Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 25, 2015

Kenapa anda perlu elak dilanggar teksi dan 3 jenis kenderaan ini

  Mohd Shubhi       Saturday, July 25, 2015
Malam itu saya balik lewat sedikit dari pejabat. Salah satu kelebihan balik lewat adalah dapat menikmati suasana jalanraya yang lengang dari kesibukan kenderaan. Tak perlu berebut-rebut dan memendam rasa marah melihat gelagat orang yang ada api panas di punggong mereka cuba potong barisan. (sumber gambar)

Saya bawa kereta dengan aman tanpa sebarang masalah sehinggalah tiba di lampu isyarat berhampiran Kilang Gula di Batu Tiga Shah Alam. Lampu merah ketika itu dan saya berada di depan sekali menunggu lampu bertukar jadi hijau semula.

Sambil relak, freekan gear, tarik brek tangan ke atas, saya leka memandang ke depan jalan yang sunyi tak banyak kenderaan. Tiba-tiba kereta Nissan yang saya bawa bergoyang kuat. Ada sesuatu yang menghentak kereta saya dari belakang.

Terus pandang belakang secara spontan dan kelihatan sebuah kenderaan besar tinggi sedang ghairah mencium rapat belakang kereta Nissan saya itu. Rupanya seperti sebuah teksi. Saya keluar dari kereta dan memang sah sebuah teksi Airport berwarna biru gelap telah menghentam kereta saya dari belakang.

Dilanggar teksi airport dari belakang

Pemandu teksi itu turut sama keluar dari kenderaannya. Saya lihat ada penumpang di belakang kenderaan itu. tapi abaikan saja sebab lebih berminat untuk lihat apa dah jadi pada bahagian belakang kereta Nissan itu.

Pemandu teksi itu kelihatan dari segi rupanya macam seorang yang berdarah mamak dalam lingkungan umur 50-an. Badannya gempal dan dia mengenakan kemeja batik. Mulanya rasa macam nak marah, tapi melihat dia macam selamba saja, saya hanya sekadar bertanya apa masalah yang membuatkan dia langgar saya.

Dia terkedu tak dapat nak jawab. Saya yakin dia terlelapkan mata ketika memandu tadi. Sebab itu terlajak sehingga melanggar kereta saya yang jelas nyata sedang berhenti itu. Tak ada sebab lain yang lebih munasabah.

Saya lihat macam tak ada apa-apa perubahan pada bahagian belakang. Saya fikir elok jika selesaikan saja secara aman. Pemandu teksi mengajak saya gerakkan kenderaan ke depan untuk elakkan kekacauan lalu lintas, dan saya setuju.

Kesan dilanggar teksi

Saya ke depan melepasi lampu isyarat dan berhenti ke sebelah kiri jalan sebelum Kedai Minyak Petron. Teksi mengekori saya dan turut sama berhenti di belakang menyuluh bahagian belakang kereta saya.

Memang kelihatan tak ada apa-apa yang teruk berlaku dari belakang. Tapi bila saya ke tepi sebelah kiri, kelihatan bumper tersenget terkeluar daripada braket. Klip yang melekatkan bumper itu telah habis lekang terkeluar.

Sebenarnya itu bukan kali pertama saya kena langgar dari belakang. Sebelum ini juga pernah dilanggar dan melanggar. Juga ketika sedang berhenti di lampu isyarat di subang jaya. Yang melanggarnya seorang berbangsa India yang dah veteran.

Perlanggaran pertama itu membuatkan bumper menjadi tidak lagi berkilat. Ada kesan senget sedikit pada bahagian tepi sebelah kiri menandakan ada beberapa klip yang terkeluar. Saya maafkan saja India itu bila dia hanya mahu berikan RM20 sahaja untuk selesaikan kesalahannya.

Jadi, bila berlaku sekali lagi perlanggaran, kesemua klip tercabut. Ditambah lagi satu kerosakan bila braket juga kelihatan patah. Memang kereta itu ada sesuatu keistimewaan pada bahagian belakangnya. Sebab itu kerap kena hentam.

Kalai kedua adalah salah saya sendiri bila sedang undur dan terlanggar kereta kawan di surau. Habis lampu belakang pecah berlubang. Saya hanya baiki kenderaan kawan saya itu tanpa buat apa-apa pada kenderaan saya sendiri.

Nampaknya kali ini saya tiada pilihan lain selain daripada perlu membaikinya agar elok semula macam baru. Itulah gerak hati saya. Pemandu teksi itu pula meminta saya selesaikan saja diluar dan dia akan tanggung sedikit daripada kos kerosakan itu.

Elak dilanggar teksi

Keesokkan harinya saya pergi ke pusat ketuk dan mengecat Nissan. Kesan perlanggaran saya tunjukkan dan dia bertanya siapa yang langgar saya.

Bila saya jawab, Teksi, maka dia berikan satu maklumat yang mengejutkan. Katanya kalau teksi yang langgar, walaupun teksi itu salah, jangan buang masa anda untuk clain insuran. Biasanya insuran kita sendiri akan terlaksa bayar. Insuran teksi tidak akan melayan sebarang tuntutan kos membaiki kenderaan rosak yang dilanggar mereka.

Pekerja pusat membaiki Nissan itu berkata dengan yakin berdasarkan pengalamannya berurusan dengan semua kes perlanggaran dengan teksi. Buat tuntutan hanya membuang masa kerana mereka macam dilindungi dan tidak ada sesiapa yang mengambil sebarang tindakan. Anggap saja anda bernasib malang, kata pekerja Nissan itu.

Elakkan dilanggar 4 jenis kenderaan ini

Daripada maklumat pekerja Nissan tersebut saya mendapat tahu ada empat kenderaan yang anda perlu elakkan diri daripada dilanggar, kalau boleh:

  1. Teksi
  2. Lori
  3. Bas
  4. Kenderaan kerajaan
Inuran yang memayungi mereka ada keistimewaan tersendiri untuk lepas dari membayar sebarang tntutan. Memang mereka akan bayar saman dari polis jika kesalahan adalah di pihak mereka, tapi membayar kos repair kenderaan yang dilanggar sentiasa diabaikan begitu saja

Ooooo! baru saya tahu !

Cuma tertanya-tanya juga apakah benar begitu. Adakan pembaca yang pernah alami situasi yang sama dilanggar salah satu daripada 4 jenis kenderaan yang saya sebutkan di atas tadi ?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa anda perlu elak dilanggar teksi dan 3 jenis kenderaan ini

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. tak kan hebat sangat kut syarikat insuran tersebut boleh langgar undang undang
    kalau macam tu mesti ada undang undang baru baru bagi pemilik kenderaan lebih 10 tahun yang mewajibkan pemilik nya bertanggung jawab atas kesalahan melanggar kenderaan lain dan bayar ganti rugi yang berpatutan
    tak kira kenderaan kerajaan tak kerajaan
    salah tetap salah

    ReplyDelete
  2. Betul. Pernah kena langgar belakang oleh kenderaan no 4. Insurans dia tak nak bayar kena pakai insurans sendiri. Agen insurans pun menyatakan benda yang sama

    ReplyDelete
  3. saya baru dilanggar teksi di NPE. kereta total lost. Tak bole claim insurans teksi tu sbb kenderaan perdagangan. Walaupun bukan salah sy tp trpksa tanggung rugi yg bnyk. Terasa undang2 berat sebelah. Rasa2 kalo cuba kat tuntutan tribunal pengguna bole ke? Rasa teraniaya sgt sbb tetiba hilang kereta utk ulang alik pegi keje & trpaksa plak cari modal untuk beli kereta lain.

    ReplyDelete
  4. Betul, kereta saya telah dilanggar oleh bas dari arah belakang semasa menuruni bukit.Kena pakai insurans sendiri, Dahla kena langgar ( nyawa pn hampir melayang ), NCD pun hilang. Pihak bas cuma bayar saman polis Rm300 je . Tidak boleh kos repair dr insurans bas. Undang2 bodoh apa macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undang2 dunia lepas undang2 akhirat tak kan lepas...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !