Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, January 13, 2015

Bagaimana nak cium gadis Melayu bertudung secara percuma

  Mohd Shubhi       Tuesday, January 13, 2015
Tentu pembaca sendiri dah dapat jawapan kepada soalan di atas. Bagaimana nak cium gadis Melayu bertudung secara percuma...

Macam yang sedang hangat dalam perbualan di kedai kopi dan juga di alam cyber, jawapannya adalah dengan jadi pemuda korea cun.

Ada komen dalam video viral tersebut daripada penama Laksamana Sunan Gadis, katanya, pemuda korea dapat cium percuma, pemuda melayu kena keluarkan RM15 ribu ke RM20 ribu terlebih dahulu sebelum dapat buat macam tu..

Ada satu lagi komen dari Shah Mikail... ini semua haram jadah!

Ramai yang marah melihatkan aksi malu tapi mahu para gadis Melayu bertudung yang malu-malu kucing tapi merangkul kejap para artis idaman mereka.

Daripada aksi marah tersebut, kita boleh rumuskan banyak yang timbul rasa murka dihati mereka bila memikirkan kenapa murah sangat harga mencium Gadis Melayu ditawarkan pada jejaka Korea.

Pastikan harga mencium gadis Melayu murah

Kenapa kalau jejaka Melayu nak peluk dan cium gadis Melayu dikenakan harga mahal nak mampus. Para ibu bapa perlu serius memikirkan persoalan ini.

Selepas ini minta tolong para ibu bapa janganlah letak harga mahal-mahal pada jejaka yang masuk meminang anak-anak dara mereka samada bertudung atau tidak bertudung. Apatah lagi jika anak dara mereka itu ada melekatkan poster jejaka cun korea pada dinding bilik mereka.

Perkara yang sama juga perlu diambil perhatian oleh semua jejaka Melayu. Kalau nak pergi meminang gadis Melayu, eloklah risik dahulu. Hantar wakil untuk menjenguk bilik anak dara yang nak dipinang untuk pastikan samada terdapat poster jejaka Korea pada dinding bilik mereka.

Kalau ada poster, tak payah pergi minang melainkan jika ibu bapa gadis tersebut menawarkan harga percuma. Kalau nak kena kumpul berbelas ribu, cari saja gadis lain yang lebih terjamin kesucian hati mereka yang tak akan tergoda dengan jejaka cun buatan korea.

Bagaimana nak cium gadis Melayu percuma

Untuk dapatkan peluang mencium gadis Melayu yang bertudung secara percuma adalah hampir mustahil jika anda seorang jejaka berkulit sawo matang.

Cuba pergi buat begitu pada gadis bertudung yang anda berkenan. Kalau tak kena tapak kasut ke muka, mungkin kena tangkap dan dibelasah orang ramai dan didakwa di mahkamah berkelakuan kurang sopan , biadap dan dituduh cuba mencabuk kehormatan gadis Melayu bertudung.

Atau mungkin anda yang ada iras jejaka korea setelah bersolek secukup rasa dan buat potongan rambut dengan remos menutup mata, lalu pergi minta anak dara gadis Melayu bertudung, anak dara itu akan paksa ibubapanya luluskan peminangan dengan hantaran hampir percuma.

Kejadian yang dipaparkan dalam kes gadis melayu bertudung kena gomol dan malurela memeluk dan dipeluk jejak korea itu membawa seribu satu persoalan.

Apakah mereka mewakili majoriti atau hanya segelintir gadis Melayu bertudung yang dengan mudah melayan fantasi mereka hasil dari pengaruh filem korea dan artis kpop made in korea.

Saya rasa ramai lagi gadis Melayu yang sebegitu walaupun sudah tentu bukan semua. Bertudung dan cun macam manapun mereka, budaya tertipu dengan dunia hiburan dan terperangkap di alam fantasi telah banyak merosakkan gadis Melayu.

Masa saya muda dulu, ramai cubaan melamar anak gadis gagal. Yang dilamar semuanya bertudung labuh dan memang menjadi kriteria idaman untuk berkahwin dengan mereka. Tapi malang seribu kali malang semua lamaran saya ditolak.

Nak tahu apa alasan mereka pada saya.... sedih nak cakap.

Sebabnya adalah mereka anggap saya baik sangat ! cis! itu macam punya alasanpun ada. Bukankah gadis bertudung logiknya akan suka dengan jejaka yang baik macam aku?.. ternyata sangkaanku meleset sama sekali.

Bukan nak kata saya ni budak baik. Saya hanya baik depan orang. Tapi perangai jin tetap ada gagal dikawal jika tersembunyi dan bila ada peluang. Tapi kerana perasaan malu budak kampung tu tebal dalam jiwa, maka tak sanggup pamerkan perangai jin sebegitu di khalayak ramai.

Tapi nampaknya taktik pamerkan jadi budak baik tidak disukai oleh gadis Melayu yang cuba saya lamar. Itu cerita dulu. Tak tahu pulak samada sekarang masih lagi begitu... anda yang muda remaja dan masih bujang tentu boleh kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruang komen di bawah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana nak cium gadis Melayu bertudung secara percuma

Previous
« Prev Post

20 comments:

  1. Saya selalu suka beri komen di ruangan anda, ternyata rasa hormat saya pada tuan hari ini luntur sedikit kerana garapan saudara ditopik perbincangan ini. Tetapi saya masih mencari sudut positif, maka jawapan yg dapat saya simpulkan ada di 3 perenggan terakhir artikel tuan. Marah sungguh pada gadis melayu ya? Murah sungguh gadis melayu ya? Malah percuma gadis melayu hendaknya kalau ada poster kpop di kamarnya?
    Kalau nak tanya jawapan dari gadis muda remaja maka anda mungkin terima jawapan yang berlainan dari komen saya seorang ibu kepada 3 anak remaja perempuan yag minta kpop juga seorang warga pendidik yg melihat anak remaja perempuan yang meminati kpop.

    Bersangka baiklah pada mereka. Namanya pun remaja. Perubahan hormon? Pengaruh persekitaran? Pegangan agama? contoh melalui taudalan? Tindakan reflektif? Bertindak luar sedar? dan macam macam lagi di satu ketika yang tidak dijangka mempengaruhi tindakbalas ketika itu. Saya tidak ingin membenarkan kesalahan mereka tetapi saya juga tidak menyokong kecaman demi kecaman yang diterima mereka khususnya dan fan fan kpop remaja bertudung amnya yang terlampau kejam.
    Anda ada anak remaja perempuan? remaja lelaki ? Letakkan di dalam hati kita lahir sbg individu dibesarkan oleh ibu bapa yanb mengamalkan dasar mendidik anak ikut acuan tersendiri. Agama jadi pegangan tapi Islam apakah yang diprakitikan di sini? Extrim? Liberal? Anak remaja sekarang bukan yg dahulu. Anak saya memberi satu pandangan yg cukup untuk membuat kita terfikir. Apa cer isteri Pemimpin kita memeluk erat pemain badminton negara tetapi tiada yang bersuara? Siapa yang mencabul siapa yang di cabul? Pelakon handalan Bolloywood juga menerima layanan yang hampir sama. Pemimpin Ketua Agama negeri berlaga pipi dengan bekas ratu cantik? Boleh saja.. mungkin pak imam bilal
    diam seribu bahasa? Di Tv , wayang , teater.... pelakon beragama Islam melakukan aksi peluk peluk? Semuanya di khalayak ramai. Malah industri filem kita semakin berani. Semua adalah rakyat tempatan yang tahu nilai dan sensitiviti agama. Tetapi dijustifikasikan sebagai SATU KEBIASAAN . Apakah hujah orang dewasa bila remaja tajam pemeerhatiannya. Ini maksudnya kempimpinan melalui tauladan. Bukan semua remaja kpopers mengiakan perbuatan remaja tersebut tetapi ramai yang berkata mungikn kes hilang kawalan diri apatah lagi idola pujaan memberi ruang dan peluang. Cuma jangan dilabel teruk yang lainnya. Ingatlah mereka remaja... yang kita tahu kedangkalan dari semua aspek...maafkan mereka. Saya melihat ianya sebagai Reflective reponse in the spur of the moment. Tp terlalu banyak contoh sekeliling yang menjadikan tindakan mereka itu walaupun saya tahu yang mereka tahu itu salah tetapi apa salahnya mungkin detik hati mereka berkata kerana Islam di Malaysia ni nampak liberal sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran Puan.. insyaallah akan dibuat perubahan supaya jadi lebih baik. Macam yang puan sebut, saya mahupun gadis remaja tidak sempurna. Moga Allah ampunkan keterlanjuran saya. Insyaallah.

      Delete
  2. MERELAKAN..atas alasan bodoh bukan selalu dpt peluang.. silap2 buat teman tido pun takpe. KESIAN MAK BAPAK KENA KENCING DGN ANAK SENDIRI..NASIB BAIK SKRG ZAMAN CYBER,HARAP2 MAK BAPAK DIA TGK GAMBAR INI & PADA JEJAKA (MESTI DAH BERPAKWE), NAK KAWIN DGN AWEK NI NANTI KO JUAL VIDEO NI KAT PARENT DIA MASA MEMINANG ETC,INI KOREA DPT FREE2 APSAL SAYA KENA BAYAR 10K,20K??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebatnya bahasa anda. Semoga dapat anak perempuan satu hari nanti ajarlah dia baik baik jangan jadi bohsia, kpopers ttp muslimah sejati. Tp dari gaya penulisan encik ntahlah.. kalau belum beristeri silap silap dapat wanita yang dah tak suci.

      Delete
  3. Saya ingin menyambung. Anda sendiri mengiakan bahawa walaupun anda nampak baik tetapi ada jembalang di dalam diri yang tidak tertunjuk. Maka bebelas ihsanlah dengan remaja tersebut. Malangnya JEMBALANG di dalam diri mereka terlepas jua pada malam tersebut. Semua manusia ada JEMBALANG mereka yg tersendiri. Betultak? Saya bukan baik juga tetapi saya selalu cuba memahami setiap tindakan manusia supaya saya juga dapat jadikan teladan. Lihatlah remaja sekarang dan apa yang saya lihat remaja yang minta kpop ni kebanyakannyĆ  bukan liar malah bukanlah yang jenis berjimba jimba ke hulu hilir naik motor bersamq jantan jantan. Mereka kebanyakannya cuma berani di ruang maya berfantasi idola idaman. Lihatlah remaja lelaki skrg. Rata ratanya rosak belaka. Ada yang baik. Mungkin mcm tuan teralu nampak baiknya persis ikut telunjuk ibu maka menjadi igauan ngeri perempuan seperti yang dimomok momokkan di novel dan tv . Jgn salahkan mereka dgn penuh terlampau kelak lebih besar kebencian dan penolakan mereka. Gelodak jiwa remaja salah tutur nasihat lebih mereka menjauhi kita yg dewasa. Bukankah kita tahu kita diusia remaja berkawanlah dgn mereka. Satu yang baik bila benda ini jadi publisiti hebat, kita yg waras dan dewasa patut tegur tetapi dgn penuh berhemah dan kasih sayang tetapi harus tegas berlandaskan agama. Ambil kesempatan ini utk remaja hayati kesilapan mereka, jgn terus megecam kelak lebih besar kerugian kita nanti. Apakan daya bila kita menonton filem melayu naik muak asyik berlandaskan nafsu serakah cinta. Saya sendiri walaupun terpaksa menerima satu atau dua pelawaan dan permintaan anak anak menonton drama korea atas dasar menghormati. Mmg tak dpt saya sangkal jln cerita mereka sangat menyentuh perasaan dlm konflik kehidupan walaupun ada yg rekaan tetapi hasil garapan yang baik. Kerana itulah menjadi gilaan remaja. Spt di Malaysia idola mereka ini pelakon juga penyanyi. Dek kerana itulah dapat saya katakan mereka terbawa bawa sehingga hilang kawalan diri. Untuk remaja perempuan yang liar saya dapat lihat lelaki berimej talk dark handsome mmg punjaan mereks sbb itulah hasil dari momokan yang dijolokan diminda mereka. Tetapi bg remaja yang meminati kpop yang berimej bersih handsome putih itulah yang menepati citarasa mereka kerana jiwa mereka sebenarnya lembut. Saya sendiri sengaja membuat survey di kelas yang saya ajar. Kelas pelajar yang baik kpopers lah jawapnya. Dikelas belakang imej KL Drift lah yg memikat hati. Jadi saya pohon tuan bertongkah aruslah dengan kecaman ini semua. Berilah nasihat yang bernas agar kita dapat menjadi panduan kepada remaja. Jangan salahkan mereka 100%. Ibubapa mereka dan perhubungan kekeluargaan akan terjejas. Malah mungkin hubungan kejiranan akan terkesan juga. Ini pendapat saya sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sekali lagi atas kesudian memberikan tunjuk ajar. Insyaallah akan disemat dijadikan panduan.

      Delete
  4. haha kes ini aku macam tak terperasan mulanya .
    cuma munkin budak ,muda ini telah melakukanya dengan secara rela terpaksa,Dan munkin mereka telah tersedar dan menyesali apa yang berlaku. Tingal kita cuba untuk membimbing mereka dan anak muda yang lain daripada melakukan kesilapan yang sama.

    Hanya satu jelah aku nak bagi tahu Apa beza minah tu peluk mamat k-pop,
    dengan pakwe kau rangkul pinggang kau dikhalayak awam?
    •••

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat.... kita yg patut bimbing mereka. Mmg takde beza kalau lihat skrg. Pakwe rangkul makwe. Bini org rangkul laki orang dan sebaliknya. Tetiba naik angin pulak

      Delete
    2. satu tu mendapat liputan dan satu lagi tak diperdulikan

      Delete
  5. akhlak dan tudung adalah dua pekara berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang berbeza. Terima kasih atas peringatan

      Delete
  6. Akhlak dan tudung dua perkara berbeza. Tapi ada kaitannya.

    Orang yang tak suka orang bertudung(budak baik) akan cakap.... "pakai tudung pun tak guna..."

    Bukan Islam akan kata "macam ni ke Islam"

    Dan kaitan ini juga berkait dengan pemerintah yang tergedik2 bila bersama k pop'ers. Bebudak yg x cukup agama pun jadi confius.

    ReplyDelete
  7. bersangka baik...??? seperti kata penyanyi konon diva tentang anaknya suka clubbing ... biar dia belajar dulu ... biar dia buat silap dulu ... biar dia rasa dulu ...... nak tunggu hancur lunyai baru nak diperbetulkan anak-anak dara itu ......??????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu persoalan yang baik untuk difikirkan dan dibahaskan ! terima kasih komen.

      Delete
  8. Assalam... saya cuba memberi pendapat berdasarkan pengalaman.... nampak gayanya anak2 ini masih remaja, masih mentah dalam mencari idola dan mencari identiti sendiri. Nama pun remaja. Kita dulu pun masa remaja ada perangai2 gila2 tak masuk akal yang bukannya bermaksud nak buat pun, tapi akal gila2 remaja! Kajian (maaf saya tak simpan link) menunjukkan anak2 sebelum usia 18 tahun otak mereka masih belum terbentuk dgn sempurna, lebih2 lagi dari segi membuat keputusan secara rasional. Dlm mana2 situasi pun, selagi namanya anak2 yang masih dalam kawalan ibubapa, ibubapa lah yang seharusnya memberi perhatian dan bimbingan sewajarnya. Mungkin dalam hal ini ibubapa membenarkan anak2 ini keluar ke konsert k-pop dan percaya anak2 ini pandai menjaga diri. Kita pun tak tahu. Tetapi daripada menjatuhkan hukuman secara semberono dan tak tentu pangkal, ada baiknya anak2 ini diberi teguran dan refleksi diri atas perilaku mereka. Mudah2an mereka sedar dan malu atas perilaku masing2, seterusnya menjadikan mereka lebih berhati-hati masa akan datang.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !