Jas duit

Jasduit - Just do it !

Tuesday, January 27, 2015

Perkara yang anda perlu tahu sebelum berani menginap di Tune Hotel

  Mat Bihi       Tuesday, January 27, 2015
Berapa ramai daripada kalangan anda yang dah pernah tinggal di Tune Hotel? jika dah pernah tinggal di hotel tersebut, tentu anda sedar bahawa ada perkara yang anda perlu tahu sebelum berani tinggal di Tune Hotel.

Jika anda tak tahu atau tak mendapat maklumat perkara sebenar berkenaan konsep Tune Hotel, anda akan jadi marah dan kesal tinggal di hotel tersebut. Anda tentu akan dapat satu rumusan jelas siapa yang sepatutnya tinggal di Tune Hotel dan siapa pula yang tak sepatutnya ambil bilik di situ.

Bukan perkara yang negatif, dan bukan pula perkara yang menakutkan. Tapi rasanya semua orang yang belum terkena perlu tahu duduk perkara sebenar sebelum menginap di Tune Hotel. Ah! panjang pula dok kasi suspen berkenaan Tune Hotel ini. Baik kita terus cerita pengalaman saya tinggal di Tune Hotel.

Pengalaman tinggal di Tune Hotel Johor

Baru-baru ini saya ada pergi ke Johor Bahru dan mengambil Tune Hotel yang terletak di Danga Bay sebagai tempat menginap. Mungkin atas dasar nak bajet jimatkan kos, maka Tune Hotel jadi pilihan sebagai tempat menginap. Saya tinggal di hotel tersebut selama dua malam.

Anda pun tahu ia merupakan hotel bajet. Bila dah tahu begitu, anda tentu ingat segalanya murah berbanding hotel lain yang tak jadikan bajet sebagai pilihan tema penginapan mereka. Tapi salah jika anda beranggapan begitu.

Sebelum pergi ambil bilik di situ, pastikan anda faham makna bajet. Yang paling penting jangan harap Tune Hotel pula untuk laksanakan usaha nak jimat harga sewaan untuk anda. Kita sendirilah yang perlu usahakan langkah-langkah nak jimatkan kos penginapan di hotel tersebut.

Dalam bilik Tune Hotel segalanya asas

Secara ringkasnya, saya boleh katakan hotel itu biliknya amat basic sekali. Bilik tak luas. Ruangnya pula ala kadar dan boleh dikatakan agak sempit dengan dua katil single sebelah menyebelah. Cuma lebih luas sedikit sahaja daripada hotel Cititel Kota Kinabalu yang pernah saya ceritakan sebelum ini.

Tak ada almari, tak ada telefon dalam bilik, tak ada bantal lebih satu, tak ada bantal peluk, tak ada meja menulis, tak ada seterika, tak ada berbagai macam lagi kemudahan sebagaimana hotel biasa yang pernah anda tinggal yang harganya dalam lingkungan RM150 ke RM200 di mana-mana tempat di Malaysia. Segalanya basic, keperluan asas saja yang disediakan di dalam hotel tersebut. Yalah! namapun hotel bajet.

Cara bajet di Tune Hotel

Memandangkan semuanya hanya keperluan asas saja yang pihak hotel sediakan, maka andalah yang perlu sediakan keperluan lain jika mahu selesa. Tapi jangan terkejut kalau saya katakan bahawa anda perlu sediakan perkara asas mandi macam kain tuala.

Ya! tolong bawa kain tuala sendiri kalau anda nak tinggal di Tune Hotel. Jika tidak, anda terpaksa keluarkan kos tambahan untuk membayar harga kain tuala yang dipinjam daripada pihak hotel!. Anda juga perlu bawa sendiri segala berus gigi, ubat gigi, dan lain-lain kelengkapan, jangan harap hotel nak sediakan.

Tinggal di Tune Hotel, anda mesti bersedia untuk tidur dalam bilik hotel tanpa ada pendingin hawa. Pakai sahaja kipas angin, sebab ianya disediakan sekali dalam pakej. Kalau anda mengada-ngada nak pakai pendingin hawa, sekali lagi kena keluarkan kos tambahan untuk dihidupkan pendingn hawa yang ada dalam bilik itu.

Dan paling akhir, jangan gatal nak nonton TV dalam Tune Hotel. Sebabnya adalah anda sekali lagi perlu keluarkan duit tambahan untuk diberikan remote control bagi membuka TV dan menontonya. Pastikan smartphone yang anda ada boleh ganti ketagihan anda menonton cerita TV atau seumpamanya. Kalau tak ada sila bawa buku atau majalah untuk hilangkan rasa bosan.

Dan akhir sekali, janganlah harap anda nak dapat voucher sarapan keesokkan harinya, semua itu tak disediakan di Tune Hotel. Bawa bekal sendiri atau pergilah turun awal-awal ke mana-mana restoran berhampiran untuk isi perut untuk sarapan pagi anda.

Jangan Pilih Tune Hotel kalau tak mau bajet

Ha! itulah perkara yang anda perlu tahu sebelum berani menginap di Tune Hotel. Memang mereka mengajar anda bersedia secukupnya untuk jimatkan wang dalam poket kita. Kalau tidak anda akan terpaksa keluarkan duit jauh lebih tinggi daripada Hotel yang tak bajet yang menyediakan kemudahan jauh lebih lengkap daripada Tune Hotel.

Seandainya anda tak ada niat nak bajet, mahukan segala kemudahan selesa seperti hotel kebiasaan lain, jangan sesekali berani nak tinggal di Tune Hotel. Pilihlah hotel normal lain yang mengenakan bayaran sebanyak RM180 ke RM200, anda kan dapati ianya jauh lebih menjimatkan daripada Tune Hotel dengan tambahan caj-caj lain yang anda minta.

Jika anda ada pengalaman lain yang lebih memberikan keinsafan ketika tinggal di Tune Hotel, sila berikan komen di ruang komen di bawah. Sharing is caring, apa salahnya kita memberikan tip-tip berguna agar perancangan akan datang tidak meleset dari sangkaan. Terima kasih atas sumbangan komen anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perkara yang anda perlu tahu sebelum berani menginap di Tune Hotel

Previous
« Prev Post

11 comments:

  1. Bagus share anda... amat baik untuk kita mengenali siapa pelanggan anda dan siapa lintah darat yg akan mencekik anda secara sah... terima kasih... moralnya .. kita kena jadi pengguna yg amat bijak untuk tidak ditipu oleh peniaga2 yg nak kaut keuntungan secara penipuan halus... inilah kapitalis... memang banyak peniaga dgn sistem begini... kononya bajet tapi mencekik darah... terkena bila beli air kopi segera dlm kapalterbang tanbang murah terkenal .. secawan rm8... wow... patutlah boleh umum keuntungan berganda... maju sbb menipu pengguna dan ianya sah dan bibenarkan oleh kera-jaan.

    ReplyDelete
  2. Mat Roger, mereka bukan penipu tapi pintar. Pengguna lain steady ja, ko sorang yang gelabah. RM8 berkira. Kalau kudukut minum air paip dalam kapai tu ja.... : Naza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ale utoh betul lah kamu ni ' AnonymousJan 27, 2015, 12:39:00 PM ' Baguslah Encik Subhi berikan info yang bermenafaat. Sekurang-kurangnya orang yang belum pernah menginap di sini boleh bersedia........ ni bukan soal kudukutlah bodoh. Orang dah tolong beri info pun dah cukup bagus.

      Delete
  3. Tune Hotel ni saya setakat pernah dengar je, duduknya belum pernah. Bagus jugah Encik Subhi sudi kongsikan info ni. Naya kalau kat sesiapa yang terlalu mengharap untuk berjimat bila stay kat Tune Hotel ni. Ni kalau setakat nak lepak tidur kejap pastu nak cargas sambung travel ok la. Nak istirehat, memang tak dapat la nak nolongnya.

    ReplyDelete
  4. Tune Hotel merupakan pilihan terakhir saya bila mencari tempat menginap. Carilah lain-lain hotel kerana di Agoda.com, booking.com, Hotel.com dll ada menyediakan perbandingan harga hotel untuk kemudahan kita. Ada hotel2 baru dan kecil yang menawarkan harga bawah RM100 tetapi memberi layanan dan kemudahan yang sangat berbaloi siap dengan sarapan pagi. Hotel YouniQ di Salak Tinggi contohnya menawarkan harga bawah RM70 tetapi lengkap dengan segala keperluan dan sarapan pagi. Hotel Langit Langi di Port Dickson menawarkan harga RM70 juga termasuk sarapan dan terdapat juga kolam renang. Oleh itu bandingkan harga dan Tune Hotel merupakan pilihan terakhir.

    ReplyDelete
  5. Dulu dulu anak kecik, sorg dua, jalan jalan cari hotel. Skrg anak dah ramai, besar besar pulak, bila jln jln aku cari homestay, lg jimat, whole family in one house, takdela terpisah pisah mcm kalau sewa bilik hotel.

    ReplyDelete
  6. Kat Tune hotel, GRO ade tak? Kat chowkit ade beb......GST compliance lagi.

    ReplyDelete
  7. assalam..
    thanx for info yg berguna sebelum kite semua terkena..

    ReplyDelete
  8. Aku dah serik ngan Tune Hotel, konon dapat berjimat tapi x berbaloi. Tune Hotel pilihan ku yg terkahir , aku lebih rela tidur dalam pickup aku parking kat masjid.Tune Hotel ada banyak putar belit.

    ReplyDelete
  9. Brp harga kalau nginap tanpa apa2 tambahan ? Layan yg disediakan tu shj ? Kalau bwh rm 10 ok la ...setakat nak tido dgn aman je..tido dlm kereta karang risau penyamun bagai ...

    ReplyDelete
  10. Brp harga kalau nginap tanpa apa2 tambahan ? Layan yg disediakan tu shj ? Kalau bwh rm 10 ok la ...setakat nak tido dgn aman je..tido dlm kereta karang risau penyamun bagai ...

    ReplyDelete