Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, January 13, 2015

Apa kata Ustaz dalam kes anak gadis peluk artis korea

  Mohd Shubhi       Tuesday, January 13, 2015
Apa kata Ustaz dalam kes anak gadis peluk artis korea
Tak habis lagi dalam bab anak-anak gadis yang terlanjur terpeluk jejaka K Pop. Jangan marah, masih tak habis lagi paparkan isu ini. Sebab isu ini boleh dijadikan contoh untuk kita ketengahkan sikap kita dalam bab peluk memeluk antara lelaki perempuan yang boleh kahwin. sumber gambar

Memang orang akan kata, alahai! bila berlaku maka semua nak pulun bagi pendapat. Lepas itu semua lupa pulak dah. Kemudiannya muncul lagi, maka buat bisng lah pulak. Bila sejuk diam kembali. Dan begitulah berulang-ulang.

Tapi tak kisahlah apa orang nak kata, samada hangat-hangat taik ayam atau apa saja. Memang sikap kita manusia ini ada masalah lalai, kaki pelupa dan seumpamanya. Sebab itu apa saja orang nak kata, tak perlu lah kita diamkan diri dari memberikan ingatan.

Sekurangnya menginatkan diri sendiri bahawa itu tak betul. Itu bukanlah perkara ringan. Moga dengan peringatan demi peringatan walaupun sejuk suam sejuk suam, kalau itulah kemampuan kita, tersedar dan lalai dan berulang begitu, moga ianya lambat laun akan tertanam terpahat di hati menjadi perkara yang diperjuangkan dengan konsisten.

Ramai lagi yang main peluk cium

Kitapun tahu adengan peluk cium tu sentiasa berlaku. Siapa kata tak ada orang bangkitkan. Siapa kata tak ada orang nak kritik. Hakikatnya sentiasa dikritik samada secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Tak ada berlaku lagi, setakat ini perkara yang sahih mungkar didiamkan oleh keseluruhan umat.

Itu ertinya masyarakat kita masih ada pegangan dan masih istiqamah berjuang. Mereka sentiasa konsisten memberi peringatan. Samada untuk diri sendiri mahupun untuk orang yang sudi mendengarnya.

Cuma yang pasti, kita tak kecam individu si anu itu atau si anu ini. Kita letakkannya secara umum atas mesej bahawa perbuatan itu adalah salah. Nak tunjuk, bagi kat umum bahawa jangan buat begitu bila terperangkap. Bukan kita nak cemuh anak gadis yang mungkin terlanjur dan terleka itu secara peribadi.

Bila berhadapan dengan mereka yang terlanjur itu perlu berhikmah menasihati mereka dengan cara yang bersesuaian. Bukan menasihati mereka dengan cara yang membuatkan lebih jauh menyonsang.

Kalau yang terpeluk dan memeluk itu anak dara anda. Berhikmahlah dalam memberikan nasihat. Jangan pula dijauhkan lagi kegelincirannya. Dan jangan seperti menghalau mereka dan menjadikan lebih liar dan menyimpan dendam.

Apa kata Ustaz dalam kes peluk artis kpop

Ini paparan video rakaman Ustaz Ahmad Rizam Ghazali berkenaan isu yang sama. Pergh! lagi pedih tegurannya.

Menarik untuk dengar cadangannya pada para ibu bapa yang ada anak gadis yang minat geli dengan artis korea, jikalau ada lagi konsert jemputan artis Kpop datang berkunjung ke negara kita.

Cadangan Ustaz adalah untuk mengikat para anak gadis anda itu supaya terselamat mereka dari terjun masuk ke pentas artis kpop. Sila dengan dan tonton video ini dan kalau rajin boleh berikan komen anda.



Ini link video tersebut untuk tatapan anda... pedassss !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa kata Ustaz dalam kes anak gadis peluk artis korea

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. apa nak heran Najib anak Razak pun panggil kpop....kalau Najib kencing berdiri rakyat berak berlari....hapuskan Najib dari politik...Muhyiddin pula jadi PM

    ReplyDelete
  2. bangga barankali mak bapak budak2 tu..krana anak mereka digomol oleh lelaki korea tu....mana Hassan Ali yang meraung2 nak jaga Melayu Islam..iskiskisk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AH SAN AHLI TGH PUNGGUT BERAS JATI KEK SAWAH LPS TU NAK BUAT SUMMAR CAMP PUNGGUT BRAS JATI LA...SO JGN KACAU!!!

      Delete
  3. Siapa antara kita yg tak berdosa ?
    Sebaik baik org yg berdosa yg segera bertaubat.

    Salah dan dosa juga mmg selalu kita ulang ulangi, kerana lemahnya iman kita, ceteknya ilmu.
    Mk hendaklah juga berulang ulang minta ampun dan taubat.

    Org yg terang terangan berbuat dosa, dicela perlakuan dosanya, pelakunya kita doakan mudah mudahan diberi petunjuk hidayah, mudah mudahan bertaubat. Dan jgnlah kita ungkit ungkit lg salahnya. Kita sendiripun belum tentu bgmn kesudahan umur dunia kita.

    "Wahai anak Adam !
    Sesungguhnya selama kamu berdoa kpdKu dan mengharap kpdKu, Aku pasti mengampuni dosa dosamu dan tidak mengapa.
    Wahai anak Adam !
    Kalaulah dosa dosamu itu sampai ke permukaan langit lalu kamu beristighfar kpdKu niscaya kamu Aku ampuni dan tidak mengapa.
    Wahai anak Adam !
    Andainya kamu dtg kpdKu dgn dosa seisi bumi lalu kamu dtg kpdKu dlm keadaan tidak musyrik, niscaya Kuberi ampunan seisi bumi."
    H (Qudsi) R Tirmizi.
    AllahuAkbar ! La ilahaillallah subhanaka inni kuntu minazzolimin. Rabba zolamna anfusana waillamtaghfirlana watarhamna lanakuna minazzolimin. Rabbighfir warham wa Anta KhairrurRahimin.

    Jgn tinggalkan Penghulu Istighfar yg diajarkan Nabi saw sekurang kurangnya setiap awal siang dan awal malam, juga Ayatul Qursi sekurang kurangnya setiap kali lepas solat, mudah mudahan insyaAllah bertemu di Syurga.
    InnaAllaha layukhlifulmii'aad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan ; Rabbana zolamna anfusana wa illamtaghfirlana wa tarhamna lanakunannaminal khosirin bukan lanakuna minazzolimin.

      Delete
  4. hukum2 agama/agama ni memang paling tggi duduknya..tapi kalau diteliti dgn jujur,apa pun yg kita deras sembangkan tentang hukum2/agama ni.. akhirnya berapa puluh juta manusia yg nak tegakkan hukum/agama tuhan tapi dia telah sandarkan kepada izin@undi2 manusia termasuk undi penyembah2 berhala?penyembah2 berhala punya undi sah nilainya dapat "beri izin" samada jaya x jayanya hukum agama kamu tertegak jika cita2 beragama didalam diri "dipasang" melalui "jalan" politik demokrasi..
    kalau nyawa/untung tenggelam kedua ibubapa kita hanya pada tuhan lah tempat sandarannya dan xkan sesekali kita sandarkannya pada undi2 penyembah berhala walau apa pun jadi..tapi pada masa yg sama,untung tenggelam hukum/agama tuhan disandar pula pada undi2 manusia termasuk penyembah2 berhala..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !