Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 16, 2016

Kes Denggi di Perak turun 60.9% ! Hebat ! macam mana mereka buat ?

  Mohd Shubhi       Friday, December 16, 2016
Apa agaknya yang telah dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab terhadap isu kesihatan negeri Perak sehingga berjaya turunkan kes demam denggi sebanyak 60.9% ?

Kes demam denggi di negeri Perak pada tahun lepas dicatatkan berjumlah sebanyak 9,069 kes. Kes demam denggi yang dilaporkan sehingga 10 Dec 2016 setakat ini hanya berjumlah sebanyak 3,549 kes sahaja. Penurunan sebanyak 60.9% adalah satu kejeyaan yang boleh dibanggakan oleh pihak yang bertanggung jawab di Perak.

Peranan rakyat dalam kawalan kes denggi

Menurut Pengerusi jawatan kuasa kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, apa yang pihak kerajaan negeri lakukan adalah memberitahu pada semua rakyat untuk menjaga kebersihan dan keadaan persekitaran mereka, supaya tidak mesra nyamuk aedes.

Ya ! itu saja nampaknya yang mereka lakukan dan ternyata ianya memberikan kesan yang amat baik. Ertinya rakyat negeri Perak dengar saranan kerajaan negeri dan bukan saja setakat mendengar. Mereka juga melaksanakan segala saranan tersebut.

Biasanya, saranan yang semua orang tahu adalah untuk luangkan masa hanya 10 minit bagi memastikan tidak ada tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran rumah tempat tinggal. Kalau jumpa bekas air bertakung, tiarapkannya. Kalau jumpa air bertakung dan tak boleh kosongkan air tersebut, masukkan Abate pembunuh jentik-jentik.

Boleh dirumuskan di sini, rakyat negeri Perak punya daya kefahaman dan kesedaran yang tinggi untuk turut sama membantu membenteras masalah demam denggi. Memang itu sahaja yang dapat membantu kawalan masalah demam denggi, tak ada lagi cara lain yang lebih berkesan.

Bagaimana Kerajaan Negeri sampaikan mesej mereka

Jika dipihak rakyat kita perlu puji sebab dengar saranan kerajaan dan pihak bertanggung jawab, perlu dilihat pula satu lagi sudut penting. Bagaimana agaknya pihak kerajaan negeri sampaikan mesej mereka sehingga membuatkan ianya begitu berkesan sekali untuk membuatkan rakyat dengar dan taat.

Itu satu perkara yang perlu diketahui oleh semua pemimpin kerajaan negeri lain yang masih menghadapi masalah kes denggi yang tinggi di negeri masing-masing.

Jika anda perlukan khidmat Fogging bagi membenteras nyamuk aedes dewasa di persekitaran rumah, dapatkan khidmat dari Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah. Berpengalaman sejak tahun 1998. Call Siti 012 - 2067357 untuk maklumat lanjut.

Ceramah elak dari gigitan nyamuk pula

Selepas berjaya memberikan maklumat dan ilmu bagaimana mahu kawal nyamuk aedes dari terus membiak, mereka sekarang berusaha menambah lagi ilmu baru kepada rakyat negeri Perak.

Satu usaha untuk memanggil entomologis dari negeri Kedah sedang dilakukan untuk memberikan ilmu baru peringkat kedua yang sama penting. Ilmu tersebut adalah bagaimanakah cara untuk elakkan diri daripada kena gigitan nyamuk aedes jika rakyat berada di kawasan yang banyak nyamuk aedes.

Ya ! itu satu ilmu hebat yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri Perak terutamanya exco kesihatan negeri. Sudah tentu dengan ilmu menarik itu, orang Perak akan lebih selamat samada berada di kawasan yang banyak nyamuk atau tidak banyak.

Saya yakin ilmu pertama untuk elakkan diri dari kena gigitan nyamuk aedes adalah dengan elakkan diri dari pergi ke tempat begitu. Kalau tak pergi sudah tentu tak kena gigit. Itu ilmu asas dan logik. Kemudian kalau terpaksa pergi juga tentu perlu pakai baju dan seluar yang sesuai. Tentu ada banyak lagi ilmu menarik yang bakal dikongsikan oleh kerajaan negeri pada rakyatnya.

Walau apapun, syabas negeri Perak ! sumber berita

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kes Denggi di Perak turun 60.9% ! Hebat ! macam mana mereka buat ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !