Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, June 26, 2014

Perbandingan 4x4 antara Hilux, Navara, Triton dan Ranger

  Mohd Shubhi       Thursday, June 26, 2014
Perbandingan 4x4 antara Hilux, Navara, Triton dan Ranger

Berikut dikongsikan maklumat perbandingan antara 4x4 kegemaran rakyat Malaysia sekarang. 4x4 yang dimaksudkan adalah, Toyota Hilux, Nissan Navara, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger. Keempat-empat jenis 4x4 ini ada banyak di atas jalanraya sekarang.

Ada yang beli untuk aktiviti lasak masuk dan keluar hutan. Ada yang beli untuk kerja lasak isi dan angkat barangan kasar. Ada juga yang beli 4x4 untuk di make-up begitu cantik sekali berkilat-kilat hebat, nampak lasak tapi debupun tak ada melekat pada badan kereta.

Itu semua adalah hak masing-masing yang empunya badan yang membelinya. Berdasarkan pilihan dan kegunaan masing-masing, maka tentu ada yang nak tahu bagaimana prestasi kesemua 4x4 pilihan rakyat Malaysia tersebut di atas, kita baca maklumatnya di bawah.

Ringkasan prestasi Hilux, Navara, Triton dan Ranger

Maklumat yang saya paparkan di sini adalah kiriman seorang pembaca yang bekerja dalam keselamatan negara. Berikut apa yang dia kata...

Untuk maklumat semua, saya bekerja dalam bidang keselamatan dalam negara. Tahun 2012-2013, adalah tahun paling hardcore untuk aku dan team. Dari Perlis sampai ke Sabah kami redah udara, darat, dan laut (dlm laut belum lagi keh keh!)

Ni saya nak bandingkan 3 jenis kereta 4x4 pilihan rakyat Malaysia. 4 bulan saya dan team redah kawasan bandar, kampung, hutan dan persisiran Sabah.

Kami diberikan 4 jenis 4x4 yang kebetulan mahu diuji ketahan, lasak, selesa, jimat dan sebagainya, macam yang selalu dibandingkan dalam internet ni la!. Lagipun, kerajaan sedang memilih mana satu yang akan dibeli untuk seluruh pasukan. Kami lanyak cukup-cukup keempat-empat kereta tersebut iaiitu, Hilux,Navara,Triton dan juga Ranger.

Peminat D-Max, minta maaf, kerajaan dah tolak awal-awal untuk termasuk dalam senarai pilihan. Kalau saya dan team sahaja mungkin kerajaan akan berikan Landrover atau Pajero tukun!!

Pendapat saya, persamaan kereta-kereta ini dengan para artis bolehlah disamakan seperti berikut, Hilux-The Rock, Navara-Vin Diesel, Triton-Rain (Jung Ji-Hoon), Ranger-Bear Grylls

Kereta 4x4 Toyota Hilux

Pernah tengok filem "Ace Ventura"? Jalan tar pun melantun-lantun. Entah berapa kali berhenti untuk buang "hajat"!!

Lemau saja kelajuannya, selamba saja kereta kancil standard potong, aduhai...!

Dalaman memang luas, tempat duduk belakang juga selesa

Body, memang tough, rasa hencem je bila bawak.
Perbandingan 4x4 antara Hilux, Navara, Triton dan Ranger


Kereta 4x4 Nissan Navara

Atas jalanraya, kelajuan atau speed memang terbaik!!

Kalau di tempat yang softcore offroad masih boleh pecut lagi!

Tempat duduk belakang tegak, kalau terlelap, kompom sakit badan bila bangun zzzz!!!

Ground clearance rendah, habis batu, tanah, bonggol, kayu dan lain-lain disagatnye

Dari segi minyak, memang terjimat antara semua


Kereta 4x4 Mitsubishi Triton

Nampak macam gagah dan hensem, tetapi hakikat sebenarnya... alahai!. K-Pop sungguh walaupun kereta Nipon!!

On road boleh kejar mengejar dengan Navara

Hardcore offroad ke laut!! hampeh!! phuiii!!!

Dalaman memang selesa

Penggunaan minyak boleh tahan jimat


Kereta 4x4 Ford Ranger

Memang serba boleh, sama macam motto team saya!

Dari segi speed dan pickup, memang 50/50

Softcore / hardcore offroad langsung x heran beb!!! Selamba je!!

Dalaman pula selesa dan luas, cuma kecik sikit dari navara

Luaran dan dalaman memang tough, superb!!

Rumusan perbandingan 4x4

Pendek kata, kalau anda nak guna di kawasan bandar, anda boleh gunakan Navara, Ranger atau Triton.

Tetapi kalau nak digunakan untuk Offroad, pilihlah samada Hilux atau Ranger.

Walau bagaimanapun, pilihan terbaik adalah Ford Ranger (Model Baru). Tak perlu fikirkan pasal resale, serba boleh boleh dan cun!!

Sebab habis je misi redah Sabah, parking kat area Kota Kinabalu, hanya Ford Ranger saja yang langsung tak ada masalah. Sedangkan yang lain macam-macam berlaku, dari suspension sampailah bodykit tercabut!.

Paling teruk adalah Triton, dah macam baru timbul dari laut!!

Secara peribadinya, saya lebih suka Pajero V model, Landcruiser. Lasak dan tahan lama. Tak pening kepala dan dipercayai turun menurun.

Tahu tak?, Pajero (A) 2.8 1997 yang sama model dengan kereta saya sekarang dijual dengan harga 50K++ kat mudah.my!!

Korang nilaikan lah sendiri. Chaloo!!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perbandingan 4x4 antara Hilux, Navara, Triton dan Ranger

Previous
« Prev Post

123 comments:

  1. rocky says: ok la lu try 4 jenis je; wa lagi suka kalo boley tambah jenis lain macam tata, fortuner, mahendra dll. Tapi dalam sume tu paling besh ialah SUZUKI JIMNY ha ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena kumpulkan semua pemilik kenderaan 4x4 yang ada dan buat satu trip bersepadu dan buat comparison...siapa boleh organize...?

      Delete
    2. Alah... meh aku organize... ada sponsor dr restoran Ah Keong (Pork Meat supplier)

      Delete
  2. kenapa d-max tak termasuk dlm senarai eh....atau d-max lebih teruk dari triton?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari cerita, nampaknya macam tu ler...!

      Delete
    2. Brader yg bt comparison ni myb polis kot..sbb polis kat sabah yg amek hilux bg kat escom..kalu askar..dia pakai dmax 3.0..haha

      Delete
    3. Ya d sabah askar, sesb, pki dmax and majoriti pnduduk pki dmax &hilux. Rasanya negeri sabah lg byk jln offroad kut. Emmm..

      Delete
    4. ++plus pekebun d sabah dan pairit di kg2 pakai dmax single cab.. emm 4x4 jg tuh. And fyi, d sabah 1.perodua 2.toyota 3.isuzu ntala.. mungkin kamu d smjung x pki 4wheel la

      Delete
    5. Mark 11 lg best. Banjir pun tak takut

      Delete
    6. Ya kalau mau try hardcore pny offroad mari dtg sabah

      Delete
    7. Apa yang i tahu isuzu d max new (2015) model is the best.
      1) Enjin paling jimat minyak (Dibuktikan oleh AAM & Asian Auto, bukan personal pembaca-pembaca blog) Dari Thailand ke Spore 1 tangki saja....1809km
      2) Masa i buka enjin, servisnya setiap 20,000km. Ini bertambah menjimatkan duit.
      3) Spare partnya semasa servisnya pun murah berbanding 4X4 yang lain.
      4) Model terkini lebih cun (2.5 type model D Max Diablo, 3.0 D Max Safari)
      5) Model terkini ada turbo dan intercoolar
      6) Seat belakang betul2 selesa, tak sempit seperti dulu.
      7) Harga pun murah berbanding yang lain.
      8) Boleh di make-up....search di google, open image
      9) Lebih safety: ABS, EBD, BA, ESC, TCS ( Dapat award 5 star dari NCAP)

      Actually bukan nak puji lebih2, sebelum ini saya pakai Toyota Hilux company kepunyaan syarikat - construction: Earthwork. Syarikat saya juga ada memakai Mitsubishi Triton.

      Utk pengetahuan, di Malaysia Hilux no 1. But di Thailand Isuzu D Max no 1. Majoriti yang dibualkan dalam web pendapat ini ialah dengan model2 lama. Cubalah korang up to date semua brand pengeluar dan model.

      Isuzu D Max menang award 2013, 2014 bagi kategori 4x4 terbaik. Cuba search. Isuzu adalah pengeluar enjin diesel pertama yang i dengar....so dea lagi up to date enjin. Nak tgk bentuk enjin dea...wassap saya (012-9330750).

      Saya tengah mencari 4x4 utk kegunaan sendiri. Asalnya dah booking Ford Ranger, tapi saya canselkan. Nak bayar Honda Stream RSZ lagi, rumah lagi, etc. Jadi yang terbaik tengok poket sendiri, tujuan beli untuk apa, dan kelebihan kenderaan. If poket tebal, beli la Range Rover....huhu. Saya makan gaji je. Bukannya kontraktor or bisnes sendiri. Makan gaji dalam kerja safety di bidang pembinaan.

      Apa-apa hal, tengoklah tujuan beli dan poket wahai pembaca2. Janganlah kondem rakan-rakan yang dah beli 4x4 apa-apa model.

      ---- Safety Manager, 012-9330750 ---

      wassap ya jika perlukan apa2, busy, xde masa nak bukak tenet

      Delete
    8. Dmax ke... ranger ke... hilux ke... triton ke... waima hummer skalipun... baju askar tetap celoreng hijau dan baju polis tetap biru n xder celoreng... ngokkkk

      Delete
  3. Bagi saya isuzu Dmax.. is the best... saya memandu isuzu dmax 3.0.. memang best.. sesuai utk semua keadaan.. bajaran titiwangsa isuzu dmax seperti raja...membelah belantara di timur barat.. amat selesa.. walaupun bawa barang berat still power... minyak memang menjimatkan... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! kita kena suka apa saja yang kita ada, tentu masing-masing ada kelebhannya

      Delete
    2. Saya pernah pakai dmax 3.0 hampir 5 tahun.... minyak memang saya akui jimat gila tapi performance out berbanding ranger... spare parts dmax murah...

      Delete
    3. kalo dah kita suka apa yang kita ada.. so duk diam je la... x yah nak kutuk2 yg len... x yah la nak kutuk hilux atau dmax.. kalo aku kutuk ko "cibai" per ko rasa? rasa oren ke stroberi?

      Delete
  4. boss, lu bawa 4x4 yang empat jenis tu spec yang mana satu? detail la skit....ranger lu tibai 3.2. ka yang 2.2. manual ka auto..triton plak yang vgt atau bukan vgt? hilux? navara? kasi detail la spec...jangan banding jenama sahaja...kalo untuk keselamatan negara apsal korang tak amik humvee ka landrover ka range rover ka. jeep ka..tak pun cuba la try russia punya model. pendapat gua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi juga ya, nak kena sound bro tu supaya kasi detail spec...tq

      Delete
    2. Lu gua lu gua.. phuiii menyampah aku baca

      Delete
    3. Saya rasa mesti mereka gunakan spec high end utk kesemua empat jenama tersebut.

      Delete
    4. Lu gua, lu gua.. kau bukan jenis yang makan babi kan? so cakap je laa mcm orang yang tak makan babi.. kau aku atau saya awak kan cantik.. :)

      Delete
    5. Ui bos makan babi pun pun masuk topic ka haha heran btl...

      Delete
    6. babi... babi... sapa mau makan babi... panggang ada... kukus ada... rebus puan ada... macam2 adaaaaa.....

      Delete
    7. Anon 2:49, agaknya ada masalah jiwa yang sedang kacau. Moga cepat pulih hendaknya !

      Delete
  5. Kalau jenis yang berkebun dan selalu masuk hutan memang sesuai la beli 4x4 macam ni. Aku suka ford ranger sebab design lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa kalau bawa masuk hutang berlemoih juga hehe

      Delete
    2. mu ni shubhi... kalo mu x nok belemoih.. mu bawak je powil mu tu masuk bilik tido

      Delete
  6. gua paling suker range rover... classic ataupun baru... offroad superb la... onraod adalah KING... duit pun mau superb duperb la... haha... pakai yg classic tukar engine 1kz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Range Rover memang best, tapi pendapatan juga kena best....

      Delete
    2. sekai die ler... gaji die.. mu kecoh gapo?

      Delete
  7. Yg gua suka pulak..yg drive WAJIB pakai dua2 kaki sbb gua bkn OKU ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha! nih tentu lebih suka panjat tangga daripada naik lif ni kan...?

      Delete
    2. Kalau ada benda lain yang boleh jaga bahagian gear, kenapa nak susah2 main gear kan? kalau awak bukan OKU, kenapa tak pulas sendiri je crankshaft tu, tak payah gunakan khidmat bahan api utk gerakkan kenderaan.. :)

      Delete
    3. mu ni subhi... suka dia ler nak panjat tangga atau nek lif.. tu hal die..
      ni lagi sekor beruk... kalo ko pn bkn oku.. ko nak ker pulaih kengsap tu? bodo warisan ler kome b2 ni...

      Delete
  8. Salam Tuan,

    Mana nak cari Ranger 2nd hand yang ok lagi. Tengah dok cari-cari gak ni, Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada saya war-warkan kat sini nanti...tq

      Delete
    2. waaa.... braper komisen dapat bro? atau... dapat keta pree....

      Delete
  9. sembang je lebih penulis ni.. kot2 kete 4x4 pun x de kt umah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHE!!! ADA MASALAH KE KALAU TAK ADA...? ADA MASALAH KE SEMBANG LEBIH...?

      Delete
    2. memang ada masalah... kalu xder tu diam je la jgn menyibuk...
      sembang lebih pun ada masalah... mcm tin biskut kosong jer... bising biler tgolek...

      Delete
  10. Apapun brg lama trbaik..cuba selam enjin DID kat air apa cer?.aku pkai storm enjin lama selam air smpai bonet no hal.enjin komputer camner ada bran?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi cuba selam macam tu.. teringin jugak nak buat bila ada kesempatan nanti...

      Delete
    2. boleh je.. engine computer ada water proofing punya material pula.. bukan bodoh2 orang yang buat enjin ni.. kapal selam lagikan ada computer..

      Delete
    3. Dah ada kesempatan ke bro?

      memang la kapal selam ada computer... tapi kapal selam xder mod 4 wheel drive...... labuuuuuuuuuuuuu......

      Delete
  11. Kredibiliti artikel ni x leh d terima sbab kata gomen dah tolak d-max. Setahu saya, tentera darat dah pakai d-max ni. Penulis kata dia ada kawan drp pihak keselamatan. Yg mana satu? Artikel lebih kepada fantasi berbanding realiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penah drive dmax 2.5? Triton 2.5? Ok bandingkan dua buah ni cukup. Takpayah lebih. Dari situ hg boleh tau kenapa driver lebih cenderung untuk reject dmax 2.5

      Delete
    2. memang setuju... artikel ni xder pengisian ilmiah langsung... artikel tahap budak tadika...
      ni lagi satu.... make a comparison apple to apple ler... don compare apple tu durian... hancur la durian tu... bongokkk

      Delete
    3. masi feel triton bagus dari segi pemanduan selesa n pick up bagus

      Delete
  12. Nak tau mana model yg benar2 lasak bertahun2 pakai tuk off road tanya apek cameron hglnd yg angkut sayur dari ladang... depa lagi hardcore guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro... try pakai model victoria secret... sedap wooo... kaki panjang tuuuu...

      Delete
  13. Memang awak takde pengalaman utk bagi komen mcm ni..nak tgk triton hardcore tak hardcore,add fb saya Rizal Anuar..youtube channel rizalanuar..bawak kopi secawan dan enjoy the pictures and videos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..try la tgk page rizal anuar dulu..baru leh cite..senang je ko.nak.kondem triton..sakit plak hati aku bila baca..tgk dulu page TTCM bro..selam betul2 dulu..from azrulazhar

      Delete
    2. Tu la..xde pengalaman sape yg bagi pendapat ni..selamba je kondem triton..bengang plak aku baca..add dulu rizalanuar tu..baru leh sembang..triton mcm.rain konon..kiwak betul..meh try keta aku..tgk rain ke x..silap2 mata ko yg rain nak cari pintu turun..haishh..statement ko ni buat rosak first immpression org la..

      Delete
    3. Tak payah lah nak bengang. Dia bagi pendapat dia berdasarkan pengalaman dia. Korg mungkin xberpeluang utk test 4x4 lain selain triton yg korang ada. Berbangga lah dgn apa yg kita ada. Tapi jgn sakit hati plak kalau org condemn apa yg korg ada sebab dia pun dah tentu akan cakap dia punya yg terbaik.

      Delete
    4. Dia rasa 'Hencem' bila drive Hilux. Hehehehehehe... Mesti pakai spender brand Scuba ni. -Senior Teluk Sentang-

      Delete
    5. eleleleleee.. rasa power la tu triton dia tu.. dah orang tu test find out tak power berbanding brand lain.. terima je laa.. ko nak pakai, pakai je laa takde orang nak marah..

      Delete
    6. setuju... memang org yg bagi komen ni xder pengalaman.. kalo kencing masih berterabor tu x yah la nak memandai nak komen powil ni... belajar kencing lurus lu

      Delete
  14. aisehh...byk ka ford bg komisen nih..hihihihi..but i like the artikel..simple

    ReplyDelete
  15. sy mengajar di sebuah sekolah org asli di pedalaman perak..keluar masuk hari2 lbh kurang 200km dr rumah.(pergi dan balik)..jalan balak 100km (pergi dan balik)..pakai hilux second hand tahun 2005..Alhamdulillah dh 3 tahun...masih lagi mampu berkhidmat cemerlang

    ReplyDelete
  16. Keempat4 kenderaan ini spay partnya mcm mana....yg mana senang d cari

    ReplyDelete
  17. Pendapat sy:
    1. Dmax baik sebab paling jimat minyak antara semua 4x4. Tetapi takdalah jauh beza sangat dengan jenama lain tetapi untuk jangka panjang (jika ada seorang peniaga yang ke hulu hilir hantar barang) memang berbaloi.

    2. Ford ranger baru agak jimat minyak kerana enjin generasi baru, bukan seperti ford lama memang bermasalah dari segi penggunaan minyak. ford ranger baru mampu bersaing (agak sama) dengan dmax dari segi penjimatan minyak

    3. Setahu saya ford dan dmax guna timing gear. toyota hilux guna timing belt. Jadi ada beza dari segi kekuatan pickup naik bukit. ford dan dmax ok

    4. Jenama ford terkenal kerana kestabilan pengendalian. Jenama toyota terkenal kerana maintenance termurah antara semua jenama. Dmax juga murah maintenance.

    5. Soal spare part, selagi banyak kereta tu di jalan raya, maksudnya kedainya pun banyak. Kalau kereta baru ambil, mesti dalam warranty, tak perlu risau cari kedai, yang penting balik ke service centre. lagi berbaloi sebab kereta masih baru dan tukang repair pun orang yang pakar dengan teknologi kereta anda.

    6. Hanya apabila kereta luput warranty (biasanya 3 tahun) barulah ianya lebih berbaloi untuk hantar servis di luar service centre rasmi. Yang penting anda tau selok belok kereta. Jika tak yakin dgn kdai di luar, lanjutkan sahaja warranty di servis centre rasmi. Kos pun lebih sikit sebab menggunakan parts original. caj buruh pun standard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no.3 tak setuju la bro.. enjin guna timing chain lebih power
      dari enjin guna timing belt? dari mana menatang jumpa info mcm ni?

      Delete
  18. Saya angkat sawit pakai Dmax lorhh... Double cab boleh angkat 1200 KG@1tan lebih mampu naik bukit yg becak... mmg genazzzz... kwn aku angkat pakai vigo double cab.. dia mampu angkat 780 KG... tak genazzz.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh... memey ko ganaih... ko ni geng Rajak TM tu ke angkat sawit pakai Dmax?

      Delete
  19. chevrolet colorado bagaimana pula?

    ReplyDelete
  20. Orang yg cakap D-max powerful punya. Comfirm tidak pernah try yang lain. Jangan Marah dulu, sebab ini empat Jenis saya pun ada. D-max lama Dan terbaru saya pun ada. Vigo 3.0, D-max, Navara, ford ranger, coronado, triton 3.2. Sebab sy contractor memang saya perlu kereta macam ni. Jadi semua pun bagai dulu sebelum pass sampai tangan orang saya. Cakap power, memang sy Suka Navara Sama ford, kalau style sy Suka Coronado Sama D-max limited edition, sorry Vigo sama triton. Saya tiada rasa apa special. Ingat, saya cakap saya rasa.. Jadi kau rasa dia bagus itu u punya Hal. Jangan dtg Marah sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua pcaya sama luu...hahahah....my ford ranger 3.2 in progress..huhuhu

      Delete
    2. waaa.... rock la lu apek....

      Delete
  21. Colorado apa cerita?

    ReplyDelete
  22. boss, lu bawa 4x4 yang empat jenis tu spec yang mana satu? detail la skit....ranger lu tibai 3.2. ka yang 2.2. manual ka auto..triton plak yang vgt atau bukan vgt? hilux? navara? kasi detail la spec...jangan banding jenama sahaja...saya pengguna tegar TRITON selama 5 tahun. tidak ada masalah pun walaupun memang 90% penggunaannya adalah di jalan balak. Kaji dlu sebelum keluarkan pendapat.

    ReplyDelete
  23. Aku dok area baram..swk..semua ok bergantung pd tahap penggunaan..bg keta kebal pun klu d lenjan mcm rally dakkar mmg lunyai gak keta..tp antara keta yang top n aku preffer mmg toyota punya brand la..terutamanya keta toyota hilux commanrail 2.8 jenis lama..performance sederhana,manintainance senang n murah..enjin xde sistem komputer senang kata klu ade problem hantar ngan apek mekanik pun bley repair le..dr segi endurance keta mmg trrbaik..tahan lasak..ini pendapat aku ar..jgn mara..nak share jer..p/s: nak tau keta tahan lasak ke tak..cube tgk bahagian bawah keta 4x4 anda..tgk semua bahagian joint2 n compartmentnya spt observer dan segala bagai..bandingkan dgn 4x4 lain..klu bahagian bawah ni byk guna joint2 uyg besar maknanya tahan ler keta tu(maksud saya yg standart tanpa ubah suai) - wee..transporter miri-ulu baram 12 tahun,lori balak 5 tahun..

    ReplyDelete
  24. Tapi sekarang ni PDRM dah amik navara sbg kereta peronda utk kawasan tertentu

    ReplyDelete
  25. Di sabah sdh jdi budaya sejak dulu toyota jdi pilihan ternasuk la Hilux...sb tahan lasak dan mudah dapatkn akat ganti. Blh lihat hilux kebanykn digunakan di kawasn pembalakan... Angktan terberat? Sdh pasti Hilux sb spring yg lbih keras..tu sb klu kosong terasak bila jln kurang rata.

    ReplyDelete
  26. kuala baram offroad bnyk guna toyota hilux jenis lama (manual lock), sya pun pakai angkat barang (kontraktor)....angkat simen penuh bucket pun selamba ja naik bukit mencanak tinggi....kalau on the road kata laju x la...cukup setakat 80-110km/h...tp kalau dh masuk offroad...jgn cerita la beb....selamba ja dia kasi redah.....dashboard semua msh pakai tulis japan...wa pun x tau baca...haha...hilux lama offroad terbaik...sama juga toyota mark II lama...raja segala offroad

    ReplyDelete
  27. Replies
    1. pengalaman pakai frontier agak mengecewakan... banyak masalah dan tak tahan lasak

      Delete
    2. Frontier pun ko nak kondem gak subhi? ko pakai keta sorong kaler ijau je la... byk songeh pulok kambing ni

      Delete
    3. Alhamdulillah atas gelaran 'kambing' tu untuk Anon 3:26, moga Allah tentukan apa yg terbaik untuk kamu.

      Delete
  28. Navara terbaik cornering..utk semi light core..kna.modi skit..hilux pun kna modi klu main corner..performance dah mcm honda vtec aku..

    ReplyDelete
  29. Chevrolete... mana taru

    ReplyDelete
  30. Ford ranger 3.2 the best....lg power, mantap..jimat dan selesa...kota kinabalu to kuching road trip for 2 day...

    ReplyDelete
  31. Sy gna hilux, btul kata penulis kuat goyang, goyang ckt x pe lh.. pasal kna potong kancil standard 660 gua kurang setuju. Ford ranger x pernah drive tp gua tngok memang cantik, luas dn powerful. Sma dgn triton. Klu navara dn dmax komen sy, tmpt dduk penumpang kt blkng agak sempit dn kurang selesa. Kesian org tua klu ddk kt blkng skit badan. Apa2 pn hilux is legend.. sma kt Steven Gerrard kt LFC. YNWA...

    ReplyDelete
  32. Slps buat penilaian n comperision dgn 4*4lain ..n baca komen kat sini ..i decide ford Ranjer jglah nih..elegent di jln tar n sesuai utk part time offroad mcm kami nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan terpedaya.. hilux the best

      Delete
  33. Ranger ni buang laut sj ni klu d sbh.. hilux legend dmax power..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry boss jgn sombong boss...skarang ranger pilihan d sabah juga....malah makin ramai peminat f.r....saya dah bawa hilux3.0...hermmmm sorry to say mmg x selesa...kalau mau agkat sawit boleh la...tapi f.r dah cukup power juga...

      Delete
    2. kalo ko mo slesa.. ko naik bas pelancong saja bah... buduh bah kau ni

      Delete
    3. KO LAGI BUDUH

      Delete
  34. saya guna ford ranger 3,2 auto....mmg cukup power...naik bukit mmg segak dan lancar...kalau line clear boleh potong semua 4x4 yg lain...hihihihihi.....so far dah pakai ford ranger sgt puas hati....blik kuching dr kk...2 hari...fuhhhh....sgt selesa...

    ReplyDelete
  35. Br bc blog bos..sy pun dh ambik triton.myesal tak sudah..dh 6bln ambik mslh xsettle2..dealer ada je alasan..nasihat sy pd yg nak beli triton baik lupakan..nnt myesal xsudah mcm sy..br bjumpa member.die pun ceta kwn die oun ambk triton prob jek. servis centre ada jek alasan last2 die jual jek blk..aku pun tgh pk nk jual smula..

    ReplyDelete
  36. sy owner triton vgt gs. mmg dh 5bln guna hancus.. sejak ari pertama beli smpi skrg out kondisi. kalau yg guna kt ok mmg nsb baik. pegi berkali2 SC pun xde jln penyelesaian. Nk dibuat ceta tjumpa sahabat lama cina, dia pu bbeli triton pun bermslh duk g SC xsettle die dh selamat jual..tlambat skit sy jumpa die. kalau jumpa dulu mmg x beli la triton..now duk conggah2 utk jual smula sajalah triton ni,...pd yg blum beli sy nasihat lupakan sj triton sb sy xnk anda tkena mcm sy & kwn sy...pd yg dpt yg ok syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko beli pakai duit x halal kut... hahahaha....

      Delete
    2. Cakap halal haram, kemudian gelak pulak... tak seiring pemikiran tu ?

      Delete
  37. As salam...nk tnye navara cm ne plak ye...sbb sy minat navara tpi x tau pe kerenah yg akan dtg...anta 4x4 yg mana cun...jimat minyak & part...tlng lh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslam..sy pengguna navara n baru beli tak smpi setahun..sy suka navara sbb dia 6 speed n bila naik bukit 16% atau lebih kecuraman mmg x ada masalah gear 4 n 5 selamba je..hilux ngan d max selamba je sy potong kt bukit..mana2 kenderaan pun klu kene yg x ok masa beli baru mmg x ok le tu..buat masa ni navara sy xde masalah wlupun dh berkali kali masuk offroad..n paling penting navara antara yg termurah dr 4x4 yg lain..x yah makeup pun still lawa..mcm ford ranger kena makeup sikit bru nmpak lawa..klu standard nmpak gemuk..tq semua..itu la pendapat sy..jika ada silap harap maafkan

      Delete
    2. mmg betul 1 sj yg benci navara ni spare part mahal oo . bearing frnt wheel ja 1k satuu

      Delete
  38. Assalamualaikum.
    kalau korang ada bajet lebih,
    boley lah try kereta ni
    DARTZ PROMBRON.
    Specs.? search sendiri yup.!
    Assalamualaikum (^_~)

    ReplyDelete
  39. dari segi enjin.. mna yang tahan.. fr atau hilux.. sy dngar ford enjinnya cpat leaking.. pkai 3taun dah leaking.. pressure enjin tnggi.. hilux blm ada komen.. tp sy mnat la ford tu cuma takut blm hbis bayar ccm, bnyak mslh timbul..hahaha

    ReplyDelete
  40. Ini hasil dua brand 4x4 yg saya servey utk dibeli. Belum beli lagi. Dua buah kereta ni saya dah test drive navara dan hilux. Pandangan saya navara lebih berkuasa dan enjin lebih lembut berbanding ngan hilux. Hilux pula mengaum dan ambik beberapa second utk pickup balik. Suspension lebih keras sikit berbanding dengan navara, lembut dan selesa. Masa memotong tidak perlu rasa bimbang.

    ReplyDelete
  41. Ini hasil dua brand 4x4 yg saya servey utk dibeli. Belum beli lagi. Dua buah kereta ni saya dah test drive navara dan hilux. Pandangan saya navara lebih berkuasa dan enjin lebih lembut berbanding ngan hilux. Hilux pula mengaum dan ambik beberapa second utk pickup balik. Suspension lebih keras sikit berbanding dengan navara, lembut dan selesa. Masa memotong tidak perlu rasa bimbang.

    ReplyDelete
  42. So macam mana? Hilux TRD atau navara atau ford??? Reply la boss cepat sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni, Hilux memang ok sangat dari segi kos selenggara dan tak ada masalah dari segi pemanduan samada jauh atau dekat, atas jalan atau dalam hutan. Hilux biasa saja dah mencukupi, tak perlu TRD

      Delete
  43. So macam mana? Hilux TRD atau navara atau ford??? Reply la boss cepat sikit...

    ReplyDelete
  44. sy ex-Dmax 3.0 user.. mmg jimat & ble thn power..cuma body n enjin mmg x setahan toyota hilux.. coz kita banding ngan adik..toyota hilux user. Salute sama jangkahayat enjin toyota. Mentua pla pakai nissan navara.. emm..dia bilang.. nyesal jual frontier dlu.. bagus bikin tukun ja.. harap body ja sexy mcm hummer.. pd sy navara mmg sexy part ambik korner.. pusat graviti lbh rendah.. cuma penumpang blakang mmg sakit pinggang.. 90 degree bro..wahaaa

    Bila model2 baru keluar mencanak di media n jalan raya... kitorang adik-beradik pakat beli model berbeza n try berabis pas masing2 surver info hampir 3 tahun.. sy lego Dmax..ambil ford ranger xlt 3.2. Kak long ambik mitsu triton vgt.. adik, setia dgn toyo.. up pegi toyo vnt. abang pla, pow navara.. So kita pn tukar2 la keta puas2... on road, offroad.. laluan dr sabah sampai ke Lunduuuu.. ekor kuching nuuuun...balik raya rumah mak mentua.. huhuu
    Kitorang nilai dr sudut kuasa pecutan, tork, ketahanan enjin dan badan, minyak, keselesaan pemanduan & ruangan ets..
    resultnya..
    Toyota kekal dgn reputasi pilihan yg mudah utk urus serba serbi termasuk servis n part.. mitsu triton.. kak long dah lego dgn ipar dia yg keja d singapore.. dia paw FR juga.. hubby dia x minat feel pemanduannya.. keta 4wheel tp setup pemanduan mcm keta biasa jg.. pa bleh buat, dah setting seat mitsu mmg rendah, ala2 sporty skit.. but ruang.. fail..
    Navara.. tpaksa abang pakai smpi jd tukun dia bilang sbb sdh byk buang lui mo bikin.. huhuu..
    F ranger.. pd sy mmg berbaloi dgn poket sendiri.. d best among all.. .diperakui oleh fam member yg test.. tough gilak. cuma kena tahan bajet skit part servis la.. huhuu
    Isuzu Dmax diablo tu mme sexy gak la kan. tgu abe ipar tgh intai2 mo paw tu.. kita lanyak nnt tgok camana prestasi.. ahahaa.. nnt crita..
    to me.. Mo test Off road.. on road.. welcome to borneo.. semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.. mo sempurna? Buat dan jaga amalan byk2 d dunia.. semoga jd penghuni syurga semua.. amiin.. Tenom-Lundu with love...

    ReplyDelete
  45. Dil... disini dpt saya simpulkan bahawa semua jentera 4x4 mempunyai kelebihan masing3 namun terpulang kpd individu utk memilih dan membeli mana2 jenama 4x4 terbesar di malaysia. Bergantung atas kemampuan masing2. Maka usaha dipertikaikan pendapat yg diberikan oleh sahabat kita. Semua pendapat adalah betul berdasarkan pegalaman masing2. Jentera ber engine kadang kala ok dan kadang kala ok. Jika bernasib baik ok..jika tidak byk maslaah walaupun kenderaan itu baru.

    ReplyDelete
  46. Dil... disini dpt saya simpulkan bahawa semua jentera 4x4 mempunyai kelebihan masing3 namun terpulang kpd individu utk memilih dan membeli mana2 jenama 4x4 terbesar di malaysia. Bergantung atas kemampuan masing2. Maka usaha dipertikaikan pendapat yg diberikan oleh sahabat kita. Semua pendapat adalah betul berdasarkan pegalaman masing2. Jentera ber engine kadang kala ok dan kadang kala ok. Jika bernasib baik ok..jika tidak byk maslaah walaupun kenderaan itu baru.

    ReplyDelete
  47. Assalamuala'ikum
    Timo kasih semua sebab bagi info pada ambo.
    Dapat ilmu pengetahuan dari yang semua saudara diatas kongsi disini.

    ReplyDelete
  48. Assalamuala'ikum
    Timo kasih semua sebab bagi info pada ambo.
    Dapat ilmu pengetahuan dari yang semua saudara diatas kongsi disini.

    ReplyDelete
  49. Kampung aku kt Bakelalan Bario... Dmax ke.. ford ke.. triton ke.. hilux ke.. aku xder sumer tu sbb comfirm x leh sampai.. aku balik kampung naik helikopter Bell 222 je... tu je yang aku ada..

    ReplyDelete
  50. 1st sy pakai Dmax... memang jimat... x sampai 3 bulan sy buang ke longkang... x best... x adventure sangat... pas tu sy amik hilux... sedap... tinggi... rendah banjir pun ok... x sampai 2 bulan... saya buat tukun kat kuala sungai pasal byk sangat kt atas jalan... dah x esklusif... then sy amik nevara... bawak gi mancen... 3 bulan jer gak pakai sbb malas basuh... kotor... bagi jiran... kopak buat reban ayam betelur... pastu angkat triton... memang bergaya... bawak gi clubbing... member mabuk.. muntah kat bed liner belakang... malas nak samak... bagi camtu jer (dengan penuh bergaya) kt member yg muntah tu... member seronot ler... keta baru sebulan pakai... x per... pas tu amik renjer...power... besar... tp susah plak nak letak dalam microwave.. pakai 2 minggu jer pas tu kopak belakang... buat tempat itik berenang... sekarang ni sy x pakai dah semua powil2 ni... nak ke mana2... laut... gunung... sungai... hutan rimba... senang... sy pakai jin jer...

    ReplyDelete
  51. kalau enjin 1 KZ 3.0 pa kelebihan dia.. jimat minyak kah?

    ReplyDelete
  52. Saya ada triton vgt gs,ada ford ranger wildtrak,ada hilux , 3 biji kenderaan ni saya paling minat triton ,nak tahu kenapa , sebab saya hanya guna onroad , saya nak keselesaan dan triton lebih selesa berbanding hilux dan ford ranger

    ReplyDelete
  53. selesa..power...kacak...buntut panjang...ford ranger 3.2

    ReplyDelete
  54. sy pgguna hilux vigo 3.0 (2016) kereta sy suda sy modified spnuhnya included engine performance, (computer modification) System cun smua, suda up abis Hp (horses power fully up) torque upgraded. tngki heater da up lbih besar..da psg throlled ctrl 12 speed boast engine. Auto pickup 0.01 (in race mode) turbo timer fully connected to system. klu D highway pilih la smua kereta2 yg ada klu mau try pickup klajuan kompom smua bubbye..D corner pn jgn hrp mau kjar bap kereta da low n already set my stabilizer..bukit kimanis apa smua mcm rata sj kereta sy daki..cuma pggunaan minyak naik la dlm 25% bap pmbakaran sgt pnas!!!

    HOT I'M F***ING HOT hahaha klu ada yg nk try race ngn sy tu here's my fon number 0198408705

    ReplyDelete
  55. Saya nak beli 4x4 x tahu yg mana satu jadi pilihan baca dah semua pendapat di atas semakin pening kepala..boleh tak bagi senarai ikut..hairraki..

    ReplyDelete
  56. tanya sikit. dmax 5 gear tak berat ke

    ReplyDelete
  57. sbb navara 7 speed. triton n ranger 6 speed

    ReplyDelete
  58. ada duit beli...tiada duit duduk diam2...tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete
  59. Apa perbezaan antara 4x4 manual dan auto..?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !