roti tawar di Kilang Roti BM ini dengan mudah. Pergi saja ke dalam kilang dan suruh bungkus berapa ketul roti yang anda mahu. Bukan saja roti tawar, ada banyak lagi roti lain yang boleh dipilih.

Kalau anda nak beli roti tawar yang dipotong dan siap di sapu planta dan kaya, kilang roti tersebut tak dapat lakukannya. Tapi anda boleh beli daripada mamak roti yang datang ambil bekalan roti mereka untuk dijual di serata kampung.

Kebetulan baru-baru ini ketika singgah di kilang roti benggali di BM itu, ada dua orang mamak yang sedang ambil stok bekalan roti mereka. Jadi bolehlah beli 4 buku roti tawar yang siap dipotong dan disapu dengan kaya dan planta untuk dibawa balik sebagai makanan petang.

Ada banyak cerita yang tak syok tentang cara buat roti di Pulau Pinang ini. Ada yang kata mereka uli tepung roti dengan kaki dan sebagainya. Tapi saya biasa masuk ke dalam kilang roti di depan Hospital BM itu dan keadaan di dalamnya amat bersih sekali.

Kebanyakan daripada pekerjanya adalah orang Melayu dan bukannya mamak yang pakai kain pelikat sekerat dan baju singlet. Mereka semuanya dah lama bekerja di kilang roti tersebut dan amat mahir dan menjaga kebersihan. Lagipun mereka buat kerja depan hospital maaa!.

Bagaimana nak ke kilang roti tawar BM

Kalau anda datang dari Kulim lebih mudah sebab akan lalu di depan Hospital BM untuk masuk ke Pekan BM. Sebaik saja melalui Hospital BM, rapat kanan dan pandang kanan, anda boleh lihat kilang roti di tepi jalan tersebut dan ada sedikit ruang untuk parkir kereta di depannya.

Masuk situ dan pergi beli roti kat depan kilang tersebut. Ada seorang pekerja wanita dan seorang pekerja lelaki (mamak) yang sentiasa pakai kopiah yang akan melayan anda. Belilah seberapa banyak yang anda suka asalkan buat bayaran.

Bagi yang tak biasa dengan pekan BM, cari saja arah ke Hospital BM, tentu anda akan jumpa dengan mudah kilang roti tersebut yang letaknya berhadapan dengan Hospital.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kilang roti benggali depan Hospital BM

Previous
« Prev Post

15 comments:

  1. kalau cicah kopi o mmg sedap ni.. mmg feveret ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap...kopi cap Hang Tuah pulak tu...

      Delete
  2. Cicah gulai temenung pun sedap ..... lebih2 lg gulai perangat....fuuhhh...

    ReplyDelete
  3. Dari kecik bapak sy selalu juga bawa ke kilang roti dpn hospital BM ni hihi. Bertahan sampai sekarang. Entah generasi ke berapa towkey la ni.

    ReplyDelete
  4. Cerita pasal roti kena uli pakai kaki ni dah biasa sangat dah dengar sejak dari kecik dulu. Tak boleh kalau kedai tu laku sikit, mesti keluar cerita bukan-bukan. Laksa taruk tisu la, keluar tandas tak cuci tangan and macam-macam lagi la. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak tengok depa uli pakai kaki...kalau betoi!

      Delete
  5. Best kalau roti ni disapukan dgn planta dan gula kemudian di bakar... makan pulak bersama dgn teloq suku masak + kicap+lada... aduhhh sedaapppnya... atau roti tawaq ni dicicah dgn sup ekoq.... perghhh... meleleh ayaq lioq ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh sedap sungguh pekena dengan teloq tengah masak tu!

      Delete
  6. kilang mehon kat jalan ipoh dah terbakar .......!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. kilang ne namanya Kilang Roti Kamalia (dulu) skrg tak tahu nama apa..semasa cuti SPM dulu pernah bekerja di situ...Bolaeh tahan juga pengotor dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka...? sampai ke tahap menjijikkan ke masa kerja tu...?

      Delete
  8. Salam.

    Saya tak pernah lagi mencuba..jauh nu nak ke utagha..mana nak cari kalau kat kolumpo ni.. huhu.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !