Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, October 1, 2014

Masaklah dengan Santan King tiada Kolestrol

  Mat Bihi       Wednesday, October 1, 2014
Makanan di negara kita banyak yang menggunakan santan. Rasa santan yang lemak memang amat mengiurkan bagi mereka yang memang kaki makan makanan lemak. Kari, masak lemak, gulai rendang, tepung talam dan macam-macam lagi... memang sedap!

Tapi kadangkala ada masalah sedikit dengan persepsi sesetengah orang yang mengaitkan santan dengan masalah kesihatan. Ada yang memberikan nasihat bahawa makan makanan yang bersantan banyak atau kerap membuatkan pemakannya menghadapi masalah kolestrol tinggi.

Masaklah dengan Santan King tiada Kolestrol
Walaupun ada banyak kajian yang menunjukkan santan kelapa biasa bukanlah penyebab utama dalam masalah kesihatan dan peningkatan tahap kolestrol di kalangan pengguna santan di negara kita atau di negara-negara lain, namun kesan psikologi membuatkan kita rasa fobia.

Untuk hilangkan masalah fobia anda, apa kata anda masak dengan menggunakan Santan King. Santai ini terbukti Zero Kolestrol. Anda tak perlu risau dengan masalah fobia dengan kolestrol lagi dengan menggunakan Santan King dalam masakan anda.

Kelebihan Santan King Tiada Kolestrol

Selain daripada kelebihan santan yang tidak mengandungi kolestrol sepertimana dalam mana-mana hasil tumbuhan lain, Santan King ada banyak lagi kelebihan istimewa.

Santan King lemak dan lazat untuk digunakan dalam apa saja masakan. Semua jenis masakan yang menggunakan santan biasa, boleh diganti pakai dengan Santan King. Ia merupakan satu produk premium keluaran bumiputra dan dijaman halal, suci dan bersih.

Jimatkan penggunaaan santan

Dengan menggunakan Santan King, anda hanya perlu gunakan sebanayak separuh saja daripada jumlah santan biasa yang anda gunakan selama ini.

Ertinya kalau sebelum ini anda gunakan sebanyak 500 ml santan kelapa biasa, dengan menggunakan Santan King, anda hanya perlu gunakan sebanyak 250 ml sahaja. Amat menjimatkan dan rasa lemak santan lebih enak dari santan biasa.

Tinggi kandungan berzat

Santan King amat kaya dengan kandungan nutrient. Santan King juga kaya dengan Vitamin E dan A semula jadi.

Santan King amat baik untuk faedah penglihatan anda dan amat baik untuk melambatkan proses penuaan anda. Dalam bab penjagaan kulit pula Santan King amat baik untuk penjagaan kulit.

Ringkasnya Santan King amat baik untuk anda yang suka menjaga kesihatan. Santan King juga amat baik untuk anda yang suka jaga ketrampilan. Santan King baik untuk kaum perempuan yang sukakan kecantikan.

Santan King sedap lazat

Apakah anda suka makan cendol? atau anda suka makanan lain seumpamanya yang menggunakan santan segar?

Kadangkala makan makanan seperti cendol yang menggunakan santan biasa, anda akan rasa seperti meloya. Ada juga orang yang akan rasa pening kepala bila makan cendol berlemak santan biasa.

Dengan menggunakan Santan King dalam cendol atau lain-lain makanan yang bersantan, anda tak akan rasa meloya atau pening kepala lagi. Malah rasanya jauh lebih berzat dan lazat. Dan yang paling penting ianya lebih sihat.
Masaklah dengan Santan King tiada Kolestrol
Santan King adalah dalam bentuk cecair segar untuk kegunaan anda

Di mana boleh dapatkan Santan King

Kalau anda nak cuba masak dengan menggunakan Santan King, anda boleh dapatkan di mana-mana saja pasaraya Giant di seluruh semenanjung Malaysia.

Rangkaian Giant Cold Storage di seluruh Malaysia juga ada menjual produk Santan King untuk anda semua. Sila dapatkan sebungkus Santan King yang segar dalam bentuk cecair. Mula masak dengan menggunakan Santan King.

Insyaallah, Santan King akan masuk pula ke Pasaraya lain seperti Mydin, Tesco dan mana-mana Pasaraya besar yang ada di seluruh negara. Dengan sokongan anda, Santan King akan berkembang maju. Anda sihat, Santan King gumbira... tak gitu?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masaklah dengan Santan King tiada Kolestrol

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. Nak kena cari juga santan king ni. Insyallah boleh jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  2. Assalaamu'alaikum.
    Semua santan yang tulin tidak ada kolestrol. Kolestrol hanya ada pada makanan yang bersumber dari binatang sahaja (daging, telus dan sebagainya). Kolestrol tidak ada pada tumbuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Kolestrol datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan. Yang hairan ada doktor tak tahu. Ada seorang pesakit kata dia suka makan durian. Doktor kata padanya: "Pak cik, durian banyak kolestrol." Sekarang doktor tersebut dah jadi doktor pakar kardiologi. Dah faham kolestrol dah.

      Delete
    2. Terima kasih tuan atas maklumat ...

      Delete
  3. Saya setuju Tuan.. kolestrol dari sumber haiwan bukannya tumbuhan..kadang2 doctor dia belajar lain, cakap lain..

    ReplyDelete