Sunday, October 26, 2014

Semakin terpelajar makin hilang ikatan bermazhab, apa pendapat anda?

  Mat Bihi       Sunday, October 26, 2014
Artikel berkenaan aktiviti lain yang dianjurkan oleh Syed Azmi selain dari Jom sentuh anjing nampaknya mendapat perhatian ramai pembaca dalam blog ini.

Komen sahaja masuk beratus komen. Ada komen yang kesat dan ada komen yang amat membina. Ada tiga jenis pendapat kalau nak kita rumuskan berdasarkan pendapat yang para pembaca berikan.

  1. Kumpulan yang berfahaman tradisional yang berpegang teguh dengan satu aliran Mazhab Fiqah iaitu Mazhab Shafie'
  2. Kumpulan yang sederhana berpegang pada Mazhab tetap tetapi bersikap terbuka dalam menerima pembaharuan.
  3. Kumpulan yang liberal yang hanya merujuk pada Al-Quran (ada juga yang menolak hadith) dan berlandaskan akal logik maklumat semasa.
Semakin terpelajar makin hilang ikatan bermazhab, apa pendapat anda?

Sebagaimana kata seorang pengomen, nampaknya memang ramai yang berfikiran terbuka atau liberal, sudah muncul di negara kita, atau sekurang-kurangnya di ruang cyber ini. 

Mereka mahukan Islam dan mendapat banyak maklumat berkenaannya daripada aktiviti pembacaan. Baca buku atau melayari internet dan menuntut dari Google.

Semakin terpelajar semakin ringan ikatan bermazhab

Dalam satu kajian yang dilakukan di Kanada, mereka cuba memahami hubungkit antara jumlah tahun orang ramai mendalami pendidikan dengan ikatan keagamaan. Cuba baca laporannya di sini.

Kajian itu mendapati bahawa semakin lama seseorang itu belajar di dalam dunia pedidikan dan persekolahan, semakin menurun ikatan mereka terhadap pegangan beragama.

Sistem pendidikan di Kanada yang berasaskan sekular membuatkan ikatan keagamaan semakin longgar berlaku kepada penduduknya. Semakin mereka terdedah kepada pendidikan sekular samada sains,ekonomi atau sastera, ikatan agama menjadi pudar.

Berkemungkinan itu semua berlaku akibat konsep pendidikan sekular lebih berpaksikan realiti terhadap kewujudan yang dapat difahami oleh deria. Hasilnya kepercayaan pada perkara ghaib semakin pudar dan kurang mendapat perhatian.

Muda mudi Malaysia semakin menghayati Islam

Dalam konteks negara kita ikatan keagamaan sebenarnya semakin meningkat. Ini berdasarkan kajian yang dibuat terhadap golongan muda beberapa tahun lepas yang menyaksikan tuntutan kepada penghayatan agama Islam meningkat naik di kalangan muda mudi.

Kaum muda mudi mahukan Islam sebagai asas pengurusan dan pentadbiran negara kita. Bila ditanya apakah rujukan perlembagaan untuk undang-undang yang patut dilihat, mereka lebih cenderung untuk hanya merujuk pada Al-Quran.

Dari pada sikap muda mudi yang terus mahu merujuk Al-Quran dalam urusan pentadbiran dan undang-undang, boleh nampak sikap simplistik mereka dalam membuat keputusan. Mereka seperti terlupa proses untuk perlaksanaan apa yang disampaikan dalam Al-Quran terhadap kehidupan masyarakat.

Logik timbulnya fahaman bermazhab

Bukan semudah itu sebenarnya. Buka Al-Quran, baca dan laksanakan dalam pentadbiran serta pemerintahan. Ia mesti dikembangkan, dirancangkan, didokumentasikan, diperincikan, dan lain-lain lagi sehingga ianya mencapai maksud sebenar yang diperntahkan dalam Al-Quran.

Oleh kerana para pemikir dan ilmuan Islam faham bahawa proses melaksanakan Al-Quran dalam kehidupan yang serba kompleks sekarang ini, maka muncullah para Mujtahid untuk mengambil tanggung jawab berat itu.

Dalam mencari proses perlaksanaan tersebut dan cuba memahami Al-Quran, maka para ilmuan tadi terpaksa merujuk sebanyak mungkin sumber yang ada samada Hadith, sejarah, pendapat para sahabat dan dalam masa yang sama pertimbangkan suasana semasa. Dan akhirnya muncullah berbagai pendapat atau aliran atau Mazhab.

Kaitan Quran, anjing dan bermazhab

Bukan mudah untuk menterjemahkan ajaran Al-Quran di dalam kehidupan. Ia bukan dengan sikap simplistik yang ada pada kebanyakan manusia.

Kita lihat saja dalam bab anjing. Kenapa timbulnya perbahasan bab anjing adalah disebabkan adanya penekanan terhadap bersuci kepada orang-orang yang beriman. Makanan yang halal lagi baik, mensucikan diri dan sebagainya.

Apakah kita akan ambil mudah makna suci begitu saja? tentu timbul tandatanya apabila ada sejarah yang meriwayatkan Nabi menyusuh sahabat membuat basuhan istimewa terhadap bekas makanan yang dijilat anjing. Dah ada kaitan makanan dan bab kebersihan dan kesucian di situ.

Malah banyak lagi maklumat istimewa terhadap bab anjing dan kaitannya dengan kesucian samada dari segi sejarah mahupun di dalam Al-Quran itu sendiri. Bagaimana harus kita buat keputusan?

Rentetan dari segala maklumat itu menimbulkan seribu satu macam alternatif bagi menghasilkan rumusan. Tak hairanlah pendapatnya bercabang dan menjadi aliran mazhab.

Kita boleh lihat air liur anjing, kita boleh lihat anjing itu sendiri, kita boleh lihat bekas makanan, kita boleh lihat pula kaitan buruan daripada anjing terlatih, kita boleh lihat pemuda ashabulkahfi tidur bersama anjing dan akan berlanjutan panjang yang memerlukan kajian mendalam.

Simplistik tak bawa kemana

Kenapa ia jadi panjang? kerana ia melibatkan bab air liur dan bekas makanan dan hasrat mencari makna suci dan menyucikan diri. Kalau bab tahi anjing tentu lebih mudah sebab umum mengetahui tak ada taik yang suci.

Bayangkan disiplin ilmu yang diperlukan hanya untuk merungkai permasalah anjing sahaja dan kaitannya dengan bab suci dan menyucikan diri. Apatah lagi dengan urusan lain yang terlalu banyak dalam kita menjalani kehidupan.

Boleh bersikap simplistik. Tapi dalam bab berak saja kita tak ambil simple. Kalau berak itu simple kenapa tak teruskan berak atas batang kelapa yang terentang atas sungai. Tak perlulah buat jamban dan sebagainya... tentu tak boleh kerana desakan naluri manusia itu sendiri tidak dapat ditahan dari mencari kesempurnaan.

Patah balik tolak fahaman bermazhab

Apa yang berlaku pada golongan muda mudi atau kumpulan terpelajar yang liberal sekarang ini seperti mahu memulakan semula proses perkembangan ilmu Islam yang disampaikan oleh Al-Quran.

Memang ada keperluan dalam urusan tersebut memandangkan perkembangan semasa yang banyak berbeza berbanding zaman terdahulu. Tetapi rujukan kepada hasil kerja para ulama terdahulu sudah tentu tidak boleh ditinggalkan begitu saja.

Kurang bijak jika hasil kerja mereka diketepikan kerana ia hanya membuatkan kerja menjadi lebih rumit dan panjang. Lagipun urusan merangka perlaksanaan berdasarkan Al-Quran itu terhadap kehidupan masyarakat dan pemerintahan bukan boleh dibuat ikut suka oleh semua orang.

Terpelajar dan cenderung tolak aliran bermazhab

Berbalik pada kajian yang dijalankan oleh Kanada, kita tak dapat samakan dengan apa yang berlaku di negara kita. Umat Islam masih terus digarapkan pendidikan agama walaupun dalam sekolah.

Jadi perkembangan pelajaran masyarakat tidak berasingan samada pendidikan sekular mahupun pendidikan keagamaan. Namun begitu dapat dilihat juga kesannya terhadap golongan terpelajar dalam fahaman beragama mereka.

Mungkin ikatan keagamaan masih kukuh, cumanya simpangan yang diambil adalah lebih liberal dalam memegang fahaman. Sebab itu terjadilah ikatan bermazhab semakin longgar dan masing-masing rasa mereka sendiri boleh menghuraikan maksud yang mahu disampaikan dalam Al-Quran.

Apa pendapat anda dalam hal bermazhab ini? apakah anda termasuk dalam kumpulan yang terpelajar dan merasakan ikatan bermazhab anda semakin longgar semakin lama anda menambah ilmu terutamanya dalam pendidikan sekular?.

Sila berikan pendapat anda dalam masalah bermazhab ini dan kongsikan kaitan pendidikan anda dengan kecenderungan bermazhab.
logoblog

Thanks for reading Semakin terpelajar makin hilang ikatan bermazhab, apa pendapat anda?

Previous
« Prev Post

19 comments:

  1. Yang saya lihat ulama mengatakan bahawa mereka berpegang dengan mazhab Imam Syafie... namun hakikatnya bercampur baur. Mereka berkata mereka berpegang kepada Islam, namun yang pasti mereka mengamalkan ajaran secular di dalam sistem syariah Islam... pernah dengar ulama silam menghukum jenayah zina dengan wang? hukuman jenayah arak dengan wang dan penjara? hakikat sebenarnya ulama makan gaji di Malaysia sendiri adalah sesat kerana mereka tidak mengajak/mendesak malah mengasak pemerintah supaya melaksanakan syariat islam seperti yang dituntut Allah SWT dan Rasulullah SAW... sebaliknya mereka menjadi syaitan bisu malah sesuai dengan gelaran anjing yang menjelir lidah melaksanakan apa yang terkandung di dalam undang-undang syariah walau hakikatnya adalah sekular. Ulama-ulama ini mempunyai satu penyakit yang dipanggil 'waham' iaitu cinta dunia dan takut mati; di dalam mempertahankan hak Allah, Rasulullah dan Islam. Sungguh celaka kita umat Islam di Malaysia kerana terbelenggu dengan sistem secular yang didokong oleh ulama-ulama syaitan bisu dan 'anjing' di mana hokum Islam hanya dilaksanakan secara terpilih-pilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu menuduh ulama yg berkhidmat dlm kerajaan sbg ulama 'anjing', kamu tahukah apakah sebenarnya yg mereka dah usahakan dan pengorbanan mereka? Allah SWT Maha Mengetahui. Jangan sampai gelaran 'anjing' tu balik pada kamu.

      Delete
    2. Ulama macam anjing memang wujud di kalangan manusia, cuma masa, siapa, di mana, Allah saja yang mengetahuinya..., yang pastinya kalau kita jadi alim, elakkan dari menjadi anjing..

      Delete
  2. Isu ni telahpun diselesaikan oleh pendahulu pendahulu kita dr kalangan ulama' ulama' ASWJ. Bila hari ini, yg segolongan yg konon berdasar Al Quran semata mata dgn menolak panduan Sunnah Rasullullah saw dan segolongan lg konon semata mata berdasar Al Quran dan Hadis Sahih sahaja dgn mengenepikan panduan ulama terdahulu, masing masing cuba menafsir semula, mk mengulangi kesilapan dan perpecahan umat terdahulu.
    Bermazhab bukan bererti tidak mengikut Sunnah dan Al Quran, bahkan tuduhan sedemikian adalah fitnah besar terhdp para Imam mazhab yg jelas tuduhan tidak berasas sama sekali. Kita bermazhab dikeranakan kita meyakini mrk para imam mazhab memahami Al Quran dan Sunnah jauh lbh baik dr pemahaman kita yg serba daif, dan kita juga tidak bertaklid buta kerana kita juga boleh memahami ayat mana dan hadis mana yg para imam kita gunakan utk ijtihad mrk.
    Buangkanlah sifat ego dgn ilmu tinggi kita sehingga merasa benar sendiri dan buangkan rasa taksub dgn pendapat sendiri hingga tidak menghormati perbezaan pendapat, bahkan hingga menuduh kufur golongan tak sependapat. Angkuh ego dan taksub ini menjadi pendinding dr masuknya hidayah ke dlm hati, walau pun hidayah dah di depan mata. Latih diri dgn keterbukaan hati dan ikhlaskan hati, segalanya utk mendptkan ampunan rahmat dan redha Allah swt, insyaAllah tidaklah Iblis Syaitan dan kuncu kuncunya dpt memperdaya sebgmn yg diikrarkan Iblis dlm Surah Al Hijr ayat 39, 40.
    WaAllahu'alam !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pendapat anon

      Delete
    2. bermazhab supaya kita orang awam ini beribadah dan menjalani kehidupan secara islam dengan mudah dan teratur. cuma jangan bergaduh soal furuk dan memaksa orang mengikut mazhab bukan mazhab dia . .DiMalaysia bermazhab ASWJ berpandukan mazhab Imam Shafie supaya perundangan tidak cacamarba.

      Delete
  3. Hukum dah disepakati. Tapi kerana api yg SENGAJA dicetuskan, ulama bergaduh. Musuh Islam ketawa berdekah-dekah. Tak faham lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergaduh atau bersalahan pandangan adalah tabiat manusia, bukan pada umat Islam saja... samada bergaduh sebab tamak, atau bergaduh menegakkan kebenaran... akan dipersoalkan di hari kemudian nanti.., yg pentingnya be aware bahawa gaduh pasti ada dan uruskan ia sebaiknya..

      Delete
    2. setuju pendapat tuan..bab gaduh ni...semua bangsa n agama ade gaduh2 ni..generasi kedua atas muka bumi ni pun dah start begaduh lama dulu lagi..(.habil n qabil)..bukan setakat gaduh...bunuh teruss..kt siam nun, sampai sekarang ,baju merah n baju kuning..dok begaduh...dua2 pergaduhan ni...saya pun tak tau...puak mana yg ketawa bedekah-dekah...nak-nak pulak, part habil n qabil tu.sebab rasanye..masa tu, mana ade manusia lain lg, selain famili adam n hawa je kt donia nie...wallahuallam..

      Delete
  4. antara kewafatan rasulullah dan ujudnya mazhab2, (terutamanya zaman 4 khalifah yg pertama) bagaimana pemerintahan dilaksanakan? bukan takdak cerita kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak... orang ramai akan refer pada para sahabat samada di Madinah atau di mekah dalam apa saja masalah... ada mazhab Ibnu Abbas, ada Mazhab Ali, ada Mazhab Umar, ada mazhab, Jaafar As-Sadiq,.....dan aliran itu berkembang dan berkembang, keluar pula Mazhab Zahiriah, mazhab Hambal, Mazhab, Shafie'... dan seterusnya... mula menguncup bila persepsi umat Islam anggap pintu ijtihad dah tertutup....

      Delete
    2. jadi pendapat 4 mazhab yg ada la ni dikutip dari pendapat2 sebelumnya la.

      Delete
    3. ada banyak lagi mazhab. Bukan 4 yang kita biasa dengar saja... cuma yg lain tu tak dipasarkan dengan baik... ajen marketing mereka yak berapa power rasanya. Nak kata kutip dari pendapat sebelumnya tak berapa tepat sangat... macam Einstein dapat teori relativiti yg baru tu... tapi tetap gunakan ilmu math, teori kiraan dan teori fizik lain... wallahu'alam. Rasanya tuan lebih arif dan mendalam kajiannya dari saya.. rasa tak layak ler pulak untuk menjawab soalan... tq tuan!

      Delete
    4. 1. 'ejen pasaran depa tak power' - haha, that's a good one.
      2. tanpa petunjuk (allah's guidance), kita tidak akan dapat mencari kebenaran walaupun diusaha dgn keras sekali. moga2 kita semua diberi petunjuk.
      3. tak mestinya puak majoriti benar & minoriti tak benar. semasa rasulullah saw di mekah, adakah baginda di kalangan majoriti? ini yg berlaku sekarang didunia islam. 'pandangan orang dulu2' sekiranya selaras dgn alquran, kita boleh terima kerana keperibadian rasullulah samada 'his deeds and sayings' semuanya berlandaskan kepada kalimah allah. kita hanya mahu kebenaran (jalan yg lurus) & bukan salah atau betul.

      Delete
  5. ada yang akan masuk syurga .... dan juga yang akan masuk neraka .... Allah SWT Maha Mengetahui ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah kita selamat...? moga Allah jauhkan api neraka..

      Delete
  6. ulamak telah menetapkan segala sesuatu perbuatan kecuali ibadah adalah "dibolehkan" sehinggalah ada hukum mengatakan "tidak boleh".... yang "tidak boleh" harus diberi keutamaan ... contoh: bersalam antara bukan mahram - ada yang kata "dibolehkan" dan ada yang kata "tidak dibolehkan" ....hukum tidak boleh bersalaman antara bukan mahram harus diberi keutamaan ..... sebab jika "tidak dilakukan", pasti ia tidak merosakkan apa-apa yang mustahak seperti wuduk misalnya ..... jika "dilakukan", mungkin ia akan merosakkan sesuatu yang kita tidak pasti , rosak atau tidak ....

    ReplyDelete
  7. Bismillah.
    Pendapat Dr Yusof Al Qardawi dalam isu bertaqlid ini terbahagi kepada beberapa kategori:

    1. Harus- kerana firman Allah ayat 7 surah al anbiya. Ia lazim di dalam masyarakat kita yg bertaqlid dgn mazhab Syafie.

    Ibn Qayyim berpendapat, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana-mana Imam yang empat atau Imam-imam sebelum dan selepas mereka haruslah baginya mentaqlid mereka.

    Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad.

    2. Haram - jika menyatakan wajib bertaqlid kepada satu2 individu sahaja."Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama."

    Lebih dari itu, Sheikhul Islam Ibnu Taimiah juga telah berkata:

    "Orang yang berpendapat sebegini sekiranya tidak bertaubat hendaklah dibunuh."

    berkata: "Sesungguhnya taqlid adalah haram. Tidak boleh mengambil kata-kata sesiapapun tanpa mengetahui dalilnya melainkan kata-kata Rasulullah (s.a.w)."

    3. Harus bertaqlid dengan selain daripada Imam Syafie, Maliki, Hanafi,Hambali

    Ya, harus bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat.

    Berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah juga adalah harus bagi orang yang mampu berbuat demikian dari kalangan ahli Fiqh dan para pengkaji.

    Mereka bolehlah mengkaji, berijtihad dan mengeluarkan hukum daripada al-Quran dan sunnah serta mencari hukum yang paling kuat berdasarkan dalil dan hujahnya.

    Mereka juga boleh merujuk kepada ulama-ulama 'tarjih' dan ulama-ulama perbandingan mazhab yang membanding dan mencari hukum yang terkuat berdasarkan dalil dan hujah seperti Ibnu Daqiq al-'Eid, Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar al-'Asqalani, as-San'ani, asSyaukani dan lain-lain lagi.

    Seterusnya bolehlah dia mengambil hukum yang paling diredhai, paling kuat pada pandangannya dan yang hatinya tenang untuk diamalkan dalam agamanya. Inilah tanggungjawabya. Allah tidak mewajibkan kepada manusia suatu tanggungjawab yang tidak mampu dipikulnya.

    4. Harus Bertalfiq iaitu mengambil pendapat seorang imam dalam suatu isu dan mengambil pendapat ini dalam isu yang lain pula, dan bertalfiq menjadi haram jika ia dibuat untuk memuaskan nafsu dalam mencari keringanan dan mempermainkan agama.
    Golongan ini mahukan kebenaran mengikut mereka, bukannya mereka mengikut kebenaran seperti yang dilakukan oleh Mukmin sebenar.

    Adapun sekiranya seseorang itu mengikut pendapat yang paling betul (rajih) pada, pandangannya (dari segi dalil dan hujah) dan paling kuat pada penilaian hatinya, bolehlah dia mengikut pandangan Abu Hanifah yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhuk, pandangan Syafie yang mengatakan bahawa keluar darah tidak membatalkan wudhu' dan pandangan Maliki yang mengatakan bahawa air tidak akan najis melainkan apabila berubah warna, bau atau rasa, setelah dia merasa tenang dengan dalil-dalilnya.

    Di Malaysia juga kita banyak bertalfiq dalam bab muamalah.

    Selebihnya baca di sini http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id146.html

    -RAZI-

    ReplyDelete
  8. 1)http://drmaza.com/home/?p=885
    2http://usulfiqh2.blogspot.com/2009/04/taqlid.html

    Artikel di atas juga baik utk dihadam.
    -razi-

    ReplyDelete