Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 4, 2015

Makan tomyam atau nasi kandar, mana lebih murah ?

  Moshua       Friday, December 4, 2015
Setiap kali balik Pulau Pinang mesti kena makan nasi kandar. Kata orang, memang tak sah pergi Pulau Pinang jika tak pekena nasi kandar.

Walaupun ada sesetengah orang yang macam anti sangat dengan golongan mamak yang menjual nasi kandar, aku tetap tak kisah untuk pekena nasi kandar. Lantaklah apa orang nak kata, itu mereka punya pasal. Masing-masing ada tekak sendiri untuk telan jenis makanan yang mendatangkan selera.

Bukan aku saja yang kaki nasi kandar, malah ramai lagi yang menjadi peminat nasi kandar. Samada penduduk Pulau Pinang sendiri, mahupun penduduk luar Pulau Pinang.

Buktinya, dari dulu sampai sekarang, ada banyak tempat, restoran atau kereta sorong yang menjual nasi kandar sentiasa saja ada ramai orang yang beratur panjang menunggu giliran masing-masing. Tambahlah lagi jika musim cuti sekolah dan ramai pengunjung mendatangi Negeri Kerajaan DAP itu.

Nasi kandar sentiasa ramai peminat

Orang ramai tak pernah serik untuk pergi pekena nasi kandar. Kadangkala, bila kementerian kesihatan rajin lebih untuk buat serbuan pemeriksaan kebersihan di kedai-kedai makan di Pulau Pinang, banyak restoran mamak yang jual nasi kandar kena denda.

Malah ada banyak juga yang diberikan notis tutup untuk dua minggu kerana keadaan kedai dan amalan operasi perniagaan restoran mamak yang tidak menepati standard kebersihan. Sering berlaku mamak kena tutup dua minggu dan diwajibkan membuat pembersihan di seluruh restoran mereka terutamanya di bahagian dapur.

Masa kena tutup, maka tak adalah orang yang beratur lagi. Yang tak tahu mamak kena notis tutup akan pergi dan hampa. Biasanya mereka pergi cari kedai mamak lain pula. Tak perlu risau sebab kedai mamak nasi kandar di Pulau Pinang memang bersepah.

Sebaik saja mamak yang kena denda dan mendapat notis tutup kedai, beroperasi semula, maka datanglah semula orang ramai beratur panjang. Memang merka tak pernah serik untuk telan nasi kandar dengan rempah mamak yang pekat sampai melekat di jari tu.

Dari satu segi, orang yang datang beratur panjang dan makan di kedai mamak yang baru lepas kena denda dan mendapat notis tutup untuk pembersihan itu, memang bijak. Mereka tak perlu risau sebab mamak tak akan boleh buka semula selagi mereka tidak dapat puaskan hati pegawai kesihatan.

Ertinya, makan di kedai mamak yang baru dibenarkan buka dan berniaga semula itu lebih terjamin kebersihan dan tahap pengurusan di bahagian dapur mereka. Mungkin sebab itu orang ramai tak serik. Sebab ada mekanisma yang memelihara kepentingan mereka dari segi tahap kebersihan restoran mamak kegemaran mereka.

Nasi kandar tak murah

Kalau makan nasi kandar di KL memang tidak murah. Antara restoran mamak nasi kandar yang mahal tapi sedap di sekitar KL adalah restoran Mahboob di Bangsar. Kalau aku kempunan nak makan nasi briani sedap, situlah tempat singgahan terutamanya di waktu malam.

Tapi berlainan dengan harga nasi kandar di Pulau Pinang. Jika nak dibandingkan harganya dengan nasi kandar di KL, memang nasi kandar di Pulau Pinang lebih murah. Itupun bukannya di semua tempat. Kena pandai tanya-tanya orang tempatan mana yang murah dan mana yang agak mahal.

Baru-baru ini, aku bawa keluarga ke Pulau Pinang dan kami pekena nasi kandar di salah sebuah restoran di Butterworth, Pulau Pinang. Tak payahlah nak bagi tau restoran mana sebab aku tak mau kena suu buat honar pada rezki orang. Cukup bagi tau lokasinya saja kat Bagan.

Kami makan 7 orang. Dua dewasa, dua remaja dan tiga kanak-kanak. Apa sangatlah kami nak makan. Lagipun anak-anak tak berapa gemar dengan nasi kandar. Mereka hanya ambil nasi dan lauk saja. Tak taruh kuah sampai banjir.

Makanan tujuh pinggan dan campur dengan minuman 7 gelas, aku kena bayar sebanyak RM74. Terkejut juga aku tengok bil tu. Kenapa mahal sangat ? aku tengok anak-anak bukannya ambil apapun.

Bila tanya, mamak kata lauk yang akau ambil banyak. Mereka charge ikut lauk, tak ada konsep sikit-sikit nak rasa lauk dengan mamak. Bila anda tunjuk saja, walaupun pesan untuk bubuh sikit, mereka akan belasah masukkan penuh supaya boleh kira penuh.

Aku tak kata apa-apa. Bila bandingkan dengan KL masih ok, itulah pujuk hati walaupun ada suara bisik bagi tahu masih mahal. Tak guna bertengkar sebab semua dah masuk dalam perut dan tak boleh tanya-tanya lagi.

Briani Hamediyah di Pulau Pinang

Esoknya aku pergi pula ke Tanjung. Orang Pulau Pinang akan sebut Tanjung setiap kali mereka pergi ke bahagian Pulau di Pulau Pinang.

Tujuan pergi Tanjung semata-mata untuk makan nasi Briani di Restoran kegemaran aku di sana, Hamediyah. Biasanya aku akan pergi ke Restoran Hamediyah di Penang Road walaupun susah nak dapatkan tempat parkir.

Aku bawa semua satu keluarga untuk makan nasi briani pula. Kami makan seorang satu pnggan dengan masing-masing lauk. Ada yang ambil briani daging, ada kambing dan ada ayam madu. Anak-anak aku suka pulak dengan Briani Hamediyah ni, sebab itu akau bawa semua makan kat situ setiap kali balik Penang.

Kalau nak bandingkan rasa kelazatannya antara Briani Hamediyah dengan restoran mamak yang aku sebut kat atas tadi, memag teramat jauh perbezaannya. Briani Hamediyah memang A++. Kami anak beranak makan sampai licin. Dari nasi, lauk sampai kuah semuanya elek puchik !.

Bila pergi bayar, mamak bagi tau harganya hanyalah RM70 sahaja. Itu termasuk segala makanan dan air 7 gelas yang kami semua makan. Aku teringat makanan yang dibayar semalam, nampaknya Hamediyah yang jauh lebih lazat itu lebih murah RM4 berbanding makanan mamak kat Bagan.

Makan di restoran Tomyam

Selepas makan di Hamediyah, kami ronda-ronda sekitar pusat tarikan pelancong di sekitar kawasan yang tak jauh dari restoran tersebut. Selepas itu singgah solat asar kat Masjid Kapitan Kling. Itu memang merupakan rutin aku jika pergi ke Restoran Hamidyah. Makan, ronda dan solat kat Masjid Kapitan Kling.

Selepas solat kami cabut balik dengan menaiki Feri. Perlu cepatceat sebelum orang ramai berebut nak balik selepas habis kerja.

Malam tu aku pergi pula makan di restoran Tomyam. Aku bawa semua anak beranak untuk pekena Tomyam pulak. Mereka juga suka masakan Tomyam. Tambah lagi jika Tomyam Seafood, boleh tambah dua pinggan nasi, semua anak-anak aku terutamanya yang lelaki.

Aku order Tomyam, Daging Merah, Telur Dadar, Sayur Campur semuanya cukup untuk kami anak beranak 7 orang makan sampai kenyang. Masing-masing puas hati dan bila selesai aku panggil minta bil nak bayar.

Semua makanan termasuk dengan air 7 gelas yang kami habiskan malam itu harganya hanya RM50 sahaja !.

Baru aku tahu betapa murahnya masakan Tomyam berbanding dengan masakan Mamak di Pulau Pinang. Jadi lain kali, kalau nak jimatkan duit makan ramai-ramai kat Penang, silah makan Tomyam !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Makan tomyam atau nasi kandar, mana lebih murah ?

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. kalau mkn kat subaidah.memang kena sembeleh la.

    ReplyDelete
  2. lagi satu kat line clear..sembelih jugak..

    ReplyDelete
  3. saya kalau pi penang...selalu mkn kedai ikan bakar kt tepi pantai seagate kedai ujung, tepi jln tu(nama tak ingat..) or kalau modal besaq sikit..pi mkn restoran persatuan nelayan yg kt tepi laut tu...gulai kari dia...pergghhh.....(pun nama tmpt tak tau...)...terbaik la...dimata saya...

    ReplyDelete
  4. Kalau macam ni. Pergi sana kena makan tomyam lah nampaknya.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !