Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, April 2, 2015

Berjalan kaki waktu pagi keliling kampung

  Mohd Shubhi       Thursday, April 2, 2015
Masa zaman remaja di kampung dulu saya sering melihat seorang lelaki berbangsa Cina yang sering berjogging degan hanya berseluar pendek tanpa memakai baju. Kalau dia tak jogging di waktu pagi, dia akan jogging di waktu petang.

Mulanya rasa pelik melihat lelaki Cina itu berjogging keliling kampung dengan peluh membasahi seluruh badannya dan mukanya merah tercungap-cungap. Orang kampung sendiri tak ada yang buat kerja macam itu. Saya buat rumusan bahawa lelaki Cina itu ada masalah jiwa kacau. Mungkin dia rasa tertekan dengan kehidupan atau kalah main mahjung.

Saya tahu lelaki Cina itu tinggal berdekatan dengan pusat main mahjung di belakang kedai Ah Nyok. Kedai itu pada bahagian depannya merupakan kedai kopi lama. Ramai orang Melayu yang menjadikan kedai kopi Ah Nyok sebagai tempat singgahan melepaskan bosan di rumah.

Kedai kopi Ah Nyok

Hampir setiap hari saya akan lalu kedai kopi tersebut. Sebab ia merupakan satu-satunya jalan pintas dari orang kampung untuk masuk ke Pekan Penanti. Kalau nak ke kedai runcit beli barang dapur, akan cross kedai itu dari belakang pergi ke depan dan di sebelah kirinya terletak Kedai Runcit Melayu yang kami panggil Kedai Pat Janggut.

Bila lalu saya akan mengerling bilik khas tempat orang main mahjung. Kadang kala mereka main belangkas. Apa yang saya pasti adalah mereka main judi kat situ. Jumlah Melayu yang jadi kaki judi dalam kedai itu mengatasi jumlah orang Cina.

Antara perkara yang saya kagun dengan orang Melayu, yang kesemuanya saya kenal dari belakang kampung, adalah keupayaan mereka main mahjung dengan baik walaupun semua tulisan pada bongkah mahung itu ditulis dalam Bahasa Cina. Bila bermain dan berbual di situ, mereka berkomunikasi dalam bahasa rojak iaiatu campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Hokkien.

Meriah dengan aktiviti judi

Suasana di belakang kedai AH Nyok sentiasa meriah dengan aktiviti berjudi. Di kawasan belakang luar dari kedai itu ada sebatan Pokok Sawa (Pokok Ciku) yang amat rimbun. Di bawah pokok itu juga jadi pusat main judi terutamanya permainan belangkas.

Kalau tak main judi belangkas, akan ada pertandingan laga ayam sabung. Lawan ayam sabung juga adalah satu permainan judi. Orang Cina atau orang Melayu dekat situ sama naik dengan aktiviti main lawan ayam laga tersebut.

Kadang kala, seluruh kampung menjadi riuh rendah dengan ramai orang lelaki dari pusat judi di belakang kedai Ah Nyok cabut lari macam lipas kudung bertaburan menyelamatkan diri. Bila jadi macam itu, saya tahu yang pasukan polis dari Balai Polis Penanti buat serbuan tangkap mereka yang terlibat dalam aktiviti judi haram terutamanya sabung ayam.

Biasanya kaki sabung ayam akan pantas sambar ayam terlebih dahulu sebelum selamatkan diri. Kerena ayam mereka semuanya bukan murah. Hanya ayam jaguhan saja yang akan dilagakan di bawah pokok sawa tersebut. 

Bagi pihak polis pula, jika mereka dapat rampas ayam sabung, serban akan terhenti di situ saja. Mereka akan bawa pulang ayam rampasan ke balai dan dikurung dalam satu sangkar khas. Ada beberapa orang pegawai Polis balai itu yang juga kaki ayam. Mungkin mereka dengar ada ayam champion turun, maka mereka buat serbuan, untuk dapatkan baka ayam champion.

Kaki judi semua dah bertaubat

Itu semua imbauan kisah dulu, zaman remaja ketika duduk membesar di kampung Penanti. Sekarang semua itu sudah tak ada lagi. Aktiviti judi sudah tidak semeriah dulu. Malah Melayu kaki judi yang banyak habiskan masa di belakang kedai Ah Nyok dulu hampir kesemua dah jadi kaki Masjid. 

Malah ada yang jadi Tok Siak gali kubur dan ada yang jadi Ajk berserban dan sudah tunaikan haji.
Berbalik pada Cina kaki jogging keliling kampng tadi. Masa itu saya anggap dia tak siuman. Tapi nampaknya sekarang mungkin ada remaja atau kanak-kanak yang akan berfikiran sama macam saya dulu.

Mungkin Melayu tak siuman

Mungkin ada yang anggap saya tak siuman sebab setiap kali balik kampung, saya akan melilau sekelilng kampung dari Penanti ke Kubang Semang dan tembus ke Kubang Ulu. Masuk semula Pekan Penanti dan lintas tengah kampung bekas kebun getah suatu masa dulu.

Sekarang saya faham sebab apa Cina itu buat kerja melilau keliling kampung. Saya rasa segar dan nostalgia lama terpancar kembali dalam fikiran setiap kali merayau dengan kasut jogging dan bertopi setiap pagi.

Ketika merayau habis semua perkara saya perhatikan. Segala pokok-pokok yang ada. Rumah lama yang ditinggalkan. Bekas kebun lama dan rumah-rumah arwah kawan-kawan ayah yang dah lama meninggal dunia. 

Amalan menegur hormat orang tua

Masih segar senyuman semua orang tua-tua kampung yang sering senyum lebar dan gembira setiap kali saya menegur mereka jika berselisih tepi jalan. Itu amalan yang ayah saya ajar. Orang muda mesti tegus orang tua. Apatah lagi kereka merupakan kawah ayah.

Amalan itu jadi sebati dengan saya apabila sentiasa di amalkan. Saya lebih bersemangat untuk menegur semua kawan ayah apabila mendengar kawan-kawan ayah memuji saya pada ayah kerana ringan mulut menghormati orang tua.

Orang gilapun ditegur hormat

Sebab terlebih bersemangat itulah yang membuatkan saya tegur tak kira orang. Sampai seorang penduduk yang orang panggil Lah Gila pun akan saya tegur setiap kali selisih. Pernah kawan saya tegus saya kenapa engkau tegus Lah Gila, bukankah dia gila. 

Saya kata, asalkan dia senior dari kita gila atau tidak mesti kita hormat. Dan Lah Gila masih hidup lagi sekarang dan saya tetap menegurnya sampai sekarang bila berselisih. Cuma bezanya sekarang saya naik kereta dan dia masih naik basikal.

Dua keping gambar yag saya paparkan di sini adalah gambar terkini yang baru diambil degan menggunakan smartphone yang baru berjinak-jinak dipakai. Ternyata mudah untuk saya rakamkan gambar dan boleh dibawa dengan selesa dalam poket.

Koleksi gambar ketika jalan kaki

Sekarang nampaknya musim durian berbunga. Saya dah lama tak tengok fenomena sebegitu. nampak seronok melihat bunga durian bertabur penuh di bawah pokok di sekeliling perdu pokok durian. Susah nak tengok begitu kalau tinggal di Pusat Bandaraya.

Sekeping lagi adalah buah pinang yang masak baru jatuh dari atas pokoknya yang tinggi melayup. Tak ada lagi orang kutip buah pinang untuk makan sireh kat kampung sekarang. Mungkin yang makan sireh semunya dah meninggal dunia. Dengar kata buah pinang ada permintaan tinggi dari Thailang sebab mereka gunakan untuk buat cat. Saya tak pasti kebenarannya.

Begitulah coretan imbauan kisah lama di kampung. Nanti bila balik kampung, berjalan kaki waktu pagi keliling kampung lagi akan saya imbau pula kisah lain...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berjalan kaki waktu pagi keliling kampung

Previous
« Prev Post

8 comments:

  1. Mmg seronok ingat ingat kisah lama lama kat kampung, sekampung kita kenal, dr toknya hinggalah ke cucu cucunya.
    Tu yg aku rncg, kot pnjglah umur aku Tuhan bg,teringin nak balik ke kampung jugak bila bersara nanti. Jiran kawan dok tanya kenapa masih nyewa,dah dekat 20 thn kat sini, itu le jwpn aku. Aku ni pulak jenis suka nanam pokok. Skrg ni, nanam pokok dlm pasu je la. Kat kwsn bndr ni rumah kalau ada tanah lbh sikit, harga dah main dekat juta, dekat kampung aku boleh dpt 2 ke 3 ekar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah moga hasrat tuan termakbul hendaknya...

      Delete
  2. Bos, nak minta no hp nak add wasap group 5sc(1985), smk penanti - e-mail fauzi@skveholdings.com

    ReplyDelete
  3. Ni kg penanti kampong asal usul dari keturunan moyang aku,kini aku tinggal di melaka,sbb atok aku 3beradik lelaki datang kemelaka dan berkahwin ngan org melaka atok aku sebelah abah aku n gan atok aku sebelah mak aku adik beradik,jadi mak aku ngan abah aku kawin sepupu le,moyang aku asal org pekan penanti,rumah dia dulu kat belakang kedai papan dan dekat2 dgn jirat cina betul2 kat pekan penanti,dulu aku pernah pergi ke sana pada tahun 73,tapi dua2 moyang aku dah takde tapi adik moyang aku masih ada lagi waktu tu,nama dia moyang dolah dia bekas polis pencen dari polis singapore,b etul2 seronok tinggal; kat sana seminggu,makan durian banmyak sangat tapi takut mandi pagi serb ab air telaga batu merah tu sejuknya mcm air ais,aku sampai kena demam sebab terlalu banyaknya makan durian tapi takut mandi....tu le kenangan aku...kedua2 moyang aku di semadikan di tanah perkuboran kg sungai derhaka kini dah tukar nama kg pertama...pada thn 2008 aku ada pi penanti,tapi tinggal atok usup aja yg tinggal,atok usup tu sepupu dgn kedua2 atok aku....tapi mem ang le aku lihat penanti dah tak mcm dulu ...sejuk,nyaman,sunyi...tenang,kini akan akan datang lagi kepenanti temp[at asal usul keturunan kedua2 atok aku......OH PENANTI ...AKU AKAN DATANG JUA...WALAU PUN TAK DI UNDANG DAN TAK DI SAMBUT aku tetap akan datang jua ....klu di panjangkan umur dan di izinkan ALLAH SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atok Usup pun dah meninggal tuan... mungkin tuan ada dapat maklumat...?

      Delete
    2. innalillahiwainnaillahirajiun.....terima kasih krn beritahu,saya dah kehilangan no tel tok usup dan anaknya yg tua tu,klu tak silap rahman namanya,saya pun rasa m cm teringat2 nak kesana tapi saya ada masaalah jantung ,thn 2012 saya dpt rawatan di hospital serdang....dan kini rawatan susulan di hospital melaka....insyaallah saya akan kesana klu takde apa halangan,t .kasih dan sampaikan salam klu tuan jumpa keluarga arwah tok usop,wasalam

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !