Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, October 7, 2016

3 Tips wanita gempal pilih pakaian untuk kelihatan cantik

  Mohd Shubhi       Friday, October 7, 2016
Ada ramai wanita gempal sekarang ini di mana-mana. Mungkin atas faktor gaya hidup yang banyak duduk berbanding bergerak membuatkan wanita gempal ramai. Bukan kaum wanita sahaja, orang lelaki gempalpun ada ramai sekarang kat negara kita. Tapi untuk artikel ini, kita hanya berikan tumpuan pada wanita gempal sahaja.

Jika anda masuk dalam golongan wanita gempal, jangan risau. Asalkan anda tak masuk dalam golongan wanita gemuk berlebihan sudahlah. Sebenarnya, wanita gempal ada keistimewaannya yang tersendiri. Bukan semua orang sukakan wanita slim atau kurus keding, kaum lelaki juga ada yang lebih berkenan pada pasangan wanita yang gempal.

Tapi, untuk membuatkan anda kelihatan menarik, gempal sahaja tidak mencukupi. Wanita gempal perlu pandai memilih jenis pakaian yang sesuai untuk mereka. Kesilapan dalam mengenakan jenis pakaian akan membuatkan badan yang gempal kelihatan lebih ketara kegempalannya.

Untuk pastikan wanita gempal kelihatan cantik dan menarik, berikut diberikan panduan bagaimana nak pilih jenis pakaian yang sesuai untuk anda.

Daftarkan diri untuk menjadi ahli di Jas-du-it Mall dan anda layak mendapat harga istimewa dalam pembelian lebih dari 18 ribu jenis pakaian wanita yang menarik dan amat berbaloi harganya !

1. Pilih warna yang sesuai untuk wanita gempal

Tahukah anda warna memainkan peranan, bagaimana tubuh badan anda dilihat dari luar. Untuk pengetahuan anda, warna GELAP biasanya menutup pemandangan, manakala warna CERAH membuka pemandangan.

Oleh itu, jika anda suka bahagian atas badan anda, pastikan warna pada bahagian atas adalah cerah. Begitu juga sebaliknya jika anda tak mahu bahagian pinggang ke bawah yang dirasakan ketara besarnya, pakai pakaian berwarna gelap dari pinggang ke bawah.

Jika anda tak mahu kelihatan gemuk pada keseluruhan badan atas dan bawah. pakai pakaian gelap atas dan bawah dan jangan lupa pakai tali pinggang atau kain ikatan yang cerah diikatkan pada bahagian pinggang anda. Kontras warnanya akan membuatkan anda kelihatan menarik.

2. Pilih corak sesuai untuk wanita gempal

Selain daripada warna, corak pakaian juga memainkan peranan untuk samada membuatkan anda kelihatan besar atau kelihatan lebih kecil.

Corak bunga atau objek yang besar pada pakaian akan membuatkan anda kelihatan lebih besar. Jika anda memang dah berbadan gempal, dengan memakai kain bercorak bunga yang besar akan membesarkan lagi tubuh badan anda dilihat dari luar.

Pakailah kain atau pakaian yang bercorak bunga atau objek yang kecil. Contohnya pakaian yang bercorak titik kecil atau bulatan kecil akan membuatkan anda nampak lebih kecil berbanding kain bercorak bulat yang besar.

3. Pilih corak garisan yang sesuai untuk wanita gempal

Kalau corak bunga ada kesan pada tubuh badan anda, corak garisan juga boleh memberikan kesan pada bagaimana tubuh badan anda kelihatan. Jangan pakai pakaian atau baju yang corak garisan adalah melintang kerana anda akan kelihatan lebih gempal dan tidak menarik. Sebaliknya pakailah corak garisan yang menegak pada pakaian anda.

Anda boleh buat kombinasi dengan mengenakan corak samada melintang aau menegak. Contohnya, kenakan baju bercorak melintang pada bahagian atas dan kain atau seluar bercorak menegak pada bahagian bawah. Kontras ini akan membuatkan bahagian anda kelihatan lebih besar dan menonjol berbanding bahagian pinggang ke bawah.

Begitulah 3 tips mudah dalam membuat pemilihan pakaian khas untuk wanita gempal. Jika anda jenis wanita gempal dan mahu membuat pilihan pakaian dan membelinya dengan harga yang amat murah dan amat berbaloi, sila daftar untuk menjadi ahli di Jas-du-it Mall.

Ahli di Jas-du-it Mall bakal mendapat harga istimewa pada pakaian yang dibeli dari online pada portal tersebut, yang sememangnya sudah murah berbanding harga diluar sana. Belilah secara online di Jas-du-it Mall untuk memudahkan hidup anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 Tips wanita gempal pilih pakaian untuk kelihatan cantik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !