Monday, November 3, 2014

Resepi kuih kole kacang guna Santan King

  Mat Bihi       Monday, November 3, 2014
Resepi kuih kole kacang
Saya baru tahu nama kuih ini adalah Kuih Kole Kacang bila admin di resepi terbaik santan king buat posting berkenaan resepi macam mana nak buat kuih ini.

Nasib baik ada dipamerkan gambar kuih kole kacang sekali maka pastilah sudah saya itulah kuihnya. Itulah kuih yang sering saya beli setiap kali pergi ke bazar ramadan samada di Shah Alam atau di Puchong.

Bila bulan puasa, ramai juga peniaga kuih yang menjual kuih kole kacang ini. Pada mulanya saya ingat semuanya serupa saja, tapi bila dah cuba banyak tuan, saya dapat rasakan perbezaan antara satu dengan yang lain.

Kuih kole kacang paling sedap

Dalam banyak-banyak kuih kole kacang yang pernah saya beli, ada satu saja yang amat berkenan di hati. Rasanya konsisten, tak keras tak lembik, tak manis tak tawar tak kering tak berair... semuanya secukup rasa.

Kuih kole kacang yang sedap itu biasanya saya beli dari seorang abang, peniaga yang sama berniaga di bazar ramadan Puchong Perdana pada setiap kali masuknya bulan puasa. Saya tak jumpa dia berniaga di mana dalam bulan selain ramadan... mungkin dia tak berniaga.

Oleh kerana saya amat suka kuih kole kacang ini, maka saya kongsikan resepi untuk membuatnya di bawah.

Resepi kuih kole kacang

Berikut adalah bahan serta cara untuk membuat kuih kole kacang untuk anda yang rajin buat kuih sendiri di rumah. Kalau buat nanti jangan lupa berikan sedikit pada saya, insyaallah akan saya makan sampai habis.

Resepi di bawah adalah resepi kuih kole dengan menggunakan santan king. Jumlah penggunaan santan king adalah separuh saja daripada santan biasa. Jangan masukkan banyak-banyak santan king, nanti berlebihan lemak dan terlalu pekat pulak.

BAHAN-BAHAN


  • 1/2 cawan Santan King (untuk buat tahi minyak)
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sb gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 cawan Santan King
  • 1 cawan tepung kacang hijau
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Secubit garam

CARA- CARA



  • Masak secawan Santan King hingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam anggaran 2 sudu teh lebihan minyaknya di dalam kuali
  • Masak gula merah, gula pasir ,air dan daun pandan sehingga gula larut. Sejukkan dan ketepikan seketika.
  • Satukan tepung kacang hijau, Santan King, garam dan air gula merah di dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati
  • Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi. Pastikan ianya selalu dikacau agar tidak berketul. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi
  • tabur dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum dipotong.
  • Bila dah sejuk... boleh dihidangkan dan di makan.
Ingat! kalau anda buat kuih kole kacang ini, tolong khabarkan pada saya supaya boleh saya pergi ambil seketul dan rasa.. terima kasih.
logoblog

Thanks for reading Resepi kuih kole kacang guna Santan King

Previous
« Prev Post

1 comment: