Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 13, 2016

Apa berlaku jika lama tak tukar minyak enjin kenderaan anda

  Mohd Shubhi       Saturday, August 13, 2016
Tukar minyak enjin kenderaan amat perlu kalau anda nak jaga kenderaan supaya tahan lama. Lagipun, kenderaan yang diselenggara dengan baik, nilai harga second-hand nya adalah lebih baik.

Tapi, walaupun ramai orang sedar selenggara enjin kenderaan itu perlu, ada juga yang tak ambil berat pasal aktiviti selenggaraan kenderaan ini.

Antara punca utama kita tak berapa ambil kisah sangat dengan isu tukar minyak enjin kenderaan adalah disebabkan tak boleh tengok rupa enjin kat dalam tu. Ramai orang hanya biasa tengok rupa enjin yang elok tertutup rapat.

Jarang sesekali nak terfikir apa yang ada kat dalam enjin tersebut. Oleh itu, kalau elok atau tidak elok keadaannya, kita tak boleh lihat. Sebab itu tak dapat gambaran apa yang berlaku.

Biasanya anda diberikan saranan untuk tukar minyak enjin selama 3 bulan sekali atau setelah mencapai jarak perjalanan sejauh 5 ribu kilometer.

Jika pakai minyak enjin sintetik pula, boleh pakai untuk 6 bulan sekali atau jarak perjalanan sejauh 10 ribu kilometer.

Rajin tukar minyak enjin

Bagi mereka yang ikut formula atau nasihat sedemikian, enjin kat dalam keretanya di bahagian dalam enjin tersebut akan kelihatan seperti dalam gambar di bawah ini:


Jika tak tukar minyak enjin

Jika anda jenis pemalas atau kemut duit. Kononnya nak jimatkan duit dengan tidak selenggara kenderaan mengikut jadualnya, anda mungkin akan menghadapi masalah besar satu ketika nanti.

Orang yang malas tukar minyak enjin akan menghadapi masalah seperti;
  1. Kekotoran mula berhimpun dalam enjin kenderaan tersebut - Walaupun ada penapis minyak enjin yang akan tapis kekotoran dari masuk dalam enjin, tapi bukan lama sangat penapis itu dapat bertahan. Lama-lama habis semua habuk dan bahan kotor masuk di dalam dan tersekat kat situ.
  2. Bahan additif akan habis - Dalam minyak enjin yang anda pakai itu ada banyak bahan tambahan atau bahan additif. Ia diperlukan untuk kegunaan seperti bahan tambahan tahan calar atau pengurang geselan. Bila semua bahan additif itu habis, tugasan untuk lancar dan licinkan perjalanan enjin itu mula hilang.
  3. Bunyi enjin kuat - Ini perkara akhir yang akan berlaku bila semua kedua perkara di atas terjadi. Anda akan dengar bunyi enjin anda kuat sebab berlaku pergeseran antara besi dengan besi.
Ini rupa di dalam enjin anda kalau tidak ditukar minyak enjin secara baik:


Tengok rupa enjin kat dalam kalau anda malas tukar minyak enjin secara berjadual. Punyalah buruk rupa kat dalam tu. Penuh dengan kekotoran yang berminyak.

Mungkin anda tak pernah tengok rupa dalam tu sebab itu tak ambil kisah. Jadi selepas ini, anda dapat gambaran apa yang berlaku jika minyak enjin kenderaan anda tidak ditukar secara berkala.

Bukan nak takutkan anda supaya terus pergi tukar minyak enjin sekarang, tapi sekadar untuk berikan peringatan.

Jika anda terlewat satu bulan masih ok, tak jadi masalah.

Tapi jika satu bulan anda lengah lagi sampai jadi dua bulan, kemudian tangguh lagi dah jadi 3 bulan dan seterusnya tangguh lagi... anda memang sengara cari masalah !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa berlaku jika lama tak tukar minyak enjin kenderaan anda

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Macam mana nak tuka minyak hitam ikut mileage..cara baca nya.. Harap dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya workshop yg bagus akan berikan sticker lekatkan pada cermin depan bahagian atas depan pemandu tu. Dia akan tulis next mileage services bila atau bulan berapa.

      Boleh tengok mileage kat spedometer tu bila dah sampai nombornya kena tukar lah ..

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !