Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, January 7, 2016

Ekspedisi dakwah tarik 8 orang masuk Islam

  Mohd Shubhi       Thursday, January 7, 2016
Artikel ini khas untuk mereka yang telah memberikan sumbangan terhadap tulisan yang lalu di sini.

Program

Ekspedisi Dakwah Bil-Hal & Ziarah di Kudat, Daerah Pitas, Sabah

Tarikh

29hb November 2015 hingga 6hb Disember 2015

Ringkasan program

Alhamdulillah program kali dengan izin Allah, lebih berjaya. Rombongan seramai 23 orang hasil kerjasama beberapa NGO dari Pulau Pinang dan Sabah telah memberi impak yang sangat besar dalam usaha dakwah bil-hal & expedisi ziarah kali ini.

Antara yang turut serta dalam ekspedisi kali ini adalah pelajar-pelajar dari Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi, Tikam Batu. Mereka adalah pelajar hasil usaha MyIKUT berekspedisi ke Sabah pada tahun 2014 yang lalu.

Dalam ekspedisi dakwah 2014 yang lalu, My Ikut berjaya membawa insan-insan remaja ini dari Pitas, Sabah ke Pulau Pinang dan seterusnya menjadi pelajar di Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi

Mereka dididik dan dilengkapkan dengan pengetahuan agama dan dilatih untuk menjadi para dai'e sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing di Sabah satu hari nanti.

Dalam ekspedisi kali ini juga seramai 8 insan telah mengucap dua kalimah syahadah. Mereka memeluk Islam dan akan menjadikan Islam sebagai amalan dan gaya hidup mereka sehingga ke akhirnya Insyaallah. Dua keluarga juga berjaya disatukan hasil daripada itu.

Berikut saya kongsikan perjalanan ekspedisi sebagai mana yang diberikan oleh saudara Azley dari NGO MyIKUT.

Saya paparkan kiriman asal mengikut apa yang ditulis oleh saudara Azley tanpa buat banyak perubahan. Mohon maaf atas ejaan singkat yang terlalu banyak dalam tulisan di bawah (mungkin saudara Azley, tak sabar nak cepat siap artikel dan hantar pada saya).

Hari pertama aktiviti - 30Nov

Misi kali ini juga sangat mencabar, hari pertama dalam perjalanan ke Kg Samparita, Kota Marudu van yg kami naiki mengalami masalah clutch. Van tersebut terpaksa ditolak menuruni bukit sebelum ditunda.

Namun ada hikmah yg luar biasa menanti, semasa van ditunda Pengerusi myIKUT telah berpeluang berkenalan dengan pemandu 'pirate' atau kereta sapu. Dalam perbualan tersebut didapati pemandu & isterinya tidak menganuti mana-mana agama manakala anak-anak mereka ada yg Islam & kristian.

Ini memberi peluang kpd kami untuk menjelaskan Islam kpd pemandu tersebut dan di akhir perjalanan sejurus sampai d destinasi iaitu Dataran Bangkoka, Pitas pemandu tersebut telah mengucap kalimah syahadah.

Sebaik sahaja syahadah selesai dilafazkan hilanglah segala penat lelah & kerunsigan cabaran yg dilalui...hadiah dari Sang Pencipta yg teramat istimewa.

Hari ke-2 aktiviti- 01Dis

Pelajar-pelajar di beri peluang utk bertemu keluarga mereka sebelum bertolak ke perkampungan yg telah dirancang.

Karim ialah salah seorang pelajar yang akan bertemu kedua ibubapa serta abangnya, kesemua mereka belum Islam.

Ternyata kedua ibubapa serta abang Karim sangat terharu melihat perubahan Karim, mereka tidak sangka Islam mampu merubah anak mereka sebaik yg mereka lihat.

Kedua ibubapa Karim ada menyimpan hasrat untuk terima Islam tapi ingin menangguh dulu hasrat tersebut sementara waktu sehingga selesai perkahwinan kakak Karim namun ALLAH lebih menyayangi mereka.

Perkongsian Islam oleh rakan2 misi dakwah dengan izinNYA telah membuka hati mereka. Sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH kami hanya menyampaikannya maka bersaksi kami pagi itu apabila ketiga mereka mengucap kalimah syahadah.

Lebih manis lg apabila si anak syahadahkan kedua orang tuanya & sebagai adik Karim turut syahadahkan abangnya.

Pagi yg penuh syahdu dimana 4 org melafazkan kalimah syahadah, awal dari itu bapa saudara Karim juga telah mengucap kalimah syahadah.

Hari ke-3 aktiviti - 02Dis

Kami telah menerima berita yg mengembirakan apabila rakan2 dari UMS-Universiti Malaysia Sabah yg turut serta dalam program kali ini telah berjaya membawa seorang penduduk dari Kg Telutu ke Islam.

Ini telah menjadikan jumlah syahadah meningkat ke 6 org. Program yg turut diadakan di 4 buah kampung lain iaitu Kg Perupok, Kg Sosop, Kg Datong & Kg Telutu, ialah kelas fardu-ain, ziarah, jamuan serta pemberian sumbangan.

Hari ke-4 aktiviti- 03Dis

Rakan & pelajar dari keempat-empat kampung berkumpul sebelum bertolak ke kampung Samparitam, Kota Marudu.

Satu destinasi yang mencabar yang menghadiahkan 1 syahadah di hari pertama kami d Pitas.

Kali ini kami selamat sampai menaiki 'pirate' yg d sewa ia mengambil masa hampir 2jam dari Dataran Bangkoka.

Disini kami bermalam d rumah Syafura 1 lagi pelajar Pusat Dakwah Islamiah

Sejurus sampai kami disambut dengan penuh kemesraan oleh ahli keluarga Syafura semasa berborak d waktu malam kami dimaklumkan bahawa kedua ibubapa Syafura pernah Islam dan keluar Islam sebelum terima Islam kembali.

Disebabkan perkara tersebut ada saudaranya yg masih belum Islam. Usaha utk berjumpa Nickson abg Syafura yg sedang jinak dgn Islam tetapi terhalang sebab isterinya pada mlm tersebut gagal.

Hari ke-5 aktiviti- 04Dis

Namun ALLAH hadiahkan pertemuan itu dipagi hari.

Sebelum kami bertolak pulang ke Kota Kinabalu kami sempat bertemu Abg & kak ipar Syafura yg belum Islam.

Syukur alhamdulillah segala puji hanya bg ALLAH & kami hanya hambanya yg lemah. Dalam perkongsian kami tentang Islam kpd Rachel dengan izin ALLAH ia telah merungkai persoalan yg terbuku dihatinya.

Rachel mula memahami keperluannya utk menjadi seorg muslim dan meyakini ALLAH sebagai Tuhan yg satu & Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruhnya.

Dijelaskan juga pd Rachel bahawa Jesus @ Nabi Isa A.S tetap sebahagian dari Islam & tidak Islam seorang muslim yg menolak Jesus @ Nabi Isa A.S.

Hanya ALLAH saja yg tahu kebahagian hati kami di hari terakhir dengan keletihan yg teramat cabaran yg pelbagai lafaz kalimah syahadah adalah sesuatu yg sangat membahagiakan.

Maka bersatulah satu lagi keluarga dalam Islam menjadikan syahadah meningkat kpd 8 orang sepanjang 5 hari misi kali ini.

Hari ke-6 aktiviti- 05Dis

Program dipanjangkan ke Ranau, Sabah.

Di Ranau kami telah menziarahi RTMS-Rumah Transit Muallaf Sabah dalam usaha membina kerjasama.

Kami telah diberi taklimat tentang usaha dakwah yg dijalankan d Ranau yg tidak kurang hebatnya dengan cabaran landskapnya.

Syukur alhamdulliah kami juga sempat beramah mesra bersama anak-anak saudara baru disini sambil menghulurkan sedikit sumbangan.

Kesimpulannya Program

Tahun 2015 sangat berjaya. Kg Perupok akan dibangunkan sebagai kg contoh.

Antara keperluan yang akan diusahakan adalah seperti pembelian tanah 2 ekar untuk dijadikan tanah perkuburan Islam.

Juga oembelian boat fibre kerana sungai adalah jalan utama, pemasangan paip air, elaun tenaga pengajar, kenderaan pacuan 4 roda (secondhand), bantuan utk jana ekonomi.

Kg Sosop dalam perancangan utk dibangunkan Pusat Dakwah Islamiah & usaha pembelian tanah sudah dirancang.

Kepada tuan/puan yg telah menyumbang, yakinlah saham akhirat anda sedang berkembang namun usaha ini perlu diteruskan untuk menjamin akidah dipegang kukuh.

Pihak myIKUT ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan & dorongan tuan/puan semua dan inilah hasil yg dapat kami kongsikan.

Kami mohon teruskan sokongan sebarkan catatan ini mudah-mudahan harapan mereka yg memerlukan dapat dipenuhi.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...” [Surah An-Nahl: 125]

MyIKUT akan terus istiqomah dalam usaha dakwah menyampaikan pada yg belum Islam sesungguhnya hidayah ALLAH itu sudah pun sampai kepada mereka cuma kita yang masih belum menyempurnakannya.

MyIKUT mengalu-alukan sumbangan tuan / puan agar usaha dakwah Islamiah & sokongan saudara baru yang dalam kesempitan & memerlukan bantuan ''add-hoc'' ini dapat berterusan.

Usaha ini amat penting agar mereka tidak ''disambar'' oleh keluarga mereka yang sentiasa menanti mereka kembali ke agama asal.

Taburlah benih Syahadah. 'Selamatkan Syahadah mereka, Bantu kekalkan Syahadah mereka, Bangunkan mereka bersama Syahadah'

Kini anda boleh menyumbang terus kepada:

Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun : 5571 3923 0356
Bank Akaun : Maybank

Sumbangan anda amat dialu-alukan. Semoga kita berkongsi pelaburan kita di 'sini' untuk mendapat ganjarannya di 'sana' nanti...aaaminn.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ekspedisi dakwah tarik 8 orang masuk Islam

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !