Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, November 21, 2016

Hebat ! - Lelaki bertato ini buat 4 sekeluarga peluk Islam

  Mohd Shubhi       Monday, November 21, 2016
Saya dah tulis berkenaan lelaki muslim yang ada Tato pada artikel yang lalu di sini. Lelaki bertato ini bukan calang-calang orang. Namanya ketika dilahriakn ialah, Tan Wei Hon. Sekarang dia pakai nama Muhammad Randy. Nama panggilan biasanya ialah Randy.

Randy buat kerja tarik kereta, kutip hutang tanpa lesen, urus beberapa pub sekitar Perai dan Permatang Pauh dan macam macam lagi seumpamanya. Semua itu dilakukan demi untuk teruskan kehidupan.

Muhammad Randy atau Tan Wei Hon ini mula dijejaki pada awal tahun 2016, dia berbangsa Cina dan memeluk Islam 4 tahun yang lalu. Kali pertama disantuni di sebuah Bar di Permatang Pauh. Ketika itu, Penaung myIKUT, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim mendapat maklumat adanya seorang saudara baru yang bekerja sebagai bonzer kat situ.

Cerita Randy masuk Islam

"Empat tahun lalu, saya peluk Islam, lafaz dua kalimah syahadah, tukar kepada nama Muhammad Randy dan berhajat untuk buang tato di badan ini tapi bila jumpa Abang Zol, dia kata, "biarkan tato di badan itu jadi bukti saksi dua kalimah syahadah Randy depan Allah, semacam parut perang pada tubuh Saidina Hamzah sebagai bukti jihad dan 'syahid akhirat' di depan Allah".

Apabila ditanya kenapa beliau bekerja di Bar, Randy menjawab 'sudah tidak ada kerja lain. Saya boleh baiki telefon bimbit tapi kena ada modal baru boleh'.

Penaung myIKUT yang suka melihat saudara baru berdikari 'offer bisnes plan' untuk Randy. Dia mengeluarkan modal untuk memulakan bisnes tersebut dan meminta Randy berhenti kerja sebagai bonzer.

Sejak itu Randy dipimpin langkah demi langkah keluar dari kegelapan menuju cahaya. Randy belajar bacaan Al-Fatihah dan bacaan lain dalam solat sambil memandu dibantu Penaung myIKUT setiap kali menemani beliau ke mana sahaja.

Pegangan Agama Randy makin kuat dan teguh. Kini Randy menjadi bonzer untuk Agamanya. Solat dijaga dan tutur kata penuh budibahasa. Siapa sangka kaki pukul di Pub kini seorang Pendakwah.

Randy telah memainkan peranan penting membawa seorang gadis Cina ke Islam pada 7 Oct 2016 dan 9 Nov 2016. Randy telah membawa empat sekeluarga ke Islam.

Randy, lelaki bertato Islamkan 4 sekeluarga

"Malam ini, tato di badan saya ini menjadi saksi empat sekeluarga memeluk Islam" ujar Muhammad Randy dalam nada yang sebak.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam." [Surah Al-An-An'aam: 125]

Sambil kerja sendiri membaiki telefon, Randy juga sibuk sebagai aktivis dakwah MyIKUT. Salah sebuah hotel terkenal di Permatang Pauh merupakan salah satu tempat lepak Randy, untuk mengambil dan menghantar telefon pintar yang dibaikinya.

Di situlah, beliau berkenalan dengan Khoo Soo Boon, 50, yang bekerja sebagai juruwang di hotel tersebut.

Walaupun perkenalan mereka tidak lama, tiap-tiap kali berjumpa mereka saling bertukar pendapat mengenai nilai-nilai kebaikan yang ada dalam agama Islam dan ajaran Buddha. Dari situ, menggamit perasaan yang kuat dalam diri khoo Soo Boon untuk mendalami Islam.

"Sudah hampir setahun saya mengkaji apa itu Islam dengan bersembang dan membaca buku. "Berkawan dengan Randy pun tidak lama, tetapi ada bersembang mengenai bisnes dan siapa sebenarnya mencipta kita?

"Saya lihat Islam tak pakai banyak duit ringgit, contoh dalam upacara sembahyang atau kematian; dan saya rasa Islam lebih didik jiwa untuk beragama dengan hati yang mulia sebaik mungkin.

"Saya tiada masalah duit, tetapi saya perlukan sesuatu untuk jiwa saya dan jiwa keluarga saya," ujar Khoo Soo Boon yang masih mencari-cari nama Islam yang sesuai untuk diri.

Pada gambar atas sekali tu kelihatan, Azley Stanley bersama-sama Zolkifly Md . Lazim pada sesi soal jawab dengan Khoo Soo Boon sekeluarga, sebelum acara melafazkan dua kalimah syahadah dibimbing oleh Izad Buqhary di Permatang Pauh satu malam baru-baru ini.

Sebelum melafazkan syahadah, Presiden MyIKUT Azley Stanley menyampaikan khutbah ringkas serta memberi respons lanjut pada semua soalan yang dibangkitkan oleh Khoo Soo Boon sekeluarga. 

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk menyuluh hati sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Bukan Khoo Soo Boon seorang sahaja yang mengambil keputusan untuk memeluk Islam, bahkan isterinya, Aulia serta dua anak perempuan mereka, berusia lapan tahun dan lima tahun.

Peguam, Izad Buqhary yang juga pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah memimpin Soon Boon sekeluarga menyempurnakan lafaz dua kalimah syahadah di kediaman Tuan Haji Zolkifly dekat Permatang Pauh.

Ramai yang menyaksikan majlis syahadatain tersebut dengan linangan air mata kesyukuran, antaranya Zaidi Ahmad (Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang), Ustaz Sophian Mohd. Zain, "Azizan Memali", Dr. Rosnah Abu Hasan (Doktor D'BM Hospital Permatang Pauh) dan "Kak Wan Bee Ropewalk Bagan".

Hadir sama, dua keluarga Muhajir (gelaran kepada mualaf yang peluk Islam) lain meraikan saudara baru, iaitu Khoo Soo Boon sekeluarga dalam jamuan ringkas di sini.

Sambil menikmati juadah laksa dan air oren, Izad Buqhary yang mengasaskan firma guaman Nasir Izad & Co. - NICO menawarkan konsultasi undang-undang berkaitan daftar tukar agama serta urusan kebajikan pendidikan agama kedua-dua anak berkenaan.

Zaidi Ahmad pula menawarkan diri untuk membantu Khoo Soo Boon sekeluarga membuat pendaftaran sebagai Muslim di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Begitulah kisahnya, tahniah kepada Randy yang masih bujang, manakala bisnesnya perlukan sokongan yg lebih baik, cuma harapan Randy masih ramai orang seperti Tuan Haji Zolkifly diluar sana yang sedia membantu siapa sahaja tanpa melihat luaran seseorang.

MyIKUT mengalu-alukan sumbangan tuan dan puan agar usaha dakwah kebajikan dan sokongan saudara baru yang dalam kesempitan serta memerlukan bantuan ''add-hoc'' ini berterusan.

Misi myIKUT - Selamatkan Syahadah, Kekalkan Syahadah, Bangun bersama Syahadah

Sumbangan anda boleh disalurkan terus ke

Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun : 5571 3923 0356
Bank Akaun : Maybank

Kepada yang menyumbang, 'Jazakumullah Khairan '

Untuk info lanjut, hubungi Presiden MyIKUT Sdr. Azley Stanley atas talian 0194471105 atau Penasihat NGO dakwah berkenaan Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim 0124810074

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hebat ! - Lelaki bertato ini buat 4 sekeluarga peluk Islam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !