Thursday, September 8, 2016

Cara selamat halau semut yang anda boleh buat sendiri

Ada tak cara selamat untuk halau atau bunuh semut yang datang masuk ke dalam rumah kita ?

Selamat dalam erti kata pertamanya, tidak menggunakan bahan kimia yang beracun yang dijual di kedai hardware atau pasaraya, dan kedua selamatkan duit sebab tak perlu panggil syarikat pest control yang bertauliah.

Jenis semut yang ada di Malaysia

Semut masuk merayap dalam rumah adalah perkara biasa kat negara kita. Ada berbagai jenis semut yang biasanya menyerang rumah, terutamanya jika kita tinggal di kampung. Berikut adalah jenis-jenis semut yang biasanya kita jumpa kat negara kita.
  1. Semut gatal - ini jenis semut yang paling glamour dan dikenali ramai di negara kita. Kalau tinggal kat kampung dan tak pernah kena gigit dengan semut gatal tentu tak sah. Warnanya biasanya adalah kekuningan atau perang kemerahan.
  2. Semua kepala besar - Warnanya adalah kuning kemerahan atau perang muda. Kita selalunya akan panggil semut ini dengan nama semut gatal juga, tapi sebenarnya salah. Mereka adalah berbeza.
  3. Semut mayat - Warna semut ini adalah coklat hitam pada bahagian kepala dan kelihatan cerah keputihatan pada bahagian badan dan kaki belakangnya.Saiznya yang kecil dan dengan warna sebegitu, kadang kala susah nak lihat semut mayat atau biasa juga dipanggil semut hantu ini. Cuba ambil dan lenyet semut itu dengan jari dan cium baunya. Kalau bau busuk, sah, semut mayatlah tu.
  4. Semut gila - Tengok nama saja anda tentu boleh agak mana satu yang dikatakan semut gila. Jika anda jumpa semut ang panjang kakinya dan jalan macam orang gila ke sana sini tak tentu arah. Itulah semut gila.
  5. Semut api - Ini juga satu lagi semut yang banyak kat kampung. Kita biasa panggil semut gatal juga macam semut kepala besar atas tadi. Tapi semut inilah yang selalu yang menyerang kaki kita kat kampung jika terpijak sarang tanah mereka. Biasanya semut ini memang garang dan punya koloni yang amat besar.
Ada anyak lagi jenis-jenis semut yang boleh disenaraikan. Tapi cukuplah setakat 5 di atas tu yang memang kita semua selalu jumpa kat Malaysia ni.

Cara selamat halau semut

Macam saya kata kat atas tadi, ada cara selamat untuk halau semut atau untuk bunuh semua yang datang masuk ke rumah anda. Jika anda ada masa yang banyak dan mahu selamatkan duit anda, boleh buat sendiri dengan menggunakan bahan dari dapaur sahaja.

1. Gunakan cuka

Cara pertama yang paling mudah adalah dengan menggunakan Cuka.

Anda tentu ada cuka tersimpan kat dapur rumah. Biasanya orang yang suka buat acar akan simpan cuka ini. Bagi yang kaki memasak kat rumah tentu ada cuka. Boleh gunakan cuka ini untuk bunuh dan halau semut dari dapur anda sekarang bila dah tahu.

Apa yang anda perlu buat hanyalah masukkan cuka ke dalam alat semburan yang dicampur dengan air. Sukatannya adalah satu cawan air dengan satu cawan cuka. Ertinya perlu campur air dan cuka sama banyak.

Bila dah masukkan dalam penyembur, pergi sembur pada tempat yang anda tengok semut masuk. Ikut jejak semua yang ada dalam rumah anda sehingga membawa ke lubang atau asal masuk semut itu. Sembur kat situ dan pada bahagian lain di sudut rumah antara dinding dengan lantai. Bau cuka itu akan membuatkan semut terus belah dari rumah tak mai lagi dah.

2. Gunakan jus lemon

Lemon ni memang sungguh ajaib. Macam-macam petua yang saya tulis kat blog ini dengan menggunakan lemon. Ini satu lagi petua dengan menggunakan lemon, halau semut atau bunuh semut. 

Sama mcam cuka kat atas tadi, anda perlu campur jus lemon dengan air, masukkan ke dalam alat semburan dan pergi sembur pada tempat semut masuk tadi. Sembur juga pada jejak laluan semut tersebut.

3. Guna air sabun

Saya tak pernah cuba lagi cara ini. Mungkin anda boleh cuba selepas ini dan kongsikan keberkesanannya pada ruang komen. 

Secara teorinya, sabun boleh merosakkan lapisan wax pada kulit serangga. Jika disembur pada serangga, mereka mengalami masalah dehydration. Campurkan sabun dengan air, masukkan ke dalam semburan dan sembur pada lalun dan lubang masuk semut.

4. Gunakan timun

Cara ini juga baru saya dapat tahu dan belum mencubanya lagi. Apa yang anda perlu buat adalah potong buah timun sekeping-sekeping nipis dan letakkan pada laluan kemasukan semut ke dalam rumah anda. Dikatakan semut tidak suka rasa buah timun. jika diletakkan timun, maka lambat laun mereka akan lari ke tempat lain.

5. Gunakan daun pudina

Kalau anda suka minum teh daun pudina, lebih mudah. Beli uncang teh daun pudina untuk dijadikan minuman petang atau pagi anda. Selepas habis bancuh, uncang tersebut perlu diletakkan pada kawasan yang anda lihat ada semut masuk.

Kalau tak minum teh daun pudina, gunakan saja daun pudina yang anda beli dari pasar. Jemur daun tersebut hingga kering, hancurkannya dan taburkan pada kawasan semut masuk. Tapi sebagaimana yang anda lihat, cara ini tak menarik sebab kawasan itu akan kelihatan kotor dengan serpihan daun pudina.

Bagaimana anda halau semut ?

Ada lagi beberapa petua lain yang orang bagi tapi sudah dicuba dan tidak berkesan. Antaranya adalah dengan meletakkan Tepung Jagung pada kawasan ada banyak semut. Kononnya semut akan makan tepung jagung, dan perut semut akan meletup dan semut akan mati. Tapi bila diletakkan tepung jagung, semut tak perduli untuk jadikannya makananpun. Mungkin anda dah cuba cara itu, apa macam, berkesan tak ?

Bagaimana pula anda halau semut dari rumah anda ? kalau tak tahu lagi boleh cuba petua kat atas tu. Kalau ada masa boleh buat semua hal ehwal kawalan semut dengan sendiri. Tapi kalau anda tak ada masa nak buat sendiri, dapatkan saja khidmat Pest Control dari syarikat yang berlesen dan profesional.

Jika anda tinggal di sekitar Shah Alam, sekitar Bukit Jelutong, dan inginkan khidmat kawalan semut, lipas dan tikus dengan harga yang amat berpatutan, boleh hubungi Easelife Services Sdn BhdEn Izam 012-2067357

Previous Post
Next Post

post written by:

2 comments:

  1. Minta dipautkan blog kita. Blog saya:

    http:biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. saya akan cuba tips ni. since semut kat rumah menjadi2. stressed pulak tgk semut2 ni bekawat 😅

    ReplyDelete