Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 25, 2015

Telefon pintar dan instagram

  Mohd Shubhi       Wednesday, March 25, 2015
 Applikasi Instagram dah lama dengar tapi tidak diperdulikan selama ini sebab tidak menggunakan sebarang telefon pintar. Rasanya, Instagram lebih sinonim dengan penggunaan telefon pintar yang ada kemudahan kamera.

Bila dah terpaksa pakai telefon pintar, maka banyak penerokaan baru berlaku dari segi penggunaan telefon pintar yang banyak berbeza dari telefon bimbit biasa. Rugilah rasanya jika ada telefon pintar tapi sekadar digunakan untuk buat panggilan dan menerima panggilan sahaja.

Oleh kerana ada minat terhadap kamera dan dalam masa yang sama dalam telefon pintar ada kamera, maka ada gabungan yang menarik kat situ. Itulah antara aplikasi awal yang telah di-download untuk belajar serba sedikit perkongsian gambar rakaman telefon pintar kepada awam.

Boleh buat duit dengan guna instagram

Dari kepekaan terhadap penggunaan instagram juga membuatkan apa saja maklumat menarik terhadapnya berjaya dikesan. Dan salah satu daripada maklumat menarik adalah berkenaan keupayaan instagram yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan.

Tak pernah terlintaspun selama ini bahawa instagram boleh digunakan untuk buat duit. Ingatkan hanya dengan blog atau FB saja. Tapi setelah terjumpa panduan main instagram untuk jana pendapatan dalam E-book Rahsia Dominasi Instagram, tersingkaplah rahsia yang kini bukan lagi menjadi rahsia.

Koleksi gambar jalanan dalam instagram

Sekarang kamera DSLR yang ada dalam simpanan sudah mula ditingalkan dalam beberapa perjalanan kembara Malaysia saya. Sedang mencuba untuk rakamkan gambar jalanan dengan hanya menggunakan kamera pintar sahaja.

Dari segi penggunaan keseluruhan, nampaknya kamera telefon pintar lebih praktikal berbanding menggunakan kamera DSLR. Dengan kamera pintas, rakam saja gambar boleh terus masuk dalam koleksi instagram, malah boleh dikongsikan dalam media sosial lain seperti FB, Twitter, Flikr dan lain-lain.
Dari segi kepuasan, memang tak boleh lawan penggunaan kamera DSLR. Ada berbagai fungsi dalam kamera DSLR yang langsung tak ada dalam kamera pintas. Hasil gambar jauh lebih menarik dengan DSLR, walaupun kamera dari iphone memang canggih juga kualiti gambarnya.

Walau apapun, saya rasa puas dengan hanya berbekalkan kamera dari telefon pintar saja untuk Kembara Malaysia sebab memang selama ini saya lebih gemar rakamkan aksi jalanan yang boleh memberikan penceritaan atau berita. Yang pentingnya adalah rakaman peristiwa.

Jika ada asas sedikit dalam teknik menghasilkan gambar yang menarik, menggunakan kamera telefon pintar juga tak kurang menariknya. Gambar yang dipaparkan di sini merupakan antara koleksi dari rakaman kamera menggunakan telefon pintar yang telah dikongsikan dalam Instagram.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Telefon pintar dan instagram

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. betul. oleh sebab tuan banyak travel, memang molek kalau ada akaun instagram ni. bila scroll balik gambar2 lama, boleh la kita tau apa yang berlaku, di mana dan bila. lebih kurang macam diari jugak la.

    ReplyDelete
  2. juga bolih tambah income, www.roshan-mobile.com

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !