Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, January 28, 2015

Waspada!, Apakah anda pemilik kereta lama ?

  Mohd Shubhi       Wednesday, January 28, 2015
Apakah anda meruakan salah seorang pemilik kereta lama di Malaysia? mungkin ada ramai orang yang memiliki kereta lama di negara kita, tapi apa yang perlu anda tanya adalah, apakah kereta lama anda itu layak berada di atas jalanraya?

Ada dua jenis kereta lama. Satu, yang hanya layak berada kedai barang lama atau macam orang Pulau Pinang biasa sebut kedai keling botol ( harap perkataan keling itu tak jadi isu besar kat sini, dah lama sejak kecil dulu lagi saya dah biasa sebut perkataan Keling Botol).

Satu lagi jenis kereta lama adalah yang masih boleh beroperasi di atas jalan dan tidak mendatangkan bahaya samada kepada pemandu dan penumpang kereta itu sendiri dan juga kepada semua kenderaan dan orang yang ada berhampiran dengan kereta tersebut.

Jenis yang kedua itu perlu diambil perhatian besar oleh para pengguna dan pemilik. Perlu disoal dengan mendalam samada benarkah kereta yang anda sedang seronok gunakan itu selamat dan paling penting siapakah yang anda rujuk untuk mengesahkan sangkaan anda tersebut.

Program Rebat lupus kereta lama

Tentu anda dah dengar tentang program rebat lupus kereta lama yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada masa yang belum diumumkan lagi. Saya ulang sekali lagi, program tersebut memang ada dalam perancangan tapi belum diputuskan lagi bilakah akan dilaksanakan di seluruh negara.

Ada juga berita dan sebaran kononnya kerajaan dah putuskan akan melaksanakan rebat atau pemberian wang balasan pada mereka yang mahu lupuskan kenderaan lama yang mereka ada. Sebaran berita ini adalah salah faham yang timbul bila pemikir hala tuju Industri Outomotif negara, Malaysia Automotif Institute (MAI) memberikan kenyataan terhadap peningkatan jumlah dagangan kenderaan di Malaysia.

MAI sebut, jumlah dagangan automotif atau kenderaan di Malaysia akan bertambah lagi seandainya kerajaan melaksanakan insentif pemberian rebat pada pelupusan kenderaan lama. Tapi kenyataan itu bukan menyatakan apa-apa lampu hijau dari kerajaan untuk laksanakannya. Jadi jangan tertipu jika ada orang buat tawaran untuk kasi lupus kenderaan anda.

Saya salinkan kenyataan berkenaan isu tersebut di bawah:

PENJELASAN BAGI KENYATAAN MENGENAI “REBAT LUPUS KERETA LAMA” YANG DITERBITKAN DALAM BEBERAPA PORTAL ONLINE / BLOGS

Kami baru-baru ini telah menerima laporan daripada pihak-pihak tertentu tentang kewujudan laman-laman web dan blog mengenai REBAT LUPUS KERETA LAMA oleh kerajaan, dalam menawarkan pulangan tunai bagi kereta yang melebihi jangka hayat 10 tahun.

Laman-laman web tersebut / blog menyatakan bahawa permohonan akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 2015. Pada sidang media “Automotive Industry Review 2014 & Insights 2015”,

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari menjelaskan bahawa Jumlah dagangan Industri semasa (TIV) akan meningkat jika program insentif seperti REBAT LUPUS KERETA LAMA dilaksanakan untuk manfaat pengguna.

MAI ingin menjelaskan bahawa program tersebut belum lagi diluluskan sepenuhnya oleh kerajaan, dan perbincangan mengenai cadangan tersebut sedang dijalankan dengan melibatkan kesemua pihak berkepentingan, untuk memastikan agar program yang akan dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya pengguna.

Walaupun program ini merupakan satu langkah positif untuk kedua-dua industri dan pengguna, persediaan terperinci haruslah dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman rasmi oleh kerajaan dibuat bagi pelaksanaan menyeluruh.

Sehingga pengumuman rasmi dibuat, kami ingin mengingatkan agar pengguna berhati-hati terhadap mana-mana pihak yang mendakwa untuk menawarkan rebat seperti dalam skim yang dicadangkan, dan berunding dengan MAI sekiranya terdapat sebarang keraguan. sumber

Apa pendapat pemilik kereta lama

Ini satu perkara yang amat menarik untuk kita bahaskan. Terutamanya jika anda sendiri merupakan salah seorang daripada ramai lagi pemilik kereta lama di Malaysia ini. Teringin juga saya nak dengar apa kata anda.

Untuk diri saya sendiri, tak dapat nak berikan ulasan panjang sangat sebab semua kereta yang saya bukan daripada jenis kereta lama. Apa yang saya dapat katakan adalah ianya merupakan satu lagi bukaan peluang untuk buat duit pada mereka yang cekap kesan peluang setiap kali berlakunya perubahan polisi negara.

Ada banyak proses akan terpaksa di lakukan sebelum kerajaan boleh laksanakan polisi ini dengan cekap dan berkesan. Pertamanya, ia melibatkan satu jumlah wang yang banyak, jika rebat mahu diberikan pada pemilik kereta lama.

Keduanya perlu ada agensi dan rangkaian premis pemeriksaan kenderaan yang meluas di seluruh negara di segenap rantau negeri bagi mengeluarkan sijil kenderaan layak duduk atas jalan raya. Tak kan siapa-siapa saja boleh tentukan samada kenderaan layak atau tidak.

Kemudiannya perlu ada kriteria nak tentukannya. Perlu ada latihan untuk latih penentu yang cekap, perlu ada sumber tenaga untuk buat itu semua. Perlu pula ada premis untuk kumpul kereta lupus dan memproses perlupusannya dan menjadikannya sebagai bahan mentah pula dan berbagai perkara lagi.

Itu semua peluang buat duit, peluang perniagaan pada yang baru dan lama, pada penjual kenderaan baru, pada pembuat kenderaan baru.... pergh! syoknya!

Persoalannya siap akan dapat semua peluang tersebut...? anda ada pendapat dalam isu kereta lama yang perlu dilupuskan ini. Berikan apa saja pendapat anda di ruang komen di bawah...terima kasih !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Waspada!, Apakah anda pemilik kereta lama ?

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. E, salaam, mana hang dengak orang pulau sebut 'keling botol' ? Yg aku besa dengak 'KELING BOTOI' ada la, bukan 'KELING BOTOL'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... orang kampung saya sebut saja dengan menggunakan loghat utara, tapi bila eja guna ejaan baku..

      Delete
  2. Saya harap ada lah prog yg berkaitan dgn warga emas mcm saya ni.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !