Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, December 8, 2016

2 cara jadi billionaire sebelum anda masuk umur 40 tahun

  Mohd Shubhi       Thursday, December 8, 2016
Siapa nak jadi billionaire sebelum mencecah umur 40 tahun ?

Tentu ada yang mahu dan ada juga yang tak mahu. Mungkin ada berbagai sebab atau alasan yang diberikan. Yang sudah pasti pelik adalah mereka yang cakap tak mahu jadi billionaire atau lebih mudah lagi tak mahu jadi kaya raya.

Jangan terkejut !, memang ramai sangat lelaki budiman dan wanita budiman kat luar sana yang sering mengaku tak ingin jadi kaya raya apatah lagi jadi billionaire sebelum masuk umur 40 tahun. Paling ramai akan berkata begitu sebab percaya dan yakin orang kaya lambat masuk syurga. Jadi rumusan mudah mereka buat kalau hidup tidak kaya, miskin atau ala kadar sahaja, mereka akan cepat masuk syurga.

Samada betul atau tidak apa yang mereka andaikan itu, terpulang pada pemikiran masing-masing. Yang pastinya, untuk melarikan diri daripada dikecam sebagai gagal, ramai orang akan pilih dia secara sukarela membuat pilihan untuk jadi begitu.

Supaya orang tak kata dia gagal jadi kaya maka ramai yang akan mendakwa dia pilih untuk jadi tidak senang, sederhana sahaja dan tak suka jadi kaya. Dengan pengakuan itu, maka lepaslah diri dari tugasan untuk berkerja keras dan berusaha menggunakan akal dengan bijak untuk meningkatkan tahap ekonomi dirinya dan seterusnya umat keseluruhannya. Biar semua orang miskin, umat miskin dan diperbudakkan oleh orang lain.

2 cara jadi billionaire sebelum umur 40 tahun

Ini bukan artikel untuk mereka yang bersumpah tak nak jadi kaya sebab takut sesat dan lupa diri. Ini untuk orang yang memang ada azam nak jadi kaya, jadi billionaire dan dalam masa yang sama menjadi manusia yang banyak memberikan kebaikan pada manusia lain.

Jika alang-alang nak jadi kaya raya, apa kata cuba fikirkan cara nak jadi billionaire sebelum masuk umur 40 tahun lagi. Tentu lebih hebat masih dalam kategori orang muda, belum masuk 40 tahun dan jadi billionaire !.

Orang kata, kalau nak jadi kaya macam tu, elok tengok dan ikut jalan mereka yang dah berjaya melakukannya. Jadi kita lihat macam mana orang yang belum masuk umur 40 tahun dan jadi billionaire. Kita lihat senarai 14 orang kaya raya, biliionaire dunia yang belum masuk 40.

Berdasarkan senarai terbaru dari Forbes, ada 14 orang billionaire yang belum masuk 40 tahun. Mereka ialah:

  1. Evan Spiegel Age: 26 Net Worth: $2.1 billion 
  2. Bobby Murphy Age: 28 Net Worth: $1.8 billion 
  3. Luke Walton Age: 30 Net Worth: $11.2 billion 
  4. Julio Mario Santo Domingo III Age: 31 Net Worth: $2.4 billion 
  5. Dustin Moskovitz Age: 32 Net Worth: $10.4 billion 
  6. Mark Zuckerberg Age: 32 Net Worth: $55.5 billion 
  7. Nathan Blecharczyk Age: 33 Net Worth: $3.3 billion 
  8. Scott Duncan Age: 33 Net Worth: $5.2 billion 
  9. Brian Chesky Age: 35 Net Worth: $3.3 billion 
  10. Joe Gebbia Age: 35 Net Worth: $3.3 billion 
  11. Sean Parker Age: 26 Net Worth: $2.4 billion 
  12. Andres Santo Domingo Age: 38 Net Worth: $4.8 billion 
  13. Robert Pera Age: 38 Net Worth: $3.2 billion 
  14. Alejandro Santo Domingo Age: 39 Net Worth: $4.8 billion
Kalau dilihat dari kesemua 14 orang kat atas tu (sumber Forbes)yang dah jadi billionaire walaupun tak masuk lagi umur 40 tahun, mereka jadi kaya hanya dengan dua cara:
  • Mulakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berteknologi terkini dan berjaya.
  • Dapat harta pusaka dari orang tua.
Yang kedua tu memang bukan satu pilihan. Kalau boleh pilih, tentu dah lama saya pilih untuk dilahirkan sebagai kerabat. Tapi nak buat macam mana, tak mampu...

Jadi hanya tinggal cara yang pertama sahaja. Iaitu kena cari idea untuk buka sebuah syarikat yang berteknologi canggih yang mampu selesaikan segala masalah orang ramai, kalau tak boleh selesaikan masalah orang ramapipun, pastikan rekaan atau teknologi anda itu mampu bahagiakan ramai orang kat muka bumi ni sampai mengadap berjam-jam depan komputer macam apa yang berlaku kat Facebook.

Untuk menjadi seorang yang ada idea sebegitu, mahu tak mahu perlu tidak ketinggalan terhadap maklumat dan perkembangan teknologi yang terkini dan perlu ada ilmu dan suka belajar ilmu terutamanya ilmu sains, matematik dan seumpama dengannya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 2 cara jadi billionaire sebelum anda masuk umur 40 tahun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !