Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 30, 2014

Hapus AP beri kesan buruk pada bumiputera

  Mohd Shubhi       Saturday, August 30, 2014
Presiden PEKEMA kata kalau sistem memberikan anugerah AP pada bumiputera seperti yang diamalkan selama ini dihapuskan, maka kesan buruk akan berlaku pada golongan usahawan bumiputera.

Penghapusan sistem AP juga bakal memberikan kesan buruk pada Kerajaan kerana pendapatan kerajaan hasil daripada sistem AP ini mencatatkan jumlah yang banyak.
Reconditioned used car

Pada tahun 2011 sahaja Kerajaan mengaut hasil sebanyak RM 2.8 billion daripada sistem pemberian AP pada kumpulan pengimport kereta mewah dari luar negara untuk dijual di dalam negara. sumber gambar

Jumlah pendapatan kerajaan pada tahun 2012 pula meningkat kepada RM 3.3 Billion hasil daripada kutipan penganugerahan AP tersebut. Ini belum masuk lagi cukai perniagaan atau cukai korporat serta cukai individu para pemilik AP yang kaya raya tersebut.

Hapus AP, Bumiputera Hanyut

Jadi PEKEMA berpandangan bahawa sistem pemberian AP pada mereka yang berstatus bumiputera mesti dikekalkan agar penglibatan kaum bumiputera dalam sektor automotif dapat berkekalan dan berterusan sebagaimana sekarang.

Apa betulkah jika sistem AP dimansuhkan maka golongan bumiputera yang masuk dalam industri automotif terutamanya dalam bidang penjualan kereta mewah terpakai akan hancur? rujuk laporan di sini.

Ertinya selama ini mereka masih tak belajar menjual kereta dalam pasaran terbuka. Mereka nampaknya macam tak bersedia untuk import kereta mewah terpakai sendiri dan menjualnya serta bersaning dengan pendatang baru terutamanya kaum bukan bumiputera yang mungkin akan menderu masuk jika sistem AP di mansuhkan.

Takut Hapus AP sebab tak reti jual kereta

Ada masalah dalam kenyataan usahawan bumiputera dalam bidang automotif akan hancur jika AP dihapuskan sebagaimana yang disuarakan oleh Presiden PEKEMA tersebut.

Apa yang saya pasti, yang hancurnya adalah mereka sendiri kerana mungkin selama ini mereka hanya dapat AP tapi orang lain yang tolong pasarkan segala kenderaan yang dibawah masuk.

Jadi jika sistem AP dihapuskan, maka sudah tentu orang yang selama ini membantu mereka menghabiskan penjualan kereta dan memasarkan kereta mewah terpakai itu akan mengimport sendiri. Mereka sudah tidak diperlukan lagi jika AP dimansuhkan. Betul tak?

Secara umumnya mereka takutkan tembelang mereka selama ini pecah agaknya. Kalau dah lama dalam industri ini, dah ada pasaran. Dah ada pengalaman, apa yang nak digusarkan.

Elok hapus saja sistem AP

Saya ada lepak minum di kedai kopi di sebuah kopitiam yang terkenal di Kota Kinabalu baru-baru ini. Bersama saya adalah salah seorang pemegang AP yang dah lama berkecimpung dalam dunia import kereta mewah terpakai ini.

Ada dua perkara yang saya belajar daripadanya. Pertamanya adalah bahawa hanya terlalu sedikit sangat pemegang AP yang menjual snediri kereta. Mereka hanya jadi ular sawa yang kaut pendapatan mudah hasil dari nikmat pegang AP saja.

Kalau tak silap saya, usahawan itu beritahu kurang daripada 5% para pemegang AP dari kalangan usahawan pak pandir bumiputera itu yang berkecimpung dalam dunia penjualan dan pemasaran kereta mewah terpakai. Yang lain tak ada buat apa-apa kerja selain dari jual AP.

Fakta itu perlu disemak. Saya hanya dengar dari mulutnya sahaja dan dia merupakan salah seorang pemegang AP selama ini. Apa yang membezakan dia dengan orang lain adalah dia ambil kelebihan dapat AP itu untuk membina empayar perniagaannya dan dia berjaya dengan hebat!.

Sudah tentu dia bersedia dan dia gesa agar satu keputusan jelas dan pasti diberikan agar dia dapat membuat perancangan untuk mengawal stok kereta yang dia ada. kalau tak jelas hala tujunya bagaimana nak import kereta lagi, kena harga turun nanti sebab AP mansuh, apa nak jadi dengan stok yang sudah ada?

Anugerah AP dah jadi hak keturunan

Satu lagi perkara yang saya belajar dari usahawan muda ada AP itu adalah keluhannya pada sebahagaian besar para pemegang AP yang ada sekarang.

Hak memegang atau dianugerahkan keistimewaan AP itu nampaknya dah jadi hak turun temurun keturunan mereka sahaja. Orang lain dah tak boleh masuk kerana mereka dah mengusainya.

Kalau dulu tok mereka yang kuasai keistimewaan AP itu, mereka turunkan pula pada anak mereka. Dan anak mereka kaya raya jadi King of AP.

Kemudiannya anak mereka turunkan pula pada cucu mereka dan berlanjutanlah keturunan Raja AP di negara kita dengan ramai sekali. Mereka mewah, maklumlah, Raja AP, apa nak dikatakan. Siapa tak mahu kalau ada kelebihan sebegitu.

Memang betullah kata PEKEMA. Kalau hapus AP maka akan hancurlah dinasti Raja AP yang agak ramai di negara kita ini. Apa akan jadi dengan mereka? apakah mereka akan jadi orang biasa saja selepas itu dan hanya jadi rakyat biasa macam saya anda dan lain-lain.

Itu hanyalah pendapat saya hasil daripada sedikit maklumat yang didapati ketika bersama dengan orang yang terlibat dalam dunia automotif kereta mewah terpakai di negara kita. Mungkin betul, mungkin juga tak betul. Anda sendirilah buat kajian kalau nak pastikan kebenarannya.

Apa pendapat anda dalam kes hapus AP beri kesan buruk pada bumiputera ini. Sila nyatakan pada ruang komen. Tolong komen dengan ayat berhemah ok, nanti raja AP murka pulak.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hapus AP beri kesan buruk pada bumiputera

Previous
« Prev Post

15 comments:

  1. Melayu umno mahu tongkat saja. Melayu tulin tak cari tongkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya sama saja mana-mana manusia. Ada yg ok ada yg tak ok. Ini masalah sikap orang kita yg perlu diperbetulkan

      Delete
    2. Betoi orang PAS habuk pun tak dapat. Yg dapat bayar hutang.

      Delete
    3. MERDEKA apa? Depa UMNO...betoi-betoi merdeka. Kami merdeka bila Islam di di atas, undang2 pentadbiran di bawahnya!

      Delete
    4. Islam bukan setakat undang-undang Islam, jauh lebih luas daripada itu.

      Delete
  2. kalau macam inilah cara Melayu berniaga....memang sahlah Melayu x pandai berniaga nak untung atas angin sahaja. Tak peliklah kalau Melayu semakin kebelakang dalam perniagaan dan layak jadi kuli sahaja. Kalau berniaga hanya jadi sparing partner sahaja tak buat apa2 kerja. kalau ada syarikat besar Melayu hanya jadi Pengerusi makan elaun sahaja untuk buat kontek dengan kerajaan. Yang lainnya diurus oleh Cina . Kalau jadi pengarah pun pengarah bukan eksekutif yang tak ada kuasa mentadbir. Kalau ada nilai saham pun terlalu sedikit hanya utk tiket dapat jadi ahli lembaga pengarah. Itulah senario sebahagian Melayu berniaga hari ini. Usahawan tulin jarang dapat pembelaan pemerentah khususnya BN UMNO. Yang dibela ialah kroni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini perlu berubah, kita perlu berusaha untuk betulkan diri kita terlebih dulu dan cuba buang polisi yang buruk

      Delete
  3. Benar, kalau melayu nak meniaga kena ada Cable dgn.umgok atau menteri nya atau kalau agensi kerajaan kena bagi share buta kat pegawai jenis p kerja lambat balik awal,proposal d cilok bagi kat kroni dah 25 tahun atau lebih begitu dah jadi budaya buaya.lepas itu pemimpin kutuk melayu nak mudah lihat archive utusan dah meloya muntah cakap tentang perangai malaun umgokkk menyusahkan bangsa,agama & negara tempat kita nak hidup etika yg. Betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! ya ! lihat diri kita sama, mana-mana parti pun tak kira kerajaan atau pembangkang kita buang mana yang buruk. Ambil iktibar mana yg silap

      Delete
  4. Kan AP tu bermakna " AKU PUNYA". Aku tu ditakrifkan " Datuk, Nenek, Bapak, Ibu, Anak, Cucu, Cicit, Piut Akulah." Orang lain tak boleh masuk. Punya pula ditkrifkan" Hak mutlak Aku. Suka hati akulah! Aku dapat permit bawa kereta masuk; aku serahkan kerja kepada Ah Chong, biar dia buat kerja. Janji komisyen aku 20-25%. Aku punyaa, aku punyalah.Harga kereta import jadi tinggi apa aku peduli, Kereta2 mewah dah melambak bawah bunglo aku. Sebut ye apa jenis kereta mewah, Aku, bini, pompuan simpan aku, anak2 aku sebenar dan anak yang tak tahu anak aku ke atau anak siapa semua dah ada dua tiga biji seorang. Apa kau orang bising?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada strategi hebat jugak nak boleh AP tu... bukan calang orang...

      Delete
  5. Klu betul krajaan nak bantu rakyat berniaga kereta bukan dgn.cara beri AP kepada sesetengah individu shj.buat pasaran terbuka sesiapa pun boleh import dan yg rajin berusaha dia berjaya.bukan dgn.cara Ali Baba..

    ReplyDelete
  6. Hairan sungguh, masalah AP dijaja Melayu. Adakah Melayu dimerata Malaysia macam saya ini dapat faedah daripada AP. Tidak. AP diberi kepada beberapa Melayu yang boleh kata Melayu special. Mereka ambil AP dan import kereta dan jual kereta kepada Melayu dengan harga RM150,00 keatas. Melayu mana yangb mampu belli? Jadi usahl lah guna nama Melayu kerana sekelumpuk kecil Melayu.

    ReplyDelete
  7. Selalu sahaja saya memikirkan bagaimana orang Cina dapt buka syarikat jualan kereta terpakai yang besar contoh ditempat saya Segamat Seri Mutiara Motor,ada dua cawangan .Kereta yang dijual pula kereta mewah,Mercedez,Alphard,Ada sesekali Porche untuk dijual...
    Apa pun ada juga syarikat jualan kereta terpakai Bumiputera yang bernama Ameran Motor.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !