Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 19, 2015

Merayau sekitar Bandar Tawau - Gambar

  Mohd Shubhi       Monday, January 19, 2015
Sekali lagi berpeluang marayau di sekitar Bandar Tawau seorang diri dengan berbekalkan kamera usang. Sebelum ini memang dah pergi ke Tawau dan sempat juga berjalan-jalan ke beberapa tempat dengan diiringi orang Tawau/ Tapi kali ini saya hanya berseorangan merayau di waktu pagi untuk melihat suasana tempat yang belum dilihat lagi di sana.
Bandar Tawau amat meriah sekali di waktu pagi. Ketika saya merayau terserempak dengan kumpulan penyanyi yang saya rakamkan di atas. Mereka buat persembahan pada muka pintu salah sebuah kedai di pekan yang sibuk itu berhadapan dengan stesen bas di Tawau.

Tidak pula saya perhatikan siapa gerangan kumpulan penyanyi tersebut dan tak pula saya baca banner yang dipaparkan di kiri dan kanan trio penyanyi dan pemusik di atas. Malah saya memang tak kenalpun mereka. Mungkin artis atau kumpulan baru yang saya tak ikuti perkembangan mereka. Kalau pembaca kenal siapa mereka bolehlah kongsikan di ruang komen di bawah nanti.
Gambar di atas merupakan suasana tepi laut berhampiran dengan pasar di Tawau. Memang rancak sekali mereka berurusan. Jeti yang ada dalam gambar tersebut bersambung hingga ke kawasan pasar di Tawau.

Urusan berlaku di kedua-dua bahagian jeti itu. Ada yang berurusan di atas jeti dan ada juga yang berurusan di bawah jeti sahaja dari bot ke bot. Mungkin mereka berjual beli hasil tangkapan ikan yang baru diperolehi.
Gambar di atas pula saya rakamkan sekali lalu di kawasan Pasar Sayur di Tawau. Kelihatan ibu dan anaknya sedang mengkelas sayuran yang mahu dijual di kedai mereka. Ketika saya angkat kamera untuk klik, mereka perasan kehadiran saya dari jauh.

Rata-rata kaum wanita turut sama membantu aktiviti penjanaan ekonomi terutamanya di kawasan pasar. Samada di semenanjung terutamanya di Kelantan maupun di Sabah, kaum wanita boleh dilihat ramai hadir menjalankan aktiviti perniagaan.

Mungkin suasana ini berbeza di Pasar Borong Selangor kalau nak dibanding dengan Kelantan dan juga Sabah. Kalau di Pasara Borong Selangor, kita hanya akan lihat ramai warga asing yang terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar sibuk berniaga. Tak berapa ramai kaum wanita apatah lagi orang Melayu.

Kalau ada kaum wanitapun di Pasara Borong Selangor, hanya dari kalangan bangsa Cina yang berniaga sayur dan juga buah-buahan sertai ikan. Saya perasan perkara ini bila bersiar-siar di beberapa kawasan pasar di negara kita.

Cuma yang tak pastinya samada kaum wanita yang berniaga di Sabah itu terdiri daripada warga tempatan atau asing. Mungkin jika di Kota Kinabalu, para penjual dari kalangan kaum wanita ramai yang berasal dari Filipina. Saya tak pasti. Tapi yang pastinya, kaum wanita yang berniaga di Kelantan adalah dari kalangan warga tempatan.
Saya tak pernah lihat siput besar ini yang segar dan masih hidup. Selama ini hanya kerang atau kulit siput besar ini saja yang biasa saya lihat. Itupun kulit kerang siput yang besar itu dah hilang entah kemana. Sebelum ini saya lihat ia menjadi alat menahan daun pintu yang ada di rumah Tok Teh Brunei, yang merupakan ibu kepada ibu saya.

Orang panggil tok teh Brunei sebab mereka sebelum datang ke Malaysia dan menetap di Bagan Dalam, tinggal di Kampung Pisang, di Brunei. Tak pasti samada masih wujud lagi Kampung Pisang di Brunei sekarang dan samada masih ada bekas atau bangunan di mana Tok sekeluarga tinggal ketika di Brunei dahulu.

Semua ahli keluarga emak saya lahir di Brunei dan membesar sekejap di di sana. Kemudiannya mereka datang ke Bagan Dalam dan setelah tak berapa lama tinggal di bagan dalam, Jepunpun datang melanggar Tanah Melayu. Saya sering dengar keluhan Tok Teh Brunei menghampur orang Jepun yang telah banyak merampas harta yang dibawanya dari Brunei sampai dia hidup susah selepas perang.
Gambar ini menarik sebab saya tak pernah lihat ikan yang sedang mereka pamerkan untuk dijual ada dijual di semenanjung. Saya ada tanya apa nama ikan tersebut dan ereka menjawabnya, tapi tak dapat saya tangkap dengan jelas.

Kalau dilihat dari rupa bentuk, berkemungkinan ianya adalah dari spesis ikan tuna. Ikannya besar-besar sebijik macam rupa ikan tongkol yang biasa kita lihat di pasar di semenanjung. Tapi saiznya amat besar berbanding saiz ikan tongkol.
Saya dekapkan lagi gambar iakan tersebut. Mungkin pembaca yang kenal apa nama ikan ini boleh kongsikannya di ruang komen di bawah.

Begitulah sedikit paparan gambar dan sedikit cerita santai yang sempat dipaparkan buat kali ini. Tahun ini saya punya jadual yang amat ketat. Jadi aktiviti blogging amat terhad. Walau macam manapun, bila ada kesempatan akan cuba dipaparkan sedikit cerita santai supaya blog ini tak jadi bersawang dan kesunyian.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Merayau sekitar Bandar Tawau - Gambar

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. orang sabah panggil ikan kayu, di semenanjung ikan tongkol di klate ike aya

    ReplyDelete
  2. Slm asyik p twu ja...dtg la melawat ranau pla..pemandangan lagi cantik :-)

    ReplyDelete
  3. Salam asyik p twu ja..dtg la ke ranau pla pemandangan lagi indah :-)

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !