Thursday, 11 December 2014

Maklumat leptospirosis ini mungkin boleh selamatkan nyawa anak anda

Posted by   on

Maklumat leptospirosis ini mungkin boleh selamatkan nyawa anak anda
Elok untuk baca maklumat berkenaan apa itu Leptospirosis di bawah daripada kementerian kesihatan. Dengan adanya sedikit ilmu, anda dapat kesan sekiranya ada kemungkinan terkena jangkitan wabak leptospirosis ini. Baru-baru ini kanak-kanak umur 8 tahun meninggal disebabkan leptospirosis. Baca palorannya di sini.

Maklumat berkenaan leptospirosis

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku, satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Nama-nama lain bagi leptospirosis

Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola.

Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas

Faktor risiko leptospirosis

Faktor risiko termasuklah:

  1. Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas - Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  2. Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  3. Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan gejala leptospirosis


Berikut adalah tanda dan gejala berlakunya leptospirosis untuk anda tahu dan hafal.

  1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
  3. Batuk tidak berkahak (25% - 35% kes)
  4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  5. Radang selaput mata.
  6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.  

Tanda dan ujain makmal

  1. Ujian sel darah putih (WBC)
  2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa
  3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit
  4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati
  5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi)
  6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent
  7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan
  8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah
  9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari

Harapan sembuh leptospirosis


Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Antara komplikasi leptospirosis adalah :

  • Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin
  • Jangkitan kuman di otak (Meningitis)
  • Perdarahan yang teruk
  • Respiratory (distress)
  • Kegagalan fungsi hati
  • Kegagalan fungsi buah pinggang

Rawatan untuk leptospirosis


Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah. 

Pencegahan leptospirosis

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung / air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Oleh : Dr. Fuad Hashim

4 comments:
Write comments
  1. Air bertakung yg terdedah, air banjir, air kolam awam, air sungai, air jeram dan air terjun, berpotensi dicemari. Jika ada kes dilaporkan, jauhi.
    Air laut, insyaAllah tak dicemari, cuma jgn main jauh jauh.
    Bg anak anak yg lepas bersunat, nak bagi lekang kuping dan kerak, boleh ajak ayah gi mandi laut, tp main tepi tepi aje, duduk la dlm air laut tu dlm sejam, bangkit, bersih le dia. Kalau tak mintak ayah beli kolam plastik, berendam le dlm kolam plastik kat rumah je.

    ReplyDelete
  2. Air yang bergerak ok (kurang berisiko)..jangan air bertakung..
    lagi satu tikus tak akan datang kalau tempat tak di cemari samapah dari manusia..
    apa2 pun manusia lah punca nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul... manusia banyak buat kerosakan

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter