Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, January 26, 2015

Apa yang pelancong luar nampak tapi anda tak nampak di Malaysia

  Mat Bihi       Monday, January 26, 2015
Tak pernah pulak terfikirkan soalan apa yang pelancong luar nampak tapi kita sendiri tak nampak di negara yang kita diami sekarang ini.

Tapi memang dah tahu bahawa orang yang duduk dalam rumahnya tak akan nampak seperti mana orang yang berada di luar rumah, tapi jarang terfikirkan apa yang orang luar nampak dan kita tak nampak.

Maklumat ini saya dapat ketika sedang memandu seorang diri di Kuala Lumpur pada malam tahun baru. Ketika itu saya sedang mendengar Radio BFM 89.90, siaran radio kegemaran yang sering saya layan setiap kali masuk dalam kenderaan.

Siapa yang tak pernah lagi dengar Radio BFM ini, saya syorkan agar anda mencubanya. Terutamanya anda yang jenis suka maklumat dan perkara-perkara yang membina. Ada program bina diri dan ada program bina perniagaan. Kalau anda seorang usahawan, radio ini perlu dijadikan siaran utama anda.

Program terjah temubual pelancong luar

Salah satu kegiatan yang saya rasa amat menarik yang dilakukan oleh para krew Radio BFM ini adalah program terjah ikut suka hati secara rawak bagi menemubual orang ramai dijalanan secara spontan.

Kebetulan pada hujung tahun 2014, mereka siarkan beberapa temubual terpilih yang menarik untuk dipaparkan kepada para pendengar Radio BFM. Dan malam itu saya amat tertarik dengan temuramah spontan mereka terhadap seorang pelancong dari negara Jepun.

Lelaki Jepun itu pandai cakap bahasa inggeris dan dia merupakan seorang yang suka mengembara. Dah banyak negara dia pergi samada barat atau asia dan banyak perkara yang telah diperhatikannya.

Soalan cepumas yang menarik ditanya pada engembara Jepun tersebut adalah berkenaan dengan kemudahan pengangkutan di Malaysia. Bila ditanya, padanya apakah jenis pengangkutan awam yang dia ambil di Malaysia, dia jawab Teksi.

Pelancong pening kepala cara guna bas awam

Kebiasaanya, pelancong Jepun itu lebih suka naik bas sebagai cara dia bergerak di mana-mana negara yang dia pergi. Oleh kerana dia pengembara yang amalkan konsep bajet, maka dia perlu pilih cara paling murah dan berkesan untuk berjalan.

Tapi di Malaysia, dia terpaksa naik teksi. Tentu itu satu perkara yang sedikit pelik bukan?

Sebenarnya pengembara Jepun itu terpaksa nak teksi sebab dia tak tahu macam mana nak gunakan bas di negara kita. Tidak ada penerangan dan papan tanda atau penunjuk yang baik jelas dan mudah yang dapat membantunya untuk menggunakan perkhidmatan bas.

Bila dengar cakap Jepun itu, baru saya perasan memang sistem pengangkutan bas di negara kita tidak mesra orang luar. Berbanding dengan negara Eropah seumpamanya, saya yang mula-mula lembab bahasa Perancis masih dapat memahami segala penunjuk dan maklumat tatacara nak gunakan perkhidmatan bas di negara tersebut.

Cuba lihat tempat menunggu bas di sekitar negara kita, betapa tidak bersistematik dan tidak seragam di seluruh negara. Apatah lagi jika di kawasan perkampungan atau di sekitar bandar-bandar kecil di Malaysia.

Ada tempat tunggu bas dari kayu, ada yang diperbuat dari besi, ada yang berseni dan ada yang menyampah untuk kita duduk dan tunggi di situ. Maklumat di hampir kesemua tempat perhentian bas juga hampir tidak ada langsung. Dan mungkin kalau ada jadual datang dan pergi bas, tidak ada satupun yang akan ditepati.

Pelancong suka dan tak suka orang Malaysia

Satu lagi perkara menarik ditanya terhadap pelancong Jepun itu berkenaan apakah yang dia tidak suka pada orang Malaysia.

Dia jawab orang Malaysia tidak membantu dan sombong. Mereka kelihatan seperti tenggelam dalam dunia masing-masing dan tidak menghargai dan menikmati apa yang sedang berlaku disekeliling mereka. Kena tipu dengan pemandu teksi pula perkara biasa dan membuatkan dia rasa takut gunakan perkhidmatan tersebut.

Terhadap perkara yang dia suka pada orang Malaysia pula, dia kata, orang kita bila baik, mereka amat menakjubkan. Penduduk Malaysia yang prihatin akan bertindak diluar jangkaan dalam memberikan khidmat pada orang lain samada orang luar atau orang tempatan.

Ertinya ada dua golongan yang amat kontra di negara kita, Satu yang ekstrim dibawah dan satu lagi ekstrim di atas. Maknanya yang putih amat jelas dan yang hitam begitu juga, sangat jelas. Dan cuba tanya diri anda jenis yang mana satu?

Sekadar satu perkongsian untuk kita fikirkan. Mungkin anda sendiri ada pengalaman bertemu bual dengan pelancong dari negara luar dan mahu kongsikan di sini. Sila berikan pendapat dan komen anda di bawah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa yang pelancong luar nampak tapi anda tak nampak di Malaysia

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. rocky the great brown unused dick says: cube lak tanye orang luar tentang "orang luar" kat Malaysia i.e pendatang haram & bagaimana sikap rakyat & kerajaan diorang terhadap pendatang haram.

    ReplyDelete
  2. Tentang bas ni bukan takat pelancong luar je keliru, saya yang orang tempatan reti cakap dan faham Bahasa Malaysia ni pun keliru. Main tanya-tanya orang je. Kalau tersilap tanya kat ulat tiket macam kat Pudu tu, alamatnya kena kelepet la jawabnya.

    ReplyDelete
  3. orang luar rumah je nampak betapa sengetnya rumah kita.. kita yg duk terperap dlm rumah sendiri mana tau keadaan sbenar rumah..

    ReplyDelete