Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 28, 2016

10 negara paling korup dunia 2015

  Mohd Shubhi       Thursday, July 28, 2016
Jom kita lihat senarai 10 negara paling korup di dunia untuk tahun 2015. Senarai ini dikeluarkan oleh Transparency International, sebuah badan pemerhati yang memantau status amalan korup diseluruh dunia.

Isu korup ini sudah tentu merupakan satu isu penting dan panas terutamanya di negara kita sekarang. Apa yang berlaku menampakkan sesuatu yang amat tak kena. Rasa macam cerita lawak sedang dilakonkan di atas pentas bumi yang bernama Malaysia. Macam tak percaya dengan apa yang berlaku.

Seluruh dunia nampaknya sedang berkonspirasi menjatuhkan seorang pemimpin yang paling kuat dan degil pernah dilahirkan di Malaysia, Malaysian Official No. 1. Kuat sebab hampir keseluruhan pimpinan politik, pimpinan perundangan, pimpinan keselamatan dan kesejahteraan negara dan pegawai-pegawai serta penjawat awam, penulis dan wartawan serta akhbar termasuk media audio dan visual, bersekongkol dengan Malaysian Official No 1.

Dan selain daripada mereka yang menyokong individu tersebut yang hanya di Malaysia, seluruh dunia lain sedang berusaha menjatuhkan individu itu. Dan ternyata kemenangan masih samar bakal dituntut oleh pihak mana satu nanti. Berbagai usaha yang tak terlintas dek akal waras seorang rakyat Malaysia sedang dilakukan bagi menyelamatkan Malaysian Official No 1 dari jatuh.

Negara paling korup dunia

Ramai dah dok sebut isu ini, jadi tak perlu nak ulang sebut lagi. Jom kita tengok senarai negara paling korup dunia terkini 2015:

  1. North Korea dan Somalia (terikat- ertinya sama kuat korup)
  2. Afghanistan
  3. Sudan
  4. Angola dan Sudan Selatan (terikat)
  5. Iraq dan Libya (terikat)
  6. Haiti, Guinea-Bissau dan Venezuela (terikat)
  7. Eritrea, Syria, Turkmenistan dan Yemen (terikat)
  8. Uzbekistan
  9. Burundi, Cambodia dan Zimbabwe (terikat)
  10. Chad, Democratic Republic of Congo, Myanmar (terikat)
Menarik untuk perhatikan berapa-berapa negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam masuk dalam senarai 10 negara paling korup dunia !.

Negara paling tidak korup dunia

Sekarang jom tengok pula senarai negara paling kurang korup dunia. Negara yang amat kuat integritinya dan tahap tolenrasi terhadap korupsi adalah amat kecil:

  1. Denmark
  2. Finland
  3. Sweden
  4. New Zealand
  5. Netherlands
  6. Norway
  7. Switzerland
  8. Singapore
  9. Canada
  10. Germany, Luxembourg dan UK (terikat)
Sekali lagi menarik untuk dilihat tak ada satupun negara yang majoriti penduduknya beragama Islam berada di dalam senarai tersebut di atas. Semuanya negara yang digelar Kafir oleh orang Islam dan salah satu negara, yang merupakan jiran kita mungkin masuk dalam senarai Kafir Harbi yang dikeluarkan oleh seorang pemikir tertinggi dalam institusi keagamaan negara kita.

Untuk keluarkan sesebuah negara daripada belenggu korupsi, rakyat negara tersebut mestilah mempunyai tahap tolenrasi zero terhadap korupsi. Ada kemungkinan tahap tolenrasi rakyat kita terhadap korupsi sudah mula melebar ke tahap yang tinggi semakin lama semakin melebar.

Penerimaan senarai negara korup

Tentu ada persoalan yang bakal timbul daripada senarai yang dikeluarkan di atas. Biasanya akan ada persoalan seperti kenapa umat Islam perlu mengambil rujukan yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak pernah meletakkan dahi mereka ke bumi sujub pada Tuhan yang Maha Esa.

Soalan sebegitu keluar lanjutan daripada tindakan Amerika mengenakan tindakan undang-undang terhadap isu 1MDB. Ia memberikan idea alternatif untuk umat Islam khasnya dari Malaysia untuk mempertimbangkan semula segala laporan dan kenyataan yang menyentuh keburukan kes tersebut.

Dalam isu senarai negara paling korup dunia tersebut di atas, soalan tu boleh dipertimbangkan. Untuk memberikan altenatif pandangan berbeza terhadap senarai tersebut, kita perlukan senarai yang dikeluarkan oleh negara umat Islam pula siap dengan metodologi kajian dan banciannya sekali. Bila senarai sebegitu akan dikeluarkan ?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 negara paling korup dunia 2015

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. nak mohon kerja, masuk skolah berasrama/teknik pun pakai orang dalam. Itu korap2 kecil yang orang kita selalu buat tapi tak sedar

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !