Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 3, 2016

Kawal serangan Tikus dengan Burung Hantu ! projek kreatif MPSJ !

  Mohd Shubhi       Saturday, December 3, 2016
Jika anda tinggal di sekitar Subang Jaya, jangan terkejut jika terserempak dengan banyak Burung Hantu di waktu malam berkeliaran di sekitar kawasan tempat tinggal. Ini kerana pihak MPSJ dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia sedang menjalankan projek kawalan tikus dengan menggunakan Burung Hantu.

Setakat ini, pihak MPSJ telah melepaskan sebanyak 8 pasang burung hantu sejak awal tahun ini. Lima pasang burung hantu akan dilepaskan lagi bulan depan untuk menambahkan jumlah burung hantu yang dijadikan alat membunuh tikus di sekitar Subang Jaya.

Menurut Dr Hafidzi Noor, seorang professor di UPM, setakat ini mereka hanya menggunakan jumlah wang sebanyak RM30 ribu sahaja untuk melaksanakan projek kawalan tikus dengan Burung Hantu itu. Dana projek di perolehi dari MPSJ dan juga dari sumbangan awam.

Aktiviti memburu tikus sebagai makanan burung hantu

Kita semua tahu bahawa tikus memang merupakan makanan kepada burung hantu. Projek kawalan tikus dengan menggunakan burung hantu telah lama digunakan di kawasan pertanian khususnya di sawah bendang.

Kalau kita pergi ke kawasan sawah padi satu masa dahulu, akan dapat dilihat ada tiang dengan rumah burung hantu diletakkan di atas tiang di tepi bendang. Saya tak pasti kalau sekarang teknik itu masih digunakan lagi. Tapi tak pernah pulak saya nampak burung hantu kat dalam sarang atau rumah yang disediakan untuk mereka. Mungkin rumah yang diperbuat dari papan untuk burung hantu itu semuanya dah mereput.

Menurut Dr Hafidzi Noor, mereka memantau aktiviti burung hantu betina dengan memasang alat pengesan pergerakan. Mereka telah mengesan seekor burung hantu betina selama 16 hari dan mendapati burung tersebut telah berada di 40 kawasan yang berbeza.

Mereka juga telah berjaya merakam gambar burung hantu sedang makan tikus dalam aktiviti pemantauan tersebut. Biasanya, jika burung hantu menetap di kawasan tertentu, ia bermakna di situ ada banyak makanan.

Jika anda perlukan khidmat kawalan tikus, lipas dan semut di rumah anda, dapatkan khidmat dari Easelife Services Sdn Bhd, sebuah syarikat Pest Control yang berlesen dan bertauliah sejak 1998. Bagi penduduk Subang Jaya, anda layak mendapat harga istimewa dari kami. Sila berhubung dengan Siti di 014-9606567 untuk maklumat lanjut.

Keberkesanan burung hantu untuk kawal tikus

Masalah yang dihadapi oleh projek tersebut adalah kekurangan data maklumat untuk membuktikan bahawa penggunaan burung hantu untuk kawal tikus adalah teknik yang berkesan. Macam mana nak pantau samada tikus dah berjaya dikurangkan dengan menggunakan burung hantu ?

Itulah yang dipersoalkan oleh orang ramai samada projek menggunakan burung hantu sebagai teknik kawalan tikus perlu diteruskan atau tidak.

Menurut Dr Hafidzi Noor, seekor burung hantu akan makan tikus sebanyak 2 ekor untuk satu malam. Jika pasangan burung hantu yang dilepaskan di sekitar Subang jaya itu mula membiak, burung hantu jantan perlu menangkap lebih banak lagi tikus untuk dijadikan makanan keluarga mereka.

Burung hantu akan membiak sebanyak 3 kali dalam tempoh setahun. Dalam musim mereka membiak dan bersarang, pasangan burung hantu tersebut bersama keluarga mereka akan menangkap lebih kurang 10 ekor tikus dalam tempoh satu malam.

Teori tabiat pemakanan burung hantu inila yang dijadikan sebagai landasan bagi meneruskan projek kawalan tikus di sekitar Subang Jaya. Mereka akan diberikan rumah penginapan yang diperbuat dari gentian kaca. Rumah burung hantu tersebut akan diletakkan di tempat yang sesuai yang telah dikenal pasti di sekitar Subang jaya.

Kajian guna burung hantu untuk kawal tikus

Sebelum ini, pihak Universiti Sains Malaysia telah diberikan geran atau dana pembiayaan untuk melakukan kajian yang sama. Mereka diberikan dana sebanyak RM175 ribu untuk mengkaji penggunaan burung hantu sebagai alat kawalan tikus di kawasan bandar.

Anda boleh baca laporan tersebut di sini jika berminat untuk tahu lebih lanjut.

Setakat mana kejayaan kajian tersebut tidak dapat diketahui. Mungkin kajian itu dah terbukti berkesan maka pihak UPM dan MPSJ cuba menggunakannya untuk masalah tikus di kawasan perbandaran Subang Jaya.

Walau apapun, ia adalah satu kajian yang amat kreatif dan perlu dilihat dengan hati terbuka sebelum nak kutuk atau nak kondem. Cumanya kelengkapan untuk mendapatkan cerapan atau data keberkesanan projek itu mestilah canggih supaya ia dapat dibuktikan berjaya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kawal serangan Tikus dengan Burung Hantu ! projek kreatif MPSJ !

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Rumah penuh dgn tikus?
    =================================
    RACUN TIKUS VICTORY - pest control grade
    =================================
    ➡ Fomulasi USA ,100% berkesan
    ➡ Tidak mati dicelah
    ➡ Jimat masa
    ➡ Sepekat boleh pakai 2-3 tempat
    ➡ Dijamin berkesan
    Whatsapp/SMS Order:
    ➡ 016 977 5478 (Klang Valley)

    Racun Tikus Victory berasa amat BANGGA dapat menolong RAMAI TANGGA yang penuh dengan TIKUS.
    ========================================
    Tikus anda adalah Tanggungjawab Racun Tikus Victory
    ========================================

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !