Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 27, 2014

Gambar keadaan rumah selepas banjir - Gua Musang

  Mohd Shubhi       Saturday, December 27, 2014
Banjir memang perkara biasa melanda negara kita. Apatah lagi banjir kilat di kawasan pusat bandaraya adalah satu lumrah.

Tapi banjir besar yang datang tidak disangka jauh bezanya berbanding dengan banjir kilat yang orang bandar biasa alami.

Dalam banjir kilat, kalau melanda kawasan taman, paling teruk hanyalah terpaksa bergotong royong membuang sampah sarap dan juga lumpur yang mungkin masuk dan terperangkap ketika air surut.

Tapi dalam banjir teruk yang melanda Kelantan baru-baru ini, keadaannya lebih buruk daripada apa yang anda sangka.

Walaupun ada pemimpin negeri Kelantan yang buat kenyataan bahawa keadaan semuanya terkawal berdasarkan bahawa air dah kembali surut, keadaan sebenar rasanya masih tidak sebagaimana yang dinyatakan.

Mana boleh kata keadaan terkawal kalau masih ada yang tidak mendapat bantuan yang mencukupi. Mana boleh kata terkawal jika masih ada yang tak dapat bekalan minuman air yang bersih.

Mana boleh kata terkawal jika masih ada yang tidak mendapat rawatan yang diperlukan, pakaian kering yang melegakan, selimut, tempat berlindung dan tenangkan diri dan sebagainya. Itu masih belum cerita lagi bangunan atau premis kediaman penduduk yang terbalik lintang pukang dan tiggal sehelai sepinggang.

Lihat satu contoh rumah penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang yang saya ambil dari sini. Begitulah keadaannya selepas air mula surut dan rumah perlu dibaiki semula sebelum dapat dudiami sepenuhnya.

Ada banyak kempen bantuan mangsa banjir yang rakyat prihatin negara kita anjurkan bagi memberikan kelegaan pada para mangsa banjir d sana. Mereka memang perlukan bantuan untuk membina semula apa yang telah runtuh dan rosak.

Elok kita sama-sama turut membantu dengan sekadar apa yang boleh berdasarkan kemampuang masing-masing. Pastikan sumbangan disalurkan pada saluran yang betul dan bukan pada mereka yang ambil kesempatan.

Ini salah satu saluran yang boleh anda berikan sumbangan:

The Malaysian Automotive Community is initiating a donation drive to assist victims affected by the floods in Malaysia. As the coordinator of the relief campaign, MAI sincerely welcomes contributions in the form of essential items such as:

1. Clothes (in good condition and clean) 2. Rice, Dry food, Drinking Water, etc. 3. Daily necessities such as soap, shampoo and etc. 4. School supplies. 5. Monetary Donation.

Physical Donations: 

Relief supplies can be sent to MAI Auto Galleria 2, Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor between 9.00am - 5.00pm, Monday to Friday. All contributions need to reach us by 2nd January 2015. 

For further information, kindly contact MAI Secretariat, Zairul at 012-3103823; Leon at 012-6692491 or Nizmar at 012-6876400

For Monetary Donation:

You may also donate through CHEQUE! All cheques should be crossed and made payable to "Malaysia Automotive Institute".

Kindly mail or hand us your CHEQUE at the following address:

Malaysia Automotive Institute Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor 

We thank you in advance for your support! Together, we pray for those affected, and may these difficult times pass swiftly for all victims. Klik sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Gambar keadaan rumah selepas banjir - Gua Musang

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !