Saturday, 17 December 2016

Ford Ranger 3.2 WildTrak menang anugerah Pick-up Truck of the Year

Posted by   on

Rasanya tak perlu nak dihairankan kalau Ford Ranger 3.2 WildTrak telah menang anugerah Pick-up Truck of the Year. Ramai orang yang meminati 4x4, tentu meletakkan Ford Ranger 3.2 WildTrak ini sebagai salah sebuah pick-up yang menjadi idaman hatinya.

Saya sendiri sejak mula mahu menggunakan 4x4 sebagai kenderaan harian sebelum ini amat berminat dengan Ford Ranger 3.2 WildTrak ini. Tapi malangnya ketika nak beli dulu, terpaksa tunggu masa yang agak lama untuk mendapatkannya. Jadi sebagai alternatif lain, terus sambar Hilux yang menjadi pilihan kedua. Hilux juga tetap ada kelebihannya yang tersendiri dan terbukti hebat sejak sekian lama dahulu lagi.

Ford Ranger 3.2 WildTrak menang anugerah Pick-up Truck

Dalam pertandingan Malaysia Autoshow 2016 yang dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institut (MAI) baru-baru ini, dalam kategori pick-up truck, para juri telah memilih Ford Ranger 3.2 WildTrak sebagai yang terbaik.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Sri Mustapa Mohamed. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan MITI, Datuk Muhamad Noor Yacob dan Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari.

Ada sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan seperti mana berikut:

  1. The Entry Level Car of the Year dimenangi oleh Perodua Bezza 1.3 Advance
  2. The Compact Car of the Year  dibolot oleh Volkswagen Vento 1.2 TSI
  3. Family Sedan of the Year dikuasi oleh Honda Civic 1.5TC
  4. Pick-up Truck of the Year dibelasah oleh Ford Ranger 3.2 WildTrak Automatic 4×4
  5. The Young Upwardly Mobile Executive Car of the Year dipegang oleh Mercedes-Benz C 180 
  6. The Compact MPV of the Year dikuasi oleh Toyota Sienta 1.5
  7. The MPV 7-Seater of the Year dipegang oleh Toyota Vellfire 2.5
  8. SUV of the Year dimenangi oleh Kia Sorento 2.2 CRDi
  9. SUV of the Year (kategori atas RM300,000) dikuasi oleh Porche Macan GTS
  10.  Crossover of the Year dikuasi oleh Mazda CX-5 Skyactiv-D 2.2L 
  11. The Premium Compact Executive of the Year pula dimenangi oleh BMW 118i Sport

Spesifikasi Ford Ranger 3.2 WildTrak

Ford Ranger 3.2 WildTrak menawarkan spesifikasi yang amat mengancam berbanding kesemua 4x4 lain yang ada di pasaran. Kalau nak banding dengan Hilux sudah tentu bukan perbandingan yang sama rata sebab ternyata Ford Ranger 3.2 WildTrak lebih menarik samada dari segi penampilan mahupun dari segi tawaran yang pembeli dapat daripadanya.

Bila dah ditawarkan dengan berbagai spesifikasi yang mengancam, maka sudah tentu harganya juga turut mengancam. Jika anda sanggup keluarkan wang sebanyak RM132,188 yang memang agak mahal juga, maka Ford Ranger 3.2 WildTrak adalah milik anda.

Anda boleh memilih warna-warna seperti berikut:

  1. Pride Orange
  2. Cool White
  3. Metropolitan Grey
  4. Aluminium Metallic
  5. Black Mica
  6. Aurora Blue.
Ada teknologi pintar yang diberikan pada para pembeli Ford Ranger 3.2 WildTrak. Sistem yang diberi nama SYNC 2 yang merupakan skrin sesentuh mampu membuat kawalan dengan menggunakan suara. Anda boleh kawal telefon, hiburan dan suhu dengan hanya bersuara. Hebat bukan ?

Ford Ranger 3.2 WildTrak juga dilengkapi dengan enjin 3.2L Duratorq 5-silinder TDCI dengan kuasa maksimum 198hp dan tork puncak 470Nm. Penggunaan bahan api pula dikatakan mampu memberikan penjimatan sebanyak 22% dan bunyinya juga senyap macam bawa kereta.

No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter