Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 10, 2015

Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone

  Mohd Shubhi       Saturday, October 10, 2015
Gambar Hiasan dari sini sumbernya
Sedap sungguh gelaran yang tersebut pada tajuk artikel di atas. Sebab itu saya dengan sengaja menjadikannya satu tajuk dalam blog ini sebagai kenang kenangan untuk anak cucu nanti. Juga untuk mendapat sedikit maklumat terhadap dari manakah datangnya gelaran sehebat itu.

Siapakah gerangan manusia yang mendapat gelaran sebegitu rupa, yang sedap disebut, walaupun ada sedikit kesukaran melafazkannya dengan lancar ?

Bagi para pembaca yang peka dengan suasana politik UMNO sekarang juga melibatkan suasana politik pemerintahan keranjaan Malaysia, sudah tentu tahu siapakah orang besar negara kita yang membawa gelaran tersebut.

Antara orang yang amat kerap mengguna dan menyebut gelaran itu setiap kali menulis artikel berkenaan orang yang membawa gelaran itu ialah Dato' A Kadir Jasin di dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin.

Itu merupakan antara blog yang paling kerap saya singgah dan baca kerana banyaknya maklumat yang amat berguna untuk hal ehwal semasa di Malaysia. Sejak mengikuti segala penulisannya dari dulu, rumusannya adalah ternyata Dato A Kadir Jasin, walaupun umum tahu kecenderungannya lebih kepada UMNO, tetap menulis dengan penuh etika kewartawanan serta punya integriti dan tidak beremosi.

Kesultanan Gowa

Gelaran sebegitu datangnya daripada Bugis dan punya kaitan dengan para pembesar Bugis ketika zaman kebesaran mereka dahulu. Atau lebih tepat lagi Kerajaan Gowa yang masyarakarnya masih wujud di Indonesia sekarang ini.

Kerajaan Kesultanan Gowa ini merupakan sebuah kerajaan yang wujud pada abad ke-16 di Daerah Sulawesi Selatan. Para penduduknya terdiri daripada orang Melayu dari Suku Makassar.

Perkataan Makassar atau di sebut sebagai 'Mangkasara' dengan lidah Makassar membawa maksud "mereka yang bersifat terbuka".

Suku Makassar terkenal dengan jiwa penakluk. Mereka amat handal di laut dan gemar berperang. Namun begitu, mereka dikenali juga dengan sikap demokratis atau terbuka dalam pemerintahan.

Ada yang mengatakan Suku Bugis adalah sama dengan suku Makassar, tapi ianya tidak dapat dipastikan kerana bahasa Bugis adalah berbeza daripada bahasa Makassar. Dari perbezaan bahasa itu menunjukkan bahawa mereka adalah dua etnik atau suku yang berbeza.

Apa yang pasti, satu masa dahulu, penjajah Belanda amat benci dengan Suku Makassar ini. Di mana saja mereka bertembung dengan armada Belanda, sudah tentu akan diperanginya tanpa sedikitpun rasa gentar. Ia banyak menyusahkan Penjajah Belanda pada ketika itu.

Antara raja Gowa yang terkenal dan mendapat pengktirafan sebagai pahlawan besar di Indonesia adalah Sultan Hasanuddin. Beliau diberikan nama ketika lahir sebagai "Mallombasi Muhammad Bakir Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangape". Sesudah diangkat menjadi Sultan diberikan pula nama "Sultan Hasanuddin Tumenanga Ri Balla Pangkana".

Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone

Apa hubungannya Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone, dengan kerajaan kesultanan Makassar ?.

Menurut tuan punya badan sendiri, ayahnya pada satu ketika (1973) telah membawa beliau melawat ke Gowa. Dalam lawatan itu beliau di bawa melawat ke pusara Sultan Hasanuddin dan di sana ditunjukkan pada salah sebuah pusara lain.

Di bawah pusara itulah bersemadinya seseorang yang bernama Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone, iaitu merupakan putra kepada Raja Gowa ke XVI. Itulah salasilah keturunan orang besar yang sedang kita sebut sekarang ini.

Bagaimana pula orang besar mendapat nama itu sekarang ?

Orang besar kita itu mendapat nama tersebut ketika berziarah balik ke Gowa. Ketika balik itulah dia telah diberikan nama sebagai Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone, sempena mengambil nama neneknya yang disebut tadi.

Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone

Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone itu sekarang sedang mendapat ujian yang amat besar. Baru-baru ini saja kerajaan yang sedang diketuai oleh Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone, mendapat teguran daripada para Sultan di negara kita.

Seingat saya, tidak pernah lagi berlaku di mana berkumpulnya raja-raja Melayu, bermesyuarat dan kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan dalam bentuk gesaan memerintahkan agar kerajaan pimpinan sekarang segera selesaikan isu WanEmDiBi.

Rakyat Malaysia negara kita perlu berterima kasih atas keperihatinan para Sultan tersebut yang mungkin dapat merasakan keresahan rakyat dengan segala peristiwa yang mencurigakan berlaku di depan mata.

Saya sendiri betada dalam keadaan konfius dengan apa yang sedang berlaku. Dari segi persepsinya, samada betul atau tidak betul, Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone seeloknya turun saja dari takhta kerana tidak ada lagi kepercayaan rakyat terhadapnya, malah diseluruh dunia, nampaknya (berdasarkan media-media utama dunia).

Tapi itu semua tidak berlaku dan kelihatan Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone adalah seorang yang amat kebal. Ilmu apa yang telah diperturunkan kepadanya agaknya ya?.

Memang hakikatnya rakyat macam tak boleh buat apa-apa. Tun Mahathir yang mengetuai sekelompok para elit yang giat menggesa penurunan Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone, juga menemui jalan buntu.

Persoalan saya cuma satu sahaja, apakah para menteri kabinet kesemuanya daripada spesis tongkol yang tidak nampak  kegusaran dan kepanasan keadaan kucar kacir di negara kita?

Apa yang perlu ditunggu sebenarnya ? Apa pendapat anda ?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone

Previous
« Prev Post

10 comments:

  1. Nak buat macan mana panas pun takut hujan pun takut gelap pun takut Tengah malan lagi takut apabila datang subuh serba takut itu la yang serba serbi dalam ketakutan.

    ReplyDelete
  2. bagus la bleh buuat filem dan di sambung dgn datu kepundekan wanemdibi serta antuya dan juga ketebuanan sang lelaki itu? kah..kah..kah..?

    ReplyDelete
  3. Pendapat hamba itu anugerah Datuk ShXt Maling Dan Menyamun Ketaraf Sembrono memang sesuai sangat sangat bagi perampok Nombor Satu! Kalau boleh di sanggah, disekel dan terajang keluar dari tampok kerajaan, habis cerita!

    Majlis Raja-Raja perlu mengambil ikhtibar dari kejadian 1975 dimana John Kerr sebagai Governor General of the Queen menurunkan Gough Whitlam sebagai Perdana Menteri yang dipilih rakyat hanya kerana tidak lagi mendapat kepercayaan negara Australia! Tak ada kebal nya Najib dan 1MDB nih kalau Raja-Raja bertindak secara tegas! Malaysia BOLEH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik maklumat yang anon berikan tu.. terima kasih sudi berkongsi

      Delete
  4. Tak payah gaduh gaduh......Kita tengok Allah akhirkan semua Blockbuster Movie nie....panjang sangat cerita dan dapat di agak kesudahan nya ya.Berjuta kali lebih dahsyat dari Perang Dunia 2 dan tak pernah di lihat orang.Begitulah JANJI ALLAH di mana KEBENARAN TETAP TERBUKA jua..........

    ReplyDelete
  5. Masanya pasti tiba
    Daeng masuk penjara
    Tuan punah sihat melarikan diri ke lar Negara
    191 Ketua Bahagian hilang jawatan
    Pemerintah jadi pembangkang
    Tak lama
    kurang lebih 2 tahun sahaja lagi tempohnya
    Sementara itu kita kenap pasti lah segala Daeng, segala ketua,
    segala penjawat jawatan
    agar mereka tidak terlepas dari keadilan...

    ReplyDelete
  6. Deng Mattimun KEBAL. Tak lut peluru. Apa lagi pendakwaan. Aku ada sebuah cerpen bertajuk, 'Laksamana Raja Di Laut' yang berlatarkan kisah Deng Mattimun sekarang. Dah hantar ke Utusan, belum disiarkan lagi. Mungkin mereka takut nak siarkan. Semua kita jadi TAKUT!

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !