Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 15, 2017

Panduan keluar dari group whatsApp setelah anda dimasukkan orang lain

  Mohd Shubhi       Saturday, April 15, 2017
Macam mana nak keluar dari group WhatsApp setelah orang masukkan nombor telefon pntar anda ke group tersebut ?

Tentu agak pelik bagi anda yang dah pandai pakai gadget media sosial whatsApp ini. Jawapan kepada soalan ini majoriti besar orang memang dah tahu. Terutamanya golongan muda yang membesar dengan teknologi komunikasi tanpa batasan, semua Apps komunikasi yang ada dalam pasaran mereka dah kuasai macam makan kacang goreng.

Bagi golongan tua juga tidak kurang hebatnya. Otai yang veteran yang keluar dari kebiasaan lama dengan mencuba semua peralatan komunikasi canggih akan cepat mengejar perubahan. Asalkan anda berfikiran terbuka, apa saja yang mendatangkan manfaat boleh saja diberikan laluan untuk dicuba.

Ada orang yang masih ketinggalan

Pada mulanya saya rasa memang pelik kalau masih ada orang yang amat lembab belajar dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Tapi hakikat sebenarnya adalah tidak begitu. Ada orang memang cepat belajar. Mereka peka dan ada sifat ambil tahu dan belajar perkara baru.

Tetapi dalam ramai-ramai, tentu masih ada yang ketinggalan. Walaupun semua orang rasa perkara itu amat mudah dan terlalu kacang, tapi masih ada yang ketinggalan.

Dimasukkan group WhatsApp sekolah

Saya sedar pasal perkara ini bila dimasukkan ke dalam satu group WhatsApp sekolah rendah. Baru-baru ini tiba-tiba muncul satu group baru dalam telefon pintar yang saya pakai. Gorup yang ditubuhkan itu diberi nama 'Tahun 1 2018'.

Sekali buka kelihatan punyalah ramai nombor telefon dimasukkan menyertai group itu secara tidak berhenti-henti. Aktiviti orang baru masuk amat rancak sekali.

Mulanya saya ingat satu lagi kerja mengarut orang kemaruk nak jual barang pada orang ramaiyang lansung dia tak kenal. Mulanya ingat nak keluar saja. Tapi bila dibaca maklumat, baru tahu itu satu usaha penting yang sekolah tempat anak saya didaftarkan sebarkan maklumat terkini.

Tujuannya adalah untuk beritahu kepada semua ibubapa yang telah daftarkan anak mereka untuk tahun 1 pada tahun persekolahan tahun 2018, supaya kemas kini maklumat kesihatan anak. Semua alamat pautan diberikan dan semua ibubapa kena masuk dan buat kemaskini.

Terkejut dan minta dikeluarkan

Saya biarkan saja group itu dan ikuti segala panduan yang diberikan. Memang amat bermanfaat sekali jalan yang sekolah itu ambil untuk selesaikan urusan pendaftaran anak-anak orang ramai.

Tapi ada seorang waris yang nampaknya amat terkejut dengan kemunculan group itu, dia dengan tegas berikan mesejnya sebegini lebih kurang,
Saya tak kenal anda semua, tolong keluarkan saya dari group ini !
Saya pun hairan dengan mesej itu. Apa yang susah sangat kalau nak keluar. Apa masalah waris ni, perkara mudah macam tupun tak reti.

Tak lama selepas menerima mesej tersebut, admin group terus berikan jawapan.
 " Ini group pendaftaran anak ke sekolah tahun satu, tak ada masalah nak keluar, boleh keluar sendiri tak payah nak suruh orang lain keluarkan".
Saya tergelak juga dengan latahan waris tersebut. Tapi bila difikirkan, tak ada lawaknya. Perlu terima hakikat akan ada orang yang mudah melatah. Bukan setakat melatah, otak jem terus dan tak dapat cari satu jalan keluar sedangkan pintu terbka dengan luas untuk dia melangkah dengan mudah.

Macam nak keluar dari group WhatsApp

Jadi muncullah artikel ini. Khas untuk anda yang memang secara jujur tak tahu bagaimana nak keluar dari group whatsapp yang anda telah dimasukkan oleh sesiapa saja.

Langkah mudah pertama sekali yang anda perlu tahu adalah, anda boleh keluar sendiri dan tak perlu tunggu orang lain untuk keluarkan nombor anda. Group whatsapp bukanlah macam satu penjara. Anda tidak dikurung dalam kurungan dan tak boleh buat apa-apa. Semuanya anda boleh kawal sendiri.

Group whatsapp juga bukanlah satu kumpulan kongsi gelap yang akan bunuh anda jika cuba keluar dari dunia gelap mereka.

Jadi jangan nak panik tak tentu hala.

Anda hanya perlu buka group whatsapp itu, klik pada bahagian atas sekali kat terteranya nama group itu. Anda akan bibawa kepada maklumat terperinci group itu.

Kemudian anda scroll kebawah sampai habis senarai kesemua nombor telefon yang ada. Last sekali anda boleh lihat pautan "Exit Group". Tekan saja kat situ, dah selesai.

Dengan tekan exit group, anda telah arahkan diri anda keluar terus dari group itu. Kalau memang tak suka pada admin atau nombor yang masukkan anda, boleh block saja nombor itu supaya dia tak ulang buat kerja yang sama dengan nombor tersebut.

Kemudian anda boleh delete terus semua maklumat dan paparan dari group itu. Amat mudah sekali dan tidak perlu keluarkan duit untuk upah orang.

Tapi perlu terima hakikat sekarang bahawa perkara yang mudah untuk hampir kesemua orang, tidak semestinya 100% mudah untuk keseluruhan orang.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan keluar dari group whatsApp setelah anda dimasukkan orang lain

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !