Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, November 19, 2016

Zika bukan lagi berstatus kecemasan global, tapi kekal merbahaya - WHO

  Mohd Shubhi       Saturday, November 19, 2016
WHO (The World Health Organization) jumaat lalu mengumumkan bahawa Zika bukan lagi berada dalam status kecemasan antarabangsa atau dalam bahasa mudahnya, bukan lagi pada tahap darurat di peringkat global.

Walau bagaimanapun, ia tidak memberikan maksud bahawa Zika bukan lagi satu ancaman. Virus Zika tetap masih lagi menjadi satu ancaman kepada semua negara di seluruh dunia terutamanya negara-negara yang telah mengalami serangan virus Zika sebelum ini.

Zika mula dikesan di Brazil tahun yang lalu. Sejak itu, ia mula merebak dan melanda di lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Selagi adanya nyamuk aedes yang merupakan pembawa virus Zika wujud, selagi itulah ia akan kekal menjadi satu ancaman di seluruh dunia.

Itu juga tidak bermakna segala aktiviti kawalan nyamuk aedes bagi membenteras menyebaran virus Zika boleh dihentikan. Sama macam kes demam denggi, satu-satunya cara untuk mengawal penyebarannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes.

Jika anda perlukan khidmat fogging bagi membenteras nyamuk aedes dan khidmat larvasiding bagi membunuh jentik-jentik aedes, sila berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control berlesen yang berpengalaman menjalankan aktiviti kawalan serangga dan makhluk perosak sejak 1998. Hubungi Puan Siti 014 - 960 6567 untuk maklumat lanjut.

Sebab status kecemasan global dihentikan

WHO telah mengumumkan Zika sebagai satu ancaman kecemasan global pada bulan Februari yang lalu. Dengan pengumuman tersebut, dari segi undang-undang antarabangsa, semua negara yang terlibat dikehendaki memberikan laporan status wabak di negara masing-masing.

Satu-satunya sasaran kenapa WHO memberikan status kecemasan atau darurat terhadap ancaman Zika sebelum ini adalah untuk pastikan samada virus Zka itu merupakan penyebab yang membuatkan masalah penyakit kecacatan bayi yang dilahirkan, yang dinamakan sebagai microcephaly.

Sebelum ini, Zika difahamkan hanya memberikan kesan yang tidak membimbangkan kepada mereka yang dijangkiti. Sekarang sudah sah bahawa Zika mempunyai kaitan yang rapat dengan masalah microcephaly. Jadi ia sudah mencapai matlamat asal. Sebab itulah status darurat global di hentikan.

Virus Zika kekal merbahaya

Semua langkah-langkah yang perlu dilakukan seperti larangan mengadakan hubungan kelamin selama 6 bulan bagi mereka yang dijangkiti virus Zika adalah masih kekal perlu diamalkan senantiasa. Begitu juga kaum wanita yang mengandung dilarang untuk melawat ke negara yang dilanda wabak Zika.

Begitu juga segala aktiviti mencari ubat penawar terhadap masalah yang ditimbulkan oleh virus Zika mesti terus kekal dijalankan. Sama macam kes demam denggi juga, ia tetap berjalan sehingga sekarang.

Tapi ada juga para pakar yang risau dengan berhentinya status kecemasan itu, aktiviti mencari penawar akan turut sama menjadi perlahan dan tidak diberikan perhatian dengan serius. Tapi ramai pakar yang menolak kemungkinan tersebut. Tak perlu risau sangat.

Brazil teruk dilanda Zika

Sehingga setakat ini lebih dari 2,300 kes microcephaly telah dilaporkan dan majoriti kes berlaku di Brazil. Sudah 28 negara melaporkan kes microcephaly yang sama berlaku dan kemungkinan kes adalah lebih banyak tidak boleh dinafikan.

Oleh itu, jika anda mengandung, Brazil merupakan antara negara yang paling utama untuk dielakkan dari dilawati.

Pastikan anda jaga kebersihan sekeliling rumah anda dan buang segala bekas dibawah tempat teduh yang boleh menakungkan air. Luangkan masa 10 minit setiap hari untuk berjalan sekeliling persekitaran rumah anda untuk pantau dan kawal pembiakan nyamuk aedes. Tiada Aedes, tiada Zika dan tiada Denggi.

Dapatkan perkhidmatan fogging dan larvasiding serta khidmat pemantauan pencegahan pembiakan nyamuk di sekitar tempat duduk anda dengan menggunakan khidmat syarikat pest control berlesen, Easelife Services Sdn Bhd. Hubungi Puan Siti 016-2612054 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Zika bukan lagi berstatus kecemasan global, tapi kekal merbahaya - WHO

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !