Wednesday, December 10, 2014

Anda takkan percaya bagaimana sistem pengangkutan bas begitu cekap..

  Mat Bihi       Wednesday, December 10, 2014
Anda takkan percaya bagaimana sistem pengangkutan bas boleh begitu cekap

Bagi mereka yang pernah tinggal di luar negara terutamanya di negara Eropah, mungkin akan percaya bahawa sistem pengangkutan bas boleh jadi begitu cekap sebab mereka sendiri pernah merasakannya.

Tapi bagi mereka yang tidak pernah tinggal diluar negara seperti Eropah atau Amerika, terutamanya dipusat bandar atau pinggiran bandar, mungkin terlalu sukar untuk percaya bahawa sistem pengangkutan bas boleh jedi begitu cekap dan tepat waktunya.

Biasanya manusia akan lebih mudah percaya apabila dirinya sendiri pernah mengalami pengalaman terhadap sesuatu. Pengalaman memang merupakan satu alat pengajaran yang amat berkesan dala diri seseorang manusia.

Rezki merasai sistem pengangkutan bas yang cekap

Sebelum itu, saya nak ingatkan di sini bahawa bukan niat untuk banggakan diri bercerita tentang pengalaman berada diluar negara. Tak ada apapun yang perlu dibanggakan.

Semua perkara yang manusia dapat adalah merupakan anugerah daripada Tuhan yang tertentu untuk setiap makhluk ciptaannya. Bila dapat rezki samada tergolek atau dengan usaha bukanlah untuk dibanggakan dan lagakkan. Sebaliknya untuk diluahkan dalam bentuk perkongsian bagi menyatakan rasa syukur ke atasNya.

Saya ingatkan perkara tersebut di atas adalah kerana terperasan ada juga komen yang seolah-olah menyindir penulis atau orang lain setiap kali dikongsikan pengalaman yang dilalui ketika berpeluang di luar negara.

Mungkin ada yang tak mendapat peluang sebegitu ada perasaan rendah diri pada mereka yang mendapatnya. Tak perlulah kita iri hati. Kalau nak iri hati, lebih baik iri hati saja pada Bill Gate atau Warren Buffet.

Masalah perlaksanaan Sistem pengangkutan bas

Pengalaman saya sendiri ketika berpeluang mendapatkan perkhidmatan bas di Perancis banyak mendedahkan bahawa sistem pengangkutan bas boleh jadi begitu cekap jika ada perancangan yang baik dan iltizam melaksanakannya secara ikhlas.

Ramai orang boleh merancang. Semua masyarakat dan penduduk dunia di mana saja negara mampu membuat perancangan yang hebat. Tapi apa saja perancangan yang hebat jadi tak guna jika tiada kemampuan untuk dilaksanakan.

Dalam bab perlaksanaan terhadap perkara yang melibatkan jumlah kepala yang besar, budaya sesebuah masyarakat itu memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan kejayaannya. Jika budaya kerjasama, disiplin dan menghormati peraturan tertanam kukuh dalam jiwa setiap masyarakat, maka semua perlaksanaan menjadi mudah dan tersusun.

Masalah itulah yang mungkin ada dalam masyarakat kita. Masalah budaya kerjasama, disiplin dan menghormati peraturan yang amat lemah. Sebaliknya ia bukanlah menjadi satu masalah pada kebanyakan penduduk negara Eropah atau mana-mana negara yang maju atau pernah maju satu ketika dahulu.

Sistem pengangkutan bas di perancis

Ketika di Perancis, di mana saja pusat perhentian bas yang ada di seluruh bandar dan luar bandar akan disediakan satu tempat bagi mempamerkan jadual perjalanan datang dan pergi bas ke pusat perhentian tersebut.

Jadual yang disediakan itu terperinci segala waktunya, dalam skala minit dari mula sistem pengangkutan itu berjalan pada awal pagi sehinggalah habis tamat perkhidmatannya lewat petang.

Apa yang paling menarik, apa yang dijadualkan dalam jadual bas tersebut dapat dipenuhi dengan amat tepat. Kalau nak laripun mungkin hanya dalam skala kurang daripada +/- 5 minit.

Dan kalau jadual sesebuah bas itu gagal sampai pada destinasinya pada waktu yang ditetapkan melebihi had tersebut, Pihak pengurusan perancangan dan merlaksanaan sistem pengangkutan bas pusat akan terus segera menggantikan bas yang baru untuk mengejar destinasi yang seterusnya.

Ia dilaksanakan sedemikian agar jadual terus diikuti dengan tepat. Dan bas yang gagal tadi akan ditarik untuk dijadikan kumpulan 'stand-by for back-up' pula. Mereka amat komited dengan kerja mereka daripada tahap pemandu sehinggalah ke tahap boss atasan. No play-play!.

Gangguan sistem pengangkutan bas dari menjadi cekap

Namun begitu, bukanlah kecekapan perlaksanaan sistem penangkutan bas yang cekap itu terletak sepenuhnya hanya pada kumpulan pengurusan sistem pengangkutan bas tersebut. Tetapi ianya adalah hasil daripada kerjasama seluruh masyarakat pengguna jalan raya di Perancis.

Tak ada pemandu kenderaan lain yang suka-suka hati mereka masuk dalam laluan yang digazetkan khas untuk sistem pengangkutan bas atau teksi. Tak payah tunggu polis duduk terpacak untuk saman, orang ramai sendiri majoriti besarnya amat komited melaksanakan peraturan.

Hasil daripada kerjasama yang menyeluruh itulah sistem pengangkutan bas di Perancis boleh jadi begitu cekap. Masyarakat disana dah ada budaya yang betul diamalkan secara koleksi dan konsisten. Walaupun kita rata-rata umat yang mengaku Islam di Malaysia menggelarkan mereka orang kafir, sikap atau amalan mereka adalah amalan yang Islamik.

Amat malang sekali sikap islamik tersebut tidak ada pada penduduk ( bukan semua) negara kita yang menggelarkan negara mereka negara Islam. Amalan yang tiada pada penduduk yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Persoalannya adakah anda salah seorang daripada mereka yang menggelarkan dirinya seorang Muslim, Dan dalam masa yang sama melanggar apa saja peraturan yang disediakan oleh pihak yang diberi kuasa untuk menyusun peraturan?

Apa pendapat anda dalam isu sistem pengangkutan bas yang cekap di negara kita sekarang ini? adakah anda berpuas hati dengan tahap yang ada sekarang dari segi kecekapannya, kosnya dan lain-lain lagi. Boleh berikan komen anda di bawah.
logoblog

Thanks for reading Anda takkan percaya bagaimana sistem pengangkutan bas begitu cekap..

Previous
« Prev Post

17 comments:

  1. Harapan aku,
    naik depan rumah, turun depan pejabat / tmpt kerja.
    Kalau kena jalan pun tak lbh 500m, dan kalau kena salin bas tak lbh dua bas, dan kalau kena tunggu tak lbh 15 min.
    Then, tak perlu beli kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gemuk gedempol jadinya begitu, sampai malas berjalan kaki begitu... tak gitu?

      Delete
    2. pemandu di sini mana ada disiplin. bila jam ja, habis semua lorong dia orang masuk. x ada rasa sabar. paling menarik bila ambulan lalu, habis semua mengekor di belakang. yg gn kereta mahal, dia rasa diri dia raja so blh redah ikut suka dia. yg gn kereta murah pun sama, bl ada polis baru kelam kabut himpit utk masuk lorong betul.

      Delete
  2. Terkesan ngn perkhidmatan bas & train di Jepun sgt profesional

    ReplyDelete
  3. islam di malaysia hanya patuh pada waktu berbuka puasa aja. yang lain tak diperlukan

    ReplyDelete
  4. Semua ni boleh dilaksanakan kalau tak de rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu salah satu daripada faktor penyumbang

      Delete
  5. Setuju AA masa plg tepat masa berbuka puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi banyak kali terperangkap dalam kenderaan, missed buka puasa

      Delete
  6. salah kenyataan tu. Adakah yg langgar peraturan tu semua org muslim. Kita terlalu suka memburuk2kan org kita. Jarang kita menulis kebaikan pd bangsa kita. Yg buat x baik tu segelintir saja. Byk juga yg buat baik dan bg contoh baik. Bila org kata selalu atau asyik yg buat jahat/tak betul org melayu/muslim. Maka akan jadi satu andai yg x baik tu bangsa siapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau anon bukan dari golongan begitu, alhamdulillah. Kenapa anon lihat dari sudut negatif juga dlm artikel ini sedangkan anon berikan nasihat agar sentiasa lihat yg positif... bukankah cakap dan tindakan anon tak seiring?

      Delete
  7. maksud saya yg buat tu bukan muslim byk jgk. mcm mana yg bkn muslim nak ikut cara fikir org muslim atau islamik. tapi yg dituduh diburukan yg muslim yg skt tu. adakah kita sanggup buruk agama kita atau org kita. kita kira dlm bentuk % berapa kerat yg buat x baik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat anon. Yang buat amalan tak baik dari kalangan bukan Islam ramai juga. Tak sepatutnya kita pukul timbang ambil secara umum dan katakan umat Islam / Melayu tak bagus.

      Yang buat jahat memang % sikit, ia akan bertambah bila masyarakat membiarkannya tanpa menghalang samada secara perbuatan, lisan atau hati.

      Malangnya ramai yang mungkin tak ambil kisah dalam usaha menghalang ini, menyebabkan kerosakan berlaku pada semua masyarakat secara total. Itulah puncanya bangsa mendapat nama agaknya...

      Delete
  8. Maaf baru ada masa lapang nak membaca dan memberi pendapat yg tak seberapa dalam blog ni... Saya sendiri sudah setahun duduk di Scotland, ada masa lagi dekat dua tahun nak menghabiskan pengajian di peringkat Master. Pada hemat saya, kebanyakan masyarakat kita masih sukar utk ubah sikap, tak kira lah Muslim atau yg bkn Muslim. Mereka ni kbykannya beragama Kristian atau tiada agama, tapi mereka msykt yg suka membaca. Dari kecil lagi nilai2 dan etika murni contoh: bercakap sopan, berbuat baik, membantu golongan kelainan upaya (disabled) dan yg bernasib kurang baik diterapkan melalui program2 tertentu di sekolah dan pendidikan pada ibubapa utk diterapkan di rumah. Nilai dan etika kerja yang tinggi sangat dititikberatkan. Budaya amanah, dan integriti dipraktikkan dari pimpinan atas hingga rakyat bawahan. Jadi sikap tersebut terbawa-bawa sehingga di jalan raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik pendapat tuan. Terima kasih sudi kongsikan di sini. Moga masyarakat kita menuju ke arah itu juga dalam masa terdekat nanti. Insyaallah

      Delete