Thursday, October 30, 2014

Bawah RM5000 saja layak subsidi petrol - biar betoi!!!

  Mat Bihi       Thursday, October 30, 2014
Biar betul!!! kalau gaji anda banyak lebih dari RM5,000, anda tak layak untuk dapat kemudahan bantuan kerajaan melalui subsidi minyak. Anda cuma boleh isi maksimum 200 liter sahaja sebulan dengan harga subsidi. lebih dari itu kena ikut harga pasaran semasa.

Kalau anda kaya lagi. Pendaptan anda melebihi RM10,000, anda sudah tak layak mendapat apa-apa subsidi. Anda hanya layak beli minyak dengan harga pasaran dunia.
Gaji bawah RM5000 saja layak beli minyak subsidi - Apa pendapat anda?

Kerajaan namakan konsep ini sebagai proses rasionalisasi harga minyak. Rasionalisasi subsidi minyak 3 peringkat. Peringkay orang miskin kurang dari RM5 ribu, peringkat kurang miskin antara RM5 ribu ke RM10 ribu dan peringkat tak miskin melebihi RM10 ribu.

Golongan pertengahan perlu disiksa 

Jika anda kaya, anda kena bayar cukai, anda kena bayar lebih dari orang ramai dan berbagai lagi hukuman. Disebabkan anda belajar bagus, ada akai sikit dan dapat bayaran lebih sikit, anda akan hilang daripada apa saja kemudahan yang diberikan oleh kerajaan.

Ya! anda dihukum kerana siapa suruh anda kaya. Kerajaan akan berikan apa saja hukuman supaya anda jatuh rendah semula menjadi orang miskin, sama taraf dengan orang miskin. Sedangkan anda sebenarnya yang berpendapatan RM10 ribu tu bukanlah kaya...hanya pertengahan saja.

Tinggal di bandar dengan gaji RM10 ribu itu bukanlah satu kebanggaan. Kalau anda ada anak 7, isteri pula tak kerja, ibu bapa masih ada di kampung dan anda kena sara mereka semua... RM10 ribu itu ciput saja. Jadi anda sebenarnya hanya layak naik motosikal kapchai!.

Perlu berusaha agar gaji kurang dari RM5 ribu

Untuk mudahkan hidup, anda perlu pastikan gaji anda tidak lebih dari RM5 ribu. Itu saja jalan yang lebih mudah dan selamat.

Bayangkan kalau jagi anda adalah RM5,300. Apa tak ke naya kalau macam tu. Anda secara automatik hilang privilege subsidi petrol tanpa limit. Terhegeh-hegeh kampoi sampailah jagi naik jadi RM10,100 pulak... lagi parah sebab semua subsidi ditarik balik.

Oleh itu, sekali lagi cadangan yang sesuai adalah terus jangan beli petrol. Untuk tidak beli petrol, anda hanya perlu jual kesemua kenderaan bermotor yang ada dan gunakan saja basikal. Kalau keluarga nak jalan jauh, naik bas atau sewa teksi atau naik kereta api.

Tiada subsidi jika gaji lebih RM5 ribu - pendapat anda?

Apa yang saya tulis di atas iItu adalah peringkat ekstrim negatif kalau tidak setuju dengan sistem tiga peringkat yang akan kerajaan perkenalkan pada bulan jun ini. Mungkin ada yang positif, tapi saya langsung tak nampak apa dia.. mungkin anda nampak?

Kalau nak hilangkan beban kerajaan bayar subsidi, elok buka terus semua harga dengan ikut pasaran semasa. Senang cerita dan semua terpaksa sesuaikan diri tanpa ada segolongan kena siksa dan segolongan lagi sentiasa dibantu sampai bila-bila.

Itu belum lagi cakap bab bagaimana nak laksanakan program tersebut. Nak daftar kat mana, nak pakai kad apa? hilang privacy diri sebab kena umum pada semua orang berapa kedudukan gaji anda, nak rompak orang cukup sekadar tunggu orang datang isi minyak, boleh tahu kedudukan kewangan dia....

Terlalu banyak masalah dengan cadangan yang tergesa-gesa dan tidak dikaji dengan mendalam rasanya... entahlah.. berikan pula pendapat anda!

logoblog

Thanks for reading Bawah RM5000 saja layak subsidi petrol - biar betoi!!!

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. To be fair, tarik ajer semua subsidi minyak, biar semua bayar harga yg sama. Bg yg berpendapatan rendah tu, gunalah BR1M tu sbg belanja minyak / tambang pengangkutan utk setahun. Atau perkenalkan pulak BM1M (Bantuan Minyak 1 M'sia). Lps tu boleh jugak perkenalkan bantuan tepung 1 M'sia, bantuan minyak masak 1 M'sia, bantuan beras 1 M'sia dsb, dan bolehlah tarik semua subsidi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai cadang macam tu. Mungkin kerajaan juga mahu ramai cadang begitu...?

      Delete
  2. Persoalannya adakah memberi subsidi (faedah) kepada rakyat merupakan satu keperitan terhadap kerajaan?

    ReplyDelete
  3. sangat berharap sistem perkhidmatan kenderaan awam berkembang di malaysia ni. Saya betul2 malas nak drive p kerja

    ReplyDelete