Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, August 25, 2016

Resepi air teh daun pokok jambu ramuan ajaib kesihatan

  Mohd Shubhi       Thursday, August 25, 2016
Cara buat teh dengan menggunakan dauh pokok jambu ini saya dah kongsikan pada satu artikel khas yang lalu. Tapi entah sebab apa tak dapat dipastikan, artikel tersebut di kategorikan oleh site advisor sebagai merbahaya tahap merah yang  gaban.

Dah cuba buat macam-macam tapi masih dapat mesej bahaya juga, akhirnya saya buat keptusan untuk turunkan saja artikel tersebut dari paparan. Maka hilanglah satu petua yang amat bak untuk kita semua amalkan dalam menu seharian.

Oleh itu, kali ini saya buat semula dengan cara yang lebih ringkas, bagaimana nak sediakan minuman teh yang diperbuat daripada daun pokok jambu batu, yang ada banyak di kampung halaman tu. Jika anda nak tahu apa kegunaan ajaib daun pokok jambu, anda boleh pergi baca kat artikel ini.

Resepi air teh daun pokok jambu

Untuk buat air teh dari daun pokok jambu, amat mudah sebenarnya. Anda hanya perlu pandai masak air dengan menggunakan dapur gas sahaja. Ikuti cara yang diberikan di bawah ini:

  • Ambil antara 8 helai ke 10 helai daun pokok jambu batu kat belakang rumah anda. Kalau tak ada pergi cari kat rumah jiran, minta sedahan daun pokok jambu tersebut. Silap hari bulan, mahu dia suruh tebang terus bawa balik rumah pokok tu.
  • Bila dah ambil daun tu, jangan lupa basuh pulak. Bilas dengan air suam sampai daun itu menjadi suci dan bersih.
  • Masukkan daun jambu ke dalam periuk dan masukkan air bersih suci lagi menyucikan ke dalamnya. Anda boleh masukkan dalam lingkungan 300 ml ke 500 ml air dalam periuk itu.
  • Letak atas dapur, buka api dan jerang atau rebus daun pokok jambu batu itu selama 10 ke 15 minit. Jangan lupa untuk tutup periuk tersebut ketika rebus.
  • Dalam 15 minit rebusan, masukkan sedikit daun teh, samada Lipton, BOH atau apa saja ikut suka anda. Ini untuk berikan sedikit rasa teh pada air rebusan tersebut. Kalau anda tak mahu letakkan daun tehpun tak apa, ikut suka lu la.
  • Selepas itu, campurkan madu untuk berikan rasa manis pada air rebusan tersebut. Kalau anda tak ada masalah kencing manis, boleh masukkan gula. Tapi madi adalah jauh lebih baik.
Ok ! air teh daun pokok jambu anda dah sedia untuk dijadikan minuman berkhasiat. Tuang terlebih dahulu ke dalam cawan atau koleh, jangan pergi minum dari periuk rebusan tu pulak, buruk bebenor perangai kalau buat macam tu.

Ramuan jerawat dan jeragat dari daun jambu

Kalau muka anda penuh dengan jerawat dan jeragat, daun pokok jambu ada ubatnya. Anda hanya perlu buat macam ni:
  • Petik dalam 5 ke 10 helai daun pokok jambu.
  • Bilas dan basuh daun itu dengan air suam supaya bersih
  • Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk daun itu sampai lumat. Campurkan sedikit air suam supaya lembut.
Nah dah siap !
Anda boleh sapu ramuan daun tersebut pada bahagian kulit atau muka yang penuh dengan jerawat dan jeragat itu.

Jika anak kena gigitan serangga samada semua atau nyamuk atau penyengat, anda boleh juga gunakan ramuan yang sama. Ambil dan calit saja pada bekas gigitan itu, insyaallah akan lega.

Satu lagi, kalau anda nak kuatkan rambut tak mahu kasi dia luruh, ambil ramuan daun pokok jambu yang dah lunyai tadi tu, sapu pada kulit kepala dan urut perlahan-lahan. Itu akan bantu rambut anda kuat semula.

Selamat beramal !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Resepi air teh daun pokok jambu ramuan ajaib kesihatan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !