Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 21, 2015

Lagi bandingan Hilux, Ford Ranger dan D Max

  Mat Bihi       Wednesday, January 21, 2015
Saya paparkan satu lagi perkongsian daripada salah seorang pembaca yang menulis pada ruang komen berkenaan topik yang sama.

Kali ini, pembaca kongsikan pengalamannya sendiri menggunakan kenderaan pickup dari tiga model yang berbeza.

Pembaca itu kongsikan pengalamannya dalam perbandingan antara Hilux, Ford Ranger dan D Max.

Mungkin pembaca yang sedang mencari-cari pickup mana nak pakai dan tak dapat buat keputusan mana satu yang bagus boleh gunakan pengalaman yang dikongsikan di bawah sebagai panduan.
Lagi bandingan Hilux, Ford Ranger dan D Max

Bandingan Hilux, Ford Ranger dan D Max

Assalamualaikom semua pembaca...

Cuma berkongsi pengalaman saya dalam pickup truck ni...

Saya baru 5 tahun berjinak jinak pakai pickup truck ni. Memang minat kenderaan yang tinggi camni.

Pengalaman pertama saya dalam pickup truck ni saya pakai hilux 3.0. Mula pakai memang syoq habis. Lepastu makin lama makin menyampah dah.

Mau taknya, atas highway asyik kena tapaow je dengan D.max Thailand. Kita dok ingat pickup 3.0 kita cukup gah dah. Phuieee!!!, pickup Thai yang low spec tapaow pulak tu.

Dan lagi satu perkara yang aku tak suka, bila sampai nak service. Makin lama makin mahal Toyota hentam harga. Lepastu Q punya la lama nak service pun.

Selepas pakai 3 tahun hilux tu, pastu pi survey D.max baru. Survey juga Colorado, berkenan dan jatuh hati pulak kat D.max.

Jadi aku pun pakai la D max...
D.max ni satu perkara yang aku tak suka lepas pakai adalah sound enjin dia makin kuat la pulak. Sampai anak aku cakap ingat ayah balik naik lori...adehhhh.

Lori la pulak anak aku cakap...tak puas hati. Selang 6 bulan aku pi survey pulak ford ranger. Test drive dan setelah diteliti, aku pun jual D.max aku yang baru 6 bulan aku pakai.

Sekarang ni dengan Ford ranger la plak. Setakat ni aku amat berpuas hati dengan FR. Sebabnya adalah....

  1. Road tax murah berbanding degan yang lain baru RM5++.++ je. Tapi kenderaan kita guna hampir sama juga dengan pick up lain. Kalau dulu hilux aku kena road tax RM1600.00. Itu belum masuk insurance lagi. Tapi dari segi faedah lebih kurang sama juga dengan FR
  2. Sound enjin dia antara yang paling perlahan antara yang lain, itu pendapat aku laaa... 
  3. Performance terbaik antara pickup truck yang pernah aku pakai. 
  4. Accessories pun banyak, boleh dapat lagi murah kalau masuk pasang kat hatyai.. 
  5. Stability baik sangat, compare dengan hilux, memang jauh beza la. Hilux 3.0 aku dulu nak cecah 120km/j pun lembab. Lepastu dah mula goyang. Memang x stabil langsung... 
  6. Yang paling aku takut naik hilux ni bila time hujan. Dalam kelajuan 80km/j di jalan, anytime kenderaan anda boleh terbuang bila redah air bertakung di jalan. Tak payah banyak la air tu, sedikit pun dah cukup untuk hilux tu buat roller custer. Sahabat aku total lost gara-gara kes ni jee. Hilux dia siap berpusing pusing entah berapa kali dia pun tak ingah dah. Kalau FR aku yakin dengan system terbaru yang digunakan dan teruji memang tak terlompat atau berpusing bila redah air bertakung. Dan aku yakin dengan kelajuan tinggi di lebuh raya

Setakat ni je la aku share pengalaman aku pakai 4x4 ni. Mungkin ada lagi tapi cukup la setakat ni. Apa pun FR memang terbaik setakat ini..wallahualam.

Lagi bandingan Hilux, Ford Ranger dan D Max

Ok! itu pengalaman yang dikongsikan oleh salah seorang peminat pickup atau 4x4 yang semkin mendapat tempat di kalangan rakyat kita terutamanya mereka yang suka cabaran dan kerja gigih.

Mungkin anda merupakan salah seorang peminat dan ada banyak pengalaman yang seumpama di atas dan ada pandangan tersendiri dalam menentukan mana satu yang baik mana satu yang kurang baik.

Tak semestinya cuma Hilux, Ford Ranger dan D Max sahaja. Ada banyak lagi jenama lain yang boleh dicuba dan dibandingkan bergantung pada citarasa masing-masing.

Kalau anda ada cerita yang nak dikongsikan, boleh hantar pada saya atau komen saja dengan maklumat yang mencukupi untuk saya jadikan satu artikel perkongsian dari pengguna.

Buat pembaca yang sudi kongsikan bandingan antara Hilux, Ford Ranger dan D Max di atas, saya ucapkan ribuan terima kasih atas jasa anda bersusah payah menyumbangkan maklumat buat pada pembaca di blog ini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lagi bandingan Hilux, Ford Ranger dan D Max

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. Kepada mereka yang menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Ingin di peringatkan bahawa kereta ini bukanlah untuk dijadikan juara kelajuan atas jalanraya. Masalah orang Malaysia, beli kereta nak tanding kelajuannya atas jalanraya. Ini salah sama sekali. Kereta diatas jalanraya tidak sama dengan yang digunakan dalam trek racing. Kalau mau uji kelajuan dan menjadi juara, silakan pergi ke Batu Tiga. Jalanraya bukan untuk uji kelajuan.
    Kita pemilik kereta, tak kira kereta saloon, kereta sport atau pacuan 4 roda perlu ingat, kenderaan yang dijual bukan untuk uji dalam medan kelajuan atau race. Kegunaan saloon adalah untuk famili dan pacuan 4 roda untuk kegunaan dalam kawasan kerja samada off road atau atas jalan biasa. Saya tidak faham penulis kata ke ''tapao''. Kita wajib ambil kira spec kereta ketika nak beli pacuan 4 roda dengan kehendak tugas kita.
    Contoh. Kalau kereta dilengkapi dengan segala peralatan yang membantu kita dalam pemanduan maka kereta itulah wajib kita pilih. Saya pernah gunakan Cheverolet Colorado. Banyak kelebihan. 2.8cc. TRACTION CONTROL membantu kita memandu selamat dalam keadaan jalan licin, ( kini ada juga kereta yang tidak ada TC ), radio controls di steering, dan yang PALING PENTING IA PUNYAI CRUIZE CONTROL. Kalau kereta tuidak ada Cruize Control, ia tidak hebat lagi. Cruize Control amat penting kerana ia bantu kita merihatkan kaki kanan sebab tidak perlu tekan minyak dengan kaki sebab ia boleh di kawal dengan tangan di permukaan steering. Bagi saya COLORADO dan FORD ( kalau gtidak silap ) punyai cruize control. D MAX TAKDAK CRUIZE CONTROL. Banding harga, Colorado lebih menawan. Pada pembeli di luar sana apabila mau beli kereta jangan dengar nasihat pertama mereka yang tiada kenderaan dan mereka yang penakut untuk cuba sesuatu yang baru. SEMUA KERETA PACUAN 4 RODA TIDAK PUNYAI HARGA YANG TINGGI KETIKA MAU DI JUAL BALIK
    ( SECONDHAND VALUE ). Lagi pun zaman sekarang pengguna yang matang tidak kisah kepada secondhand value.
    Jadi beli lah kereta yang punyai kelibihan dari peralatan yang dipasang. Bukan beli pastu pi cari kedai untuk pasang accessori. Lagi satu kereta zaman sekarang tidak nboleh dan tidak selamat kalau di pasang alat2 di kedai accesori kerana oia akan menyebabkan TCU atau alat yang mengawal elektrikal devices yang dipasang oleh pengeluar kereta berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yang mantap tuan Johan Mutahir. Terima kasih sudi berikan pendapat

      Delete
  2. Alamak..wa pakai Navara ok jer..tapi kalau nak bawak laju giler kena pakai kereta banding dgn p/up. Fuel consumption apa kereta atau kenderaan pon bergantung dgn cara pemanduan dan wa biasa potong porsche cayenne yg dok kat lorong tgh bawak mcm lorong tu dedicated kat dia. ala..kalau wa bawak 160km/j n terlanggar bonggol kecik lelehan konkrit dr lori simen memang lari sikit n kalau mas hujan and mendaki atau menuruni jalan pastikan x membelok di atas line jalan yg warna putih sebab licin n risiko berpusing macam gasing memang tinggi utk p/up.
    Wa biasa jgk bwk 150lm/j n bunyi enjin n bunyi angin kuat klu turunkn tingkap sikit tp kadang x de bunyi pon bila berhenti..kecuali ada keta seblah lalu. Paling penting..beli kereta ikut kemampuan n jalan raya bukan milik kita dan geng2 kita especially yg kaki kelab keta..berlagak nak mampoi bila ada eskot..chitt! kadang tu wa rasa nak brek mengejut bila mat rempit motor besar cucuk dr belakang bila wa tgh drive..satgi takut depa masuk dalam bucket jer..haaaaa
    cheers!!

    ReplyDelete
  3. Jika ikut statistik ,saya tak pasti pikap apa yang yang sering tergolek ...yang sering saya terjumpa pikap terjun longkang highway pada hari hujan ialah pikap hilux,storm...pikap ni memang sering memecut kat highway...tapi sumer saya dah tapau sumer pikap ngan protong buruk megavalve standard dengan gear 4 pada top 160kmh aje...cecah gear 5 190kmh makan asap ler pikap tuh hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam, saya guna hilux 2.5. cerita2 pikup ni senang berpusing terutama kalau jalan basah, ada benarnya. kereta saya hampir terbabas didepan istana kayangan, waktu lepas hujan, nasib baik saya bawak perlahan saja. Bagaimana saya boleh beli hilux ni adalah kerana, saya mendengar nasihat seorang manager estet sawit di sarawak. waktu saya berada dlm hilux syarikatnya saya terasa selesa walau duduk di belakang. dibawaknya saya meredah jalan sawit naik turun bukit, saya masih lagi tak rasa duk dlm 4x4. Jadi saya tanya dia apa 4x4 terbaik. katanya hilux, sebabnya adalah mereka sudah menggunakan pelbagai jenis 4x4 utk ladang sawit mereka tu, dan ternyata hilux paling lasak dan tak banyak perangai. seperkara lagi apabila saya ke cameron highland, kenderaan 4x4 terbanyak selepas land rover adalah hilux. jadi saya berpendapat kata2 manager tu betul. saya telah beli hilux 2 tahun lepas. setakat ni tiada masalah. mungkin hilux ni memang direka untuk lasak, bukan nya untuk di buat berlumba :P.

    ReplyDelete
  5. Kalau untuk bawa muatan dan meredah kawasan yang kasar memang hilux yang terbaik...cubalah isi muatan hampir se tan pada jenama pikap berlainan untuk sesi ujian dan hasilnya hilux akan tapau sumer pikap pesaingnya..Para pembalak juga guna hilux kerana gagah seperti seekor seladang jantan macam san tae won lori pengangkut balak ..tapi jika untuk urban,handling atau tapau menapau tu pikap lain lebih baik dari segi dayakilas serta kelajuan dan memang tak boleh lawan pikap Thailand kerana mereka biasanya remap ecu dan tambah toyol lain pada enjin untuk tambah power...kat Thailand toyol toyol ni bersepah.

    ReplyDelete
  6. Btl bro.hilux 3.0 klu nk ganaz pakai ecu shop. Sy dh cuba memang syok. Tork 520mn 210 hp.mmg dh xmau nk bw brand lain bila pakai ecu ni.hilux klu nk laju kna tune smula la. Kilamg bt utk keje bkn utk lumba

    ReplyDelete