Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 19, 2016

Pengalaman beli kereta Nissan Sylphy

  Mohd Shubhi       Saturday, March 19, 2016
Ini sambungan daripada artikel yang lalu berkenaan tukar kereta Nissan Sentra kepada Nissan Sylphy. Semuanya berpunca daripada masalah kereta Nissan Sentra masuk air bertakung atas lantai kereta setiap kali hujan lebat.

Langkah paling mudah sebenarnya adalah membuka dan memasang semula cermin depan kereta tersebut supaya semuanya tidak bocor lagi walau dalam keadaan hujan macam mana sekalipun. Tapi disebabkan kurang usaha untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi, maka keputusan mudahnya adalah beli saja Nissan Sylphy.

Saya diperkenalkan kepada seorang jurujual Nissan berbangsa Cina yang amat peramah. Sebaik saja kawan dari servis centre Nissan Puchong berikan nombor telefon saya pada jurujual itu, beritahu yang saya tengah cari kereta Nissan baru untuk dibeli, dia terus menelefon saya dan buat temujanji.

Dia minta saya bawa kereta Nissan Sentra ke Pusat jualan dan servis kereta Nissan di Glenmarie untuk dibuat pemeriksaan dan ditentukan nilainya oleh jurunilai Nissan. Sambil itu saya boleh pilih kereta jenis mana yang nak dibeli di dalam showroom Nissan itu.

Pilih punya pilih saya buat keputusan untuk ambil Nissan Sylphy. Sebenarnya dah lama nak pakai Nissan Sylphy ni, cuma tak beli-beli sebab tak perlu lagi sebelum ini. Ini peluang untuk cuba kereta itu pula selepas dah pakai Nissan Sentra.

Proses beli kereta Nissan Sylphy

Jurujual keluarkan kertas macam sebut harga untuk kira semua kos pembelian kereta Nissan Sylphy. Dia tolong kira sekali harga Nissan Sentra yang mereka beli dari saya, dicampur pula dengan rebet diskaun promosi habiskan stok Nissan Sylphy, semuanya membuatkan pembelian itu berbaloi.

Saya setuju saja dengan tawaran yang diberikan untuk Nissan Sylphy itu dan turunkan tandatangan serta berikan RM1 ribu sebagai wang tanda jadi. Jurujual itu minta semua dokumen yang diperlukan untuk diserahkan pada pihak bank untuk buat permohonan loan.

Kalau Nissan Sentra dulu saya beli atas nama peribadi, kali ini saya beli Nissan Sylphy gunakan nama syarikat pula. Lebih kos efektif beli Nissan Sylphy sebagai kereta syarikat memandangkan jumlah cukai perniagaan yang saya kena bayar melalui syarikat tersebut boleh dikurangkan.

Selepas selesai semua urusan, saya balik dan tunggu keputusan permohonan loan dari bank. Ada 3 bank buat panggilan untuk semakan permohonan saya. Mereka minta nombor telefon syarikat saya untuk buat semakan. Semuanya saya berikan dan tak sampai seminggu loan diluluskan. Yang meluluskan permohonan itu paling awal adalah TC Capital. Syarikat kewangan pembiayaan kereta dari kumpulan Nissan sendiri iaitu Tan Chong Motors.

Saya boleh bawa balik kereta Nissan sentra selagi kereta Nissan Sylphy itu tidak diberikan kuncinya pada saya. Kata jurujual itu, bila semua dah siap nanti, bawa saja Nissan Sentra dan tukar dengan Nissa Sylphy. Lebih mudah buat begitu. Semua berjalan lancar.

Jurujual buat semua urusan untuk pembelian dan bayar baki hutang Nissan Sentra yang ada pada CIMB. Dia pergi nak turun bank dan semuanya siap dengan pantas sekali.

Dapat bawa balik Nissan Sylphy

Akhirnya dalam tempoh 2 minggu jurujual itu message ntuk pergi ambil kereta di Nissan Show room. Saya dengan suka hati kosongkan semua benda dari Nissan Sentra dan bawa pergi jumpa jurujual. Dia sudah siapkan semua urusan kereta Sylphy. Dari cukai jalan, insuran, dan kereta siap dibasuh dan diletakkan dalam satu bilik didindingkan dengan cermin.

Cantik juga kereta Nissan Sylphy itu. Saya buka pintu dan terasa betapa kejapnya pemasangan pintu kereta itu. Buka dan tutup, tup !. Terasa berat dan kejap kereta itu. Biasanya bila buat begitu kita boleh bayangkan bagaimana rasanya pemanduan kereta tersebut. Jika buka dan tutup terasa ringan melayang, maka begitulah juga bila memandu kereta nanti.

Saya tandatangan semua dokumen dan bawa balik Nissan Sylphy itu dengan senang hati. Jurujual pesan akalau ada yang tak puas hati sila telefon dan beritahunya.

Kereta Nissan Sylphy yang saya beli itu dipasang di Thailand dan di masukkan ke Malaysia secara CBU. Jadi perlu ada AP. Saya risau sedikit dengan kereta CBU ini sebab biasanya mereka tidak ada semakan kualiti sebelum diberikan pada pembeli. Jadi mesti peka dan lihat jika ada sebarang kelemahan.

Tak sampai seminggu, saya dah dapat kesan adanya kelemahan pada kenderaan Nissa Sylphy tersebut. Kelemahannnya agak biasa dan kecil sahaja tapi sudah cukup untuk kelam kabutkan jurujual bila saya buat aduan.

Nanti saya sambung pula artikel kelemahan kereta Nissan Syphy yang saya kesan setelah seminggu memandunya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengalaman beli kereta Nissan Sylphy

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !