Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 25, 2014

Apa yang saya nampak di Tawau

  Mohd Shubhi       Friday, July 25, 2014
Saya bertolak dari Sandakan menaiki kapal terbang menuju ke Tawau pada pukul 7 malam. Apa yang saya buat selalu sangat ke Sabah?, semua itu atas urusan kerja dan kerja saya adalah pergi berjumpa dengan para usahawan di Sabah.

Apa pula yang saya nampak di Tawau?, sudah tentu saya nampak banyak perkara berkaitan dengan keusahawanan. Sebab saya ke sana atas tujuan tersebut, tentu itulah perkara besar yang saya nampak. Biasanya kita akan nampak hanya apa yang kita nak lihat.

Otak kita berkerja dengan cara yang terurus. Bila kita buat keputusan nak lihat apa, maka otak akan mula tapis segala yang lain yang kita tak mahu lihat. Wal hasil, kita tak akan nampak benda lain selain dari apa yang kita nak tengok.

Nampak Tawau lebih maju dari Sandakan

Tanpa merujuk pada mana-mana laporan atau meneliti wikipedia, itulah yang saya nampak. Sandakan kurang maju berbanding Tawau. Dari segi susunan pekan, dari segi kesibukan, dari segi jumlah orang ramai di sana, memang ketara Tawau lebih maju.

Di Tawau ada pelabuhan yang sibuk. Bukan pelabuhan macam yang kita lihat di Klang atau Johor, tapi pelabuhan untuk kapal angkut penumpang dan juga untuk angkut barang. Pekan Tawau berhampiran dengan pelabuhan yang saya sebutkan itu. Ada banyak bot-bot kecil dan sederhana besar. Dan ada kelihatan juga kapal besar berlabuh jauh di laut dalam.

Nampak Tawau ramai orang Melayu

Satu perkara yang saya perhatikan, di Sandakan kelihatan ada ramai orang yang punyai rupa lebih mirip kepada bangsa Cina. Saya tanya usahawan yang sambut di lapangan terbang Sandakan berkenaan  perkara itu, dia mengiyakannya.

Di Tawau pula kelihatan ramai orang Melayu. Atau mungkin lebih tepat lagi ramai mereka yang mirip iras orang Melayu. Dengar kata, Tawau dibanjiri oleh orang Indonesia. Saya kurang pasti. Tapi logiknya ada kerana Tawau lebih dekat dengan Indonesia.

Dari segi jumlah penduduk, rasanya Tawau memang ramai. Ketika di Sandakan saya tanya kawan usahawan saya di sana, samada dia kenal ramai orang di situ. Jawapannya mengejutkan!, dia kenal hampir 80% daripada penduduk Sandakan. Maka tidak hairan bila saya semak pendapatan perniagaan kawan saya itu di Sandakan, jumlahnya adalah dalam lingkungan RM450 ribu sebulan!

Saya nampak ramai orang solat tarawih di Masjid besar Tawau.

Sebaik saja sampai di Tawau, waktu masih awal. Saya terus tanya di mana masjid berhampiran pada receptionist Hotel Promenade, tempat saya menginap. Katanya tak jauh dari Hotel tersebut, kena naik kereta, kalau jalan kaki agak kebas juga jadinya.

Nasib baik saya ada sewa kereta di sana. Kereta yang dihantar di lapangan terbang sebaik saja saya sampai, digunakan untuk pengangkutan saya dan kawan-kawan di sana. Dengan kereta tersebut saya terus pergi ke Masjid untuk solat tarawih. Tak lengkap jika sampai ke tempat baru jika tidak singgah bersolat di tempat tersebut. Jadi iutlha yang saya buat malam itu.

Sampai di masjid yang besar di pekan Tawau itu saya lihat ada ramai orang bersolat berjemaah. Ada lebih dari lima saf panjang di ruang dewan utama solat masjid tersebut. Imamnya juga merdu bacaannya. Saya rasa lega dan damai mendengar bacaan ayat-ayat suci dilagukan dengan baik.

Macam di mana-mana masjid di seluruh Malaysia, sebaik saja imam memberikan salam selesai rakaat ke lapan, berduyun orang ramai bangun meninggalkan dewan solat. Dari lebih lima saf, hanya tinggal satu setengah saf saja. Masih ramai yang setia menghabiskan solat tarawih 20 rakaat di Tawau.

Masjid di Tawau itu ada ruang legar di bawah berhampiran tempat wuduk yang menarik. Di situ ada beberapa usahawan sedang mempamerkan barang jualan mereka. Macam biasa di masjid orang akan jual serban, jubah dan kelangkapan beribadah. Saya rasa Masjid Tawau itu aktif dengan aktiviti kumpulan Tabligh, saya dapat bau minyak atar tabligh pada ramai jemaah di masjid tersebut.

Nampak Tawau sibuk macam Kelantan

Pada waktu siang keesokan harinya kami sempat di bawa melawat pasar di Pekan Tawau. Ada market lama dan ada market baru. Market lama di panggil pasar gantung. Saya ingatkan pasar itu tergantung, tapi rupanya dinamakan sedemikian kerana barang-barang yang dijual semuanya digantung, sebab itu namanya pasar gantung.

Gambar yang saya rakamkan di sini banyak diambil daripada pasar di Pekan Tawau tersebut. Ramai penjualnya terdiri daripada kaum hawa, macam di Kelantan sana. Namak meriah sekali dan di dalamnya penuh dengan barangan buatan tempatan.

Makanan kering seperti bilis, ikan kering, udang kering lebih murah daripada harga di Kota Kinabalu. Saya tak beli sebab tak mau beratkan beg, cuma beli beberapa bungkun kerepek yang dijual oleh seorang gadis betudung labuh. Tertarik melihat gadis comel itu akan duduk atas kerusi membawa Al-Quran dari smart phonenya, maka saya mahu juga berikan hasil julan padanya.

Nampak comel di pasar Tawau

Ada banyak tingkat di dalam pasar tawau itu, saya naik ke atas di mana ada banyak barangan makanan kering dijual di situ. Sambil melilau saya terlihat ada perempuan comel yang menjadi salah seorang jurujual di pasar kering tersebut, jadi saya rakamkan saja.

Sebab itu saya katakan saya nampak comel di pasar Tawau, bukannya saya yang comel tapi sebaliknya ada penjual yang comel. Saya tak pasti dia keturunan apa, anak jati Tawau atau tidak, mungkin pendatang Indonesia, atau mungkin anak taukeh, tak penting semua itu sebab yang pastinya saya nampak comel di situ.

Nampak kanak-kanak dah kerja di Tawau

Ketika melilau di sekitar pasar tersebut, saya tertarik melihat seorang kanak-kanak sibuk membantu ibu bapanya berjual di dalam pasar Tawau. Dia sibuk angkat barang jualan keluar dan masuk. Terus saya teringat anak-anak di rumah melihat budak tersebut, jadi saya rakam saja sebagai bukti terkenangkan anak di rumah.

Di Sabah saya perhatikan ada ramai kanak-kanak dan juga remaja yang gigih berkerja di mana-mana. Mereka sibuk bekerja macam orang dewasa. Mungkin atas faktor desakan hidup atau mungkin mereka merupakan pendatang yang tercicir peluang mendapatkan pendidikan. Mereka terpaksa masuk sekolah jalanan untuk meneruskan kehidupan.

Nampak berselera buka puasa di Tawau

Pada hari kedua, kami buka puasa beramai-ramai di sebuah restoran makanan laut yang terkenal. Saya terlupa nak catitkan namanya, tapi nampaknya memang ramai orang berpusu-pusu ke situ setiap hari, kata kawan saya, anak tempatan.

Makanan yang kami tempah banyak. Ada udang goreng besar, ada ikan masak halis, ada ikan goreng, ada sotong pedas, ada sup sirip ikan jerung, ada macam -macam masakan di atas meja. Semuanya dibelanja oleh kumpulan usahawan di Tawau.

Bila selesai akan mereka bayar dan saya dapat tahu makanan tersebut tak sampai RM200, murah sungguh dan lazat pula tu! memang berbaloi makan di situ. Dan saya serta kawan-kawan puas hati dan rasanya mahu datang lagi...Insyaallah.

Begitulah serba sedikit apa yang saya nampak di Tawau..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa yang saya nampak di Tawau

Previous
« Prev Post

6 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !